Tomato bukan saja enak dimasukkan ke dalam gulai, masak asam pedas, dibuat salad dan sebagainya. Bahkan ia juga punya khasiat tinggi. Umum pastinya mengetahui khasiat yang ada dalam sebiji tomato. Bukan sahaja enak dimakan, tetapi sesungguhnya kaya dengan pelbagai khasiat sama ada untuk kesihatan mahu pun kecantikan. Jom semak khasiatnya untuk kecantikan.
Bagi yang berhadapan masalah jerawat, cubalah petua ini. Lenyekkan buah ini dan sapu pada seluruh wajah terutama di bahagian berjerawat, biarkan ia kering pada wajah selama 30 hingga 40 minit. Kemudian bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu.
Buah ini dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.
Baca artikel menarik lain di sini:
Sihat Dan Cantik Dengan Minuman Detoks
Daun Kari Tinggi Khasiat Untuk Kecantikan, Penyedap Aroma Dalam Masakan
Bagi merawat rambut kering dan bercabang, lumur jus tomato pada rambut dan balut dengan tuala selama 15 hingga 20 minit. Ia membantu rambut sihat dan bersinar.
Campuran jus tomato dan madu baik untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. Sapu bahan ini pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan perahan limau nipis. Hasilnya, kulit cerah sekata.
Bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan bersisik, kembalikan kelembapan kulit dengan melenyek buah ini dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali untuk melihat hasilnya.
Dikongsikan cara menggunakan keduanya sebagai bahan asas sebagai masker untuk mengatasi jerawat di wajah.
Bahan-bahan:
1 biji tomato segar
Cara Membuat:
Jangan lupa follow kami di: