“Tolong Pulangkan Kovu Saya,” Pelakon Kila Fairy Tawar Ganjaran RM2,000 Cari Kucing Hilang.Kucing peliharaan boleh dianggap bagaikan ‘anak’ sendiri.Bagi yang memelihara kucing di rumah pastinya dapat menyelami perasaan bimbang dan kesedihan yang dialami oleh pelakon Kila Fairy ini apabila kehilangan kucing tersayang.
Pelakon Kila Fairy menawarkan ganjaran berjumlah RM2,000 kepada sesiapa yang menemui kucing jenis baka kacukan British Shorthair dan R. Blue miliknya yang hilang sejak 27 Februari lalu di sekitar Subang Jaya.
Menerusi satu poster yang dimuat naik di Instagram, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 30, memaklumkan bahawa kucing peliharaannya yang hilang itu berusia 10 tahun dan diberi nama Kovu.
“Kepada sesiapa yang mengambil anak saya (kucing), tolong pulangkan dia kembali. Kalau awak mahukan kucing berwarna kelabu, saya boleh bagi awak seekor tapi tolong kembalikan Kovu saya.
“Tolong tengok sekeliling, kucing jiran. Kovu sudah hilang sejak 27 Februari, sekitar 9 pagi,” katanya menerusi status di Instagramnya.
Pada poster yang sama, anak kepada penyanyi vateran Rohana Jalil itu turut meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya orang awam menjumpai kucingnya.
Ramai yang bersimpati akan kehilangan kucing kesayangan Kila Fairy ini, serta turut mendoakan semoga kucingnya kembali ke pangkuan pelakon ini.
Mesti Baca:Nekad Berhenti Kerja, Demi Kepuasan Bela 52 Kucing Jalanan Termasuk Yang Buta, Lumpuh & Sawan!
Baca Lagi Di Sini:Isyarat Dari Kucing Tanda Terkena Sihir, Si Bulus Bukan Hanya Menjaga Tapi Lindungi Tuannya
Artikel Menarik:Gantung Bahan Ni Letak Tepi Sangkar, Berkesan Serap Bau Najis Kucing!
Mingguan Wanita:Kasihannya. Hanya tuan kucing yang benar-benar memahami bagaimana bimbangnya perasaan apabila kehilangan kucing tersayang. Semoga dipermudahkan urusan buat Kila Fairy dan kucing yang hilang dapat dijumpai kembali.
Sumber:Sinar Harian, Kila Fairy Official
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.