Cacar air

Biasanya kalau nampak anak orang diserang Cacar Air, mak ayah terus tarik anak tak bagi dekat. Malah kalau anak sendiri pun, sampai ada yang asingkan anak-anak sebab tak nak bagi berjangkit. Tanpa ambil tahu betul ke tindakan kita itu, jadi kali ini anda patut selongkar perkongsian Prof Dr Imelda Balchin untuk tengok sejauh mana anda patut asingkan anak daripada orang terkena chicken pox…

Demam cacar air.

Juga dikenali dengan nama ‘chicken pox’ atau jangkitan virus ‘varicella zoster’

Baru-baru ini saya menerima panggilan meminta nasihat. Ada ibu hamil yang bimbang kerana suami nya mendapat demam cacar air dan ibu ini tidak pernah lagi mendapat demam ini.

Saya sarankan mengambil ujian darah serology untuk mengenalpasti dahulu yang ibu hamil ini betul-betul tidak pernah mendapat chicken pox (ramai yang pernah dapat demam cacar air atau chicken pox semasa usia muda tetapi tidak ingat).

Ads

Jika sudah immune, tidak ada apa yang patut dibimbangkan tetapi jika tidak immune, patut diasingkan daripada suami sehingga kelihatan parut yang sudah mula kering di badan suaminya. Ibu hamil yang tidak immune boleh juga diberikan rawatan immunoglobulin yang boleh mengurangkan masalah chicken pox sekiranya terjangkit juga.

Jika mendapat demam chicken pox semasa hamil, doktor akan memberi rawatan antiviral, mengasingkan ibu hamil ini daripada ibu hamil yang lain, dan merujukkannya ke klinik Fetal medicine 4-6 minggu selepas sembuh untuk memantau sama ada terdapat kesan kepada janinnya.

Teringat saya masa umur 11 tahun, darjah lima (di dalam gambar). Masa tu adik lelaki saya yang berumur 7 tahun mendapat chicken pox. Arwah nenek saya sangat arif dan bijak kerana menghalang emak saya daripada mengasingkan saya daripada adik saya, supaya saya juga mendapat chicken pox. Memang elok dijangkiti penyakit chicken pox ni pada usia sekolah rendah.

Ads

Semasa anak perempuan saya berusia 6 tahun, dia mendapat chicken pox. Saya pun menggalakkan anak saya yang berusia 3 tahun bermain dengan kakak supaya dua-dua mendapat chicken pox.

Lebih kurang 75 dalam 100 orang yang pernah mendapat chicken pox dan sudah mendapat immuniti seumur hidup. Ini bermakna, sekali dapat, tidak akan dapat semula kerana antibody dalam badan kita sudah cam virus demam cacar air, atau chicken pox (varicella zoster) dan sudah handal melawan virus ini. Virus yang tidak dibunuh oleh badan kita, dipenjarakan dan dikawal dengan ketat di dalam ganglion badan kita. Tetapi jika immune kita tidak kuat semasa sudah tua, jika uzur, atau kita mengalami tekanan hidup, virus varicella zoster yang dipenjarakan ini boleh kembali menyerang kita semula sebagai penyakit kayap atau shingles.

Budak-budak selalunya mendapat demam cacar air /chicken pox yang hanya sederhana dan cepat sembuh, tidak memerlukan rawatan antiviral. Penyakit chicken pox yang teruk boleh berlaku jika kita mendapat penyakit ini buat kali pertama sebagai orang dewasa (lebih tua lebih teruk), orang dewasa yang merokok, wanita yang hamil, bayi yang baru dilahirkan jika ibunya tidak ada immuniti (tidak pernah mendapat chicken pox). Mereka ini perlukan rawatan antiviral.

Ads

Wanita hamil yang tidak pernah mendapat chicken pox dan bayinya yang baru dilahirkan hendaklah diasingkan daripada orang lain yang mendapat demam ini. 10 dalam 100 wanita hamil yang mendapat chicken pox boleh mendapat jangkitan paru-paru yang teruk (varicella pneumonia), dan 1 dalam 100 janin juga boleh mendapat kecacatan akibat ibu hamil yang mendapat demam cacar air pada peringkat awal kehamilannya.

Wanita hamil yang pernah mendapat chicken pox akan memberi perlindungan antibody kepada janinnya supaya tidak terjangkit, dan boleh bergaul dengan orang lain yang mendapat chicken pox. Jika wanita hamil mendapat penyakit kayap atau shingles, selalunya mereka akan sembuh dan janinnya masih terlindung juga.

Sebab itu lah saya sarankan ibubapa supaya jangan mengasingkan anak-anak, terutamanya anak perempuan, daripada kanak-kanak lain yang mendapat chicken pox. Sebaik-baiknya ialah mendapatkan immuniti ini sebelum hamil dan sebelum dewasa kelak. Biarlah mereka bergaul dan dapat chicken pox semasa peringkat sekolah rendah. Kalau kita tahu ada kawan-kawan mereka yang mendapat chicken pox, bawak lah anak-anak kita yang belum mendapat chicken pox bergaul dengan mereka supaya mendapat chicken pox.

Kaedah yang lebih senang lagi ialah mendapatkan chicken pox/varicella zoster vaccine, supaya mendapat immuniti sebelum hamil.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI