Tolonglah Hentikan Sebar Gambar Mangsa Kebakaran Anak-anak Tahfiz, Keterangan Doktor Ini Akan Buat Anda Menyesal Tak Sudah!

Share

Sejak pagi tadi sampailah ke petang ini, bertebaran di newsfeed baik grup WhatsApp gambar mangsa kebakaran anak-anak tahfiz dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung. Luluh, sayu hati malah tak sanggup pun nak buka dan lihat. Kalau hati kita pun rasa macam itu, apatah lagi ahli keluarga mangsa. Sebab itu, kena dengar saranan Dr Taufiq Razif ini. Sebab apa dilarang sebarkan gambar orang yang meninggal walaupun dalam hati cuma bertujuan nak berkongsi kesedihan.

Kenapa Tak Boleh Share Gambar Orang Meninggal?

Terkejut besar saya bila saya perasan ramai yang share gambar ngeri arwah adik-adik tahfiz yang meninggal kebakaran pagi tadi.

Ada 2 kesan dasyat yang akan berlaku kalau kita share dan upload gambar-gambar arwah camtu.

1. Kesan Pada Diri Kita Sendiri!

Kalau kita terbiasa tengok gambar-gambar ngeri dan ekstrim ni lama kelamaan akan ada efek buruk pada kita juga. Mula-mula hadir perasaan simpati tapi lama kelamaan bila dah terbiasa, kita mungkin akan kena SCHADENFREUDE, suatu perasaan seronok bila tengok gambar-gambar ngeri dan ekstrim.

2. Kesan Pada Keluarga Arwah!

Ada seorang ayah kepada 2 orang pelajar tahfiz tu bagitahu. Dia cuma sampai kat tempat kejadian pukul 7 pagi tadi. Tu pun anaknya call dia pagi-pagi buta lepas subuh. Lepas beberapa kali call baru dia sempat angkat. ” Ayah, datang cepat madrasah ni. Abang dah takdak dah. Terbakar! “

Bayangkan apa yang si ayah tu rasakan masa tu? Tahu tak orang yang mengalami kematian ahli keluarga secara mendadak camtu biasanya akan mengalami Post Traumatic Stress Syndrome ( PTSD )?

Orang Yang Kena PTSD Ni Biasanya Akan

– Mengalami mimpi buruk yang berterusan.

– Mengalami tekanan perasan yang parah.

– Mengalami imbasan-imbasan kejadian tu bertalu-talu.

– Tekanan tu jadi lebih dahsyat lagi kalau terpapar dengan memori ataupun sesuatu yang mengingatkannya pada kejadian tu.

Kredit foto: Berita Harian

Inilah Sebab Utama Yang Akan Buat Menyesal Tak Sudah

Pastu kita pula share je gambar-gambar anak dia dalam keadaan yang menyayat hati tu tanpa rasa bersalah. Entah-entah setiap kali anak beranak arwah buka Internet je mereka akan menangis tersedu sedu dan menjerit sebab tertengok gambar arwah yang kita share beramai-ramai tu.

Jadi, tolong sebarkan info ni kat semua orang ye supaya semua orang boleh delete balik kalau mereka dah terlanjur share. Kita tak nak tambah beban keluarga arwah dan kita taknak jadi penyebab tekanan perasaan pada keluarga arwah juga.

Sumber/Foto: Taufiq Razif – Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer