Tak salah sayangkan suami, namun berpada-pada jangan sampai memakan diri sendiri. Pesanan buat wanita yang bergelar isteri di luar sana, tolonglah sayang diri sendiri lebih daripada suami, berlaku sesuatu lakukan tindakan ini.
Jangan hanya berserah pada Allah, pastikan keselamatan mak-mak jika suami mula menunjukkan belangnya seperti memukul atau mencederakan. Tidak kiralah atas apa niat sekali pun.
Ikuti perkongsian Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Puan Suzana Ghazali ini serta ingat sampai bila-bila.
Terkejut bila baca berita satu kes di utara mengenai isteri yang cedera teruk akibat dipukul suami, menguatkan diri menaiki motosikal ke balai polis.
Khabarnya juga kejadian tersebut bukanlah kejadian kali pertama…
Kalau sudah biasa mengganas, memang dia akan mengganas lagi bila dia rasa selesa dan tak rasa perlu berhenti sebab anda yang jadi mangsa, tak buat tindakan perlu daripada awal.
Sudah banyak kali saya merayu dan pagi ini, saya mohon lagi…
Para isteri… tolonglah sayang diri sendiri lebih daripada sayangkan suami!
Perhatian wanita bersuamikan lelaki suka pukul:
Jika suami mengasari anda, tak kira apa juga alasan sebab memukul walau untuk mengajar bukan sampai mencederakan dan memukul pula adalah cara mendidik yang paling akhir.
Sama ada menampar, menempeleng, memukul, mencekik, memijak, menolak hingga terjatuh, mencekak tangan, menarik rambut atau apa saja perlakuan kasar dan keras, pastikan anda buat tindakan berikut:
1- Ambil gambar untuk kecederaan dialami, pastikan nampak muka, jangan luka atau lebam saja, macam mana nak buktikan itu luka atau lebam daripada badan anda?
2- Buat laporan polis, wajib dan jangan tarik balik tak kira apa yang berlaku
3- Dapatkan pemeriksaan doktor di hospital kerajaan, perlu walau anda tak nampak luka atau lebam.
4- Rujuk kes ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bantuan perlindungan, jika perlu.
Baca Juga Di Sini:
Sayang SUAMI Berpada-pada, Kalau Mahukan Kita Biarkan DIA Berusaha Lebih
Suami, Jangan Buat Isteri ‘Tawar Hati’. Hilang Rasa Sayang, Apatah Lagi Taat
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Tindakan disenaraikan ini penting dan perlu untuk urusan berbangkit pada masa depan. Tak perlu bimbang suami ditangkap polis.
Bukan semua kes pukul terus ditangkap atau ditahan. Kalau suami ditangkap pun, sebab dia bersalah cederakan anda.
Saya ulang…”Tolonglah sayang diri itu sendiri lebih dari sayangkan suami yang tak reti nak sayang anda!”
#HikmahKahwinUntukBahagia
#KahwinAdaAmanahdanTanggungjawab
MW: Ingat jika berlaku kes sebegini, mak-mak perlu lakukan tindakan yang disarankan. Sekiranya apa-apa berlaku di kemudian hari, mak-mak telah bersedia dengan segala bukti.
Sumber: Suzana Ghazali