Dengar Kata Air Naik Malam Ini, Allahu.. Selamatkan Kami

Share

Wanita ini, Shahira Dasmin minta bantuan selamatkan mereka sekeluarga. Yang ketika ini terperangkap di Jalan Mawai berdekatan kawasan Kubu di Mersing.

Kawasan yang mereka lalui itu terputus hubungan akibat banjir di Johor.

Kira-kira 3 pagi semalam, ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Kulai selepas menghantar ayahnya di Tenggaroh, Mersing.

Kongsinya kira-kira jam 7 malam tadi di facebook miliknya,

“Kuasa Viral tu Hebat. Tolong laaaa kami tersadai di tengah-tengah jalan.

Ke depan tak boleh, ke belakang pun tak boleh. Makanan tak ada. Seharian kami tak makan apa-apa. Kiri kanan hutan laluan gajah lalu.

Dekat area saya ada 6 orang. Depan jalan air yang tak lepas ada kereta dengan lori. Tak pasti berapa orang..

Dah cuba cari ikhitiar dari pagi call macam-macam tapi sampai sekarang tak dapat bantuan. Dah nak malam lagi. Kereta tak balik pun tak pe. Orang mesti kena balik.”

 

 

Dengar Kata Air Naik Malam Ni, Allahu Selamatkan Kami..

Ketika ini, Shahira masih terperangkap bersama suami dan seorang anak yang masih bayi.

Sebelumnya, Shahira juga berkongsi keadaannya yang tersangkut dekat Jalan Mawai

“Dah lebih 24 JAM terkandas dekat Jalan Mawai. Dekat area Kubu. Tak balik balik rumah. Takde makanan. Depan belakang air naik. Kami tersangkut tengah-tengah. Dengar kata air naik malam ni. Allahuu selamatkan kami!”

MW : Mendoakan semoga Shahira sekeluarga dan mangsa banjir yang terkandas dapat diberikan bantuan segera.

Sumber/Foto : Shahira Dasmin, Harian Metro

Published by
NETTY AH HIYER