paksa anak

Kalau ikutkan dengan perkembangan hari ini, ramai mak ayah sanggup paksa anak masuk sekolah awal sebab nak anak boleh membaca awal, tambah pula bila banyak isu baru-baru ini yang ditular tentang silibus makin payah. Malah mak ayah sendiri pun belum tentu mampu jawab. Jadi apa pilihan yang ada?

OK, usah risau mak ayah, anda boleh tenangkan hati apabila membaca pandangan daripada saudara Hazhari Ismail ini…

Heboh bila ada seorang guru memberi ‘nasihat’ kepada ibu bapa supaya pastikan anak mereka sudah pandai membaca sebelum melangkah ke Tahun 1. Walau apa cara sekalipun, seperti yang dicadangkan oleh si guru itu iaitu dihantar tuisyen dan sebagainya – asalkan anak pandai membaca.
Gila (saya cakap idea ni gila, bukan guru yang gila.

Ibu bapa mana yang tidak panik kalau itu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang guru. Ditambah pula sekarang adalah penggal kedua sebelum persekolahan sampai ke penghujungnya. Lagilah ibu bapa bertambah resah!
Guru antara benteng-benteng terakhir untuk meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada anak muridnya walau macam mana pun kurikulum itu berubah. Tapi, kalau benteng terakhir ini pun rapuh, ditambah dengan tekanan ibu bapa yang turut sama bersungguh, dekat mana lagi anak-anak nak mengadu yang mereka sedang tertekan?

Tempoh sekolah rendah itu panjang. Nak cepat-cepat itu nak kejar apa?
Nak kejar kelas nombor satu?

Nak bercerita dekat sahabat handai anak dah pandai membaca sebelum masuk sekolah?

Ads

Nak buat perbandingan dengan anak-anak sedara tentang anak siapa paling bijak?

Allahu, untuk apa semua ini?

Berapa kali dah ulang, TIADA signifikan kebaikan pun jika anak itu boleh membaca seawal 5 tahun. Apatah lagi yang muda dari umur itu. Kanak-kanak yang start membaca pada umur 5 atau 6 tahun, SAMA sahaja perkembangan dia dengan kanak-kanak yang start membaca pada umur 9 atau 10 tahun.
Ya, SAMA. Tolonglah jangan risau.

Maksudnya, pada umur 5 atau 6 tahun, mereka mengambil masa yang lama untuk expert dalam membaca berbanding umur 9 tahun yang mengambil masa yang singkat untuk mahir membaca.

Ads

Sebab itu saya cakap tempoh sekolah rendah itu panjang. Anak-anak boleh catch up. Tapi, sokonglah mereka. Jangan tambahkan beban mereka.
Di negara orang lain (yang mungkin menjadi rujukan pembuat polisi negara kita), assessmet itu adalah proses pembelajaran. Tetapi tidak di negara kita, iaitu belajar untuk assessment!!

Biarlah KSSR (kurikulum rendah) buat semakan pun. Kita yang melatah, anak yang jadi mangsa.

Macam mana mereka boleh buat semakan pun kita tidak tahu. Berapa kerat je kanak-kanak boleh follow kurikulum yang baru, sedangkan beribu-ribu lagi menjadi mangsa jurang bandar dan luar bandar yang makin menjauh!

Benar, membaca itu perkara yang menyeronokkan tetapi perlukan persediaan (readiness), kalau tidak kanak-kanak boleh frustrated. Benda-benda macam ini yang boleh naikkan statistik mental health problem di awal usia! Cukup-cukuplah KBAT dipeperiksaan-kan.

Ads

Biar jelah semua kanak-kanak masuk program Linus itu. Biar orang atas sedar status masyarakat hari ini di tahap yang mana.

Mungkin guru-guru tertekan berada di tengah-tengah antara orang atasan dan ibu bapa. Sampai sanggup memberi ‘arahan’ sebegitu kepada ibu bapa.
Dan yang paling penting ibu bapa. Anda sendiri tahu dan nilai anak anda di level yang mana.

Sudah banyak kita baca, kanak-kanak perlu masa bermain di awal usia.
Sudah banyak diperingatkan, masalah mental health telah menjadi ancaman biasa.

Tolonglah percaya dengan anak-anak.

Tolonglah…

Kadang-kadang kita terlupa, yang membunuh jiwa kanak-kanak itu bukan mereka… tapi kita sendiri.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI