“Tolonglah Jangan Bawa Bayi Atau Anak Kecil Melawat Pesakit Di Hospital.”

Share

Masih ramai mak ayah yang tak teragak-agak bawa bayi dan anak kecil ke hospital sebab nak melawat orang sakit tanpa mengambil kira kesan yang boleh berlaku pada tubuh badan si comel.

Ini seperti yang dinasihatkan oleh Doktor Muhammad Hassan

di laman media sosial miliknya baru-baru ini, jemput hadam.

Elakkan Bawa Bayi Atau Anak Kecil Ke Hospital

Seeloknya jangan bawa bayi atau anak-anak kecil melawat pesakit di hospital. Ada jenis bakteria seperti LEGIONELLA PNEUMOPHILA yang sukar dirawat walaupun menggunakan antbiotik.

Ada yang bawa bayi sihat 9 bulan. 2 Hari selepas itu terpaksa datang klinik dan dikejarkan ke hospital kerana demam teruk dan radang paru-paru.

Saya paling kesian tengok jika bayi batuk-batuk tanpa henti. Mak ayah  tak boleh tidur sebab waktu malam kebiasaannya radang makin teruk.

Kita perlu ingat, Hospital adalah tempat  paling banyak bakteria, virus walaupun nampak bersih, sangat tidak sesuai tempat ini untuk bayi dan kanak-kanak yang sihat.

Jadi lepas ini kalau pun nak melawat orang tersayang, tinggal anak kepada orang yang boleh dipercayai. Tak perlu bawa sekali, fikir dulu kesan pada anak-anak kalau tetiba terkena penyakit yang tak diundang.

Published by
Nadia