Lelaki ini, Ariff Ismail berkongsi perjalanan sakit yang dialami dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tak mudah ya mak ayah. Sebab kos perubatannya bukan sedikit.
Sebab itu mak ayah, berusahalah sebaik mungkin dan berdoalah agar dilindungi dan dijauhkan diri mahupun ahli keluarga daripada sakit. Dan tak perlu pun cuba-cuba nak buat macam-macam cari ‘penyakit’.
Saya cerita kronologi ” SAKIT ” yang saya hadap masa tempoh PKP.
Pada awal bulan 3 saya ada sejarah perjalanan ke Bandung, Indonesia. Shopping baju raya kononnya. Balik dari bandung dah mula self quarantine. Dalam tempoh tu ada sakit tekak dan demam.
Sikap paronoid melayu muncul dalam diri, sebab masa balik Covid-19 tengah banyak kes di Malaysia. Maka pergilah klinik, Doktor tak nak check siap jarakan diri terus suruh pergi HKL. Sampai HKL diorang suruh balik sebab sejarah perjalanan bukan ke negara risiko covid-19.
Kesesokannya bermula lah perintah PKP di Negara kita, masih juga demam, dengan cadangan beberapa keluarga dan rakan terdekat minta call Pantai Hospital untuk datang check Covid-19. Harga RM750.00, sebab #deminegara buat dan bayarlah juga dengan berat hati.
Lepas check, keadaan makin teruk, demam tak turun turun, suhu 38 +/-. Kepala dan badan sakit sangat, cuba bertahan sementara nak tunggu result keluar. Tapi tak boleh tahan, terus ke Prince Court Medical Centre.
Drama baru bermula, kena bawak lalu pintu belakang sebab suhu dah naik 39. Doktor dan nurse yang rawat semua pakai baju PPE. Dalam hati dah terdetik aku kena Covid-19 ke ni. Memang dah tak boleh positive dalam kepala.
Doktor datang dan bagitahu kena buat test Covid-19, walaupon dah buat dan dah dapat result dari Hospital Pantai negatif. Dengan alasan, ada pesakit yang kali kedua baru result positive. Mereka tak mahu ambil risiko, kena buat juga kena lagi sekali RM 650.00. Dan Doktor bagitahu insuran akan boleh claim jika positif Covid-19.
Ikut keadaan badan yang sangat sakit kena juga lah warded. Masa ni paling sedih, sebab sementara tunggu result, kena duduk isolation ward. Tak ada siapa boleh tunggu dan berhubung dengan nurse melalui telefon sahaja. Makanan semua dalam beg plastik khas.
Dengan badan sakit dan mental dah koyak habis, kekal positif sebab kenangkan ” wehh anak aku kecik lagi kalau aku mati”. Selama 2 hari juga dirawat dalam ward isolation sebelum ditukar ke ward biasa. Tiada sebarang antibiotik atau ubat tahan sakit yang diberikan.
Hampir hampir ditolak ke ICU sebab sukar bernafas dan suhu naik mendadak 40 +\-. Habis satu katil nurse basahkan dengan air sejuk. Satu badan nurse letak kain yang berendam air sejuk untuk turunkan suhu.
Alhamdulillah, result Covid-19 sekali lagi negatif. Doktor teruskan rawatan sebagai pesakit denggi disebabkan platelet darah turun sehingga bacaan bawah 40. Hampir seminggu dalam ward sebelum Doktor bagi balik rumah.
Kesimpulannya, tolong jangan sakit musim #covid19 jika kita tiada medical card personal atau company, sebab kos untuk rawatan sangat mahal sekarang dan kebanyakan hospital kerajaan sedang digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.
Kita jaga kesihatan dan kebersihan diri serta jangan bertangguh untuk aktifkan pelan medikal kita dan keluarga. Saya bercakap sebagai individu bukan kerana saya seorang perunding takaful.
Dan satu lagi pesanan saya kepada perunding takaful muslim yang ada lesen conventional, tolong lah jujur dengan pelanggan anda. Jangan kata itu produk takaful jika anda cadangkan pelan conventional pada mereka.
Dah jadi satu tugas lagi pulak pada kami yang menyokong 100% produk takaful untuk muslim ni beri penerangan mengapa harga berbeza. Ikutlah apa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa. Jangan kerana nak sales, sanggup takafulkan produk conventional pada pelanggan.
Baca sini : Bila pasangan sakit, jangan angap kiamat rumah tangga
Sumber/Foto : Ariff Ismail