Mungkin ada lelaki rasa tak penting tetapi percayalah kalau anda ingat tarikh-tarikh penting dalam rumah tangga, anda lebih dihargai kaum isteri.
Untung-untung boleh dapat rezeki dua kali ganda sebab isteri selit doa dalam kegembiraannya.
Begitulah hidup, kalau pandai menghargai dan mengambil hati… ganjarannya pasti bahagia. Inilah yang Puan Nieza Termizi cuba kongsikan, terbit bahagia bila suami tak pernah lupa tarikh-tarikh penting. Walau cuma ucapan, itu lebih bermakna bila dengar dari mulut orang yang kita sayang.
Nah, jemput baca…
Ada pasangan masih tak perasan macam mana nak baiki hubungan.
Kita duduk sebumbung
Kita ke tempat kerja bersama
Kita ada anak-anak
Kita gembira kita bahagia
Kita ok!
Benarkah?
Susah nak cari kayu pengukur kita happy dan kita gembira, bila apa yang kita buat setiap hari adalah kerja rutin.
Pagi-pagi kejutkan pasangan, siapkan anak-anak, sarapan bersama, bersiap ke tempat kerja. Berjumpa semula selepas tamat waktu bekerja, siapkan hidangan makan malam sementara suami tengokkan anak-anak. Makan malam bersama, solat dan bersiap untuk tidur. Esoknya, rutin sama berulang lagi.
Itulah kerja rutin.
Terlupa… ada kelompongan dalam hati. Lompongnya jadi makin besar dan dalam dari sehari ke sehari.
Tapi bila kita buat sesuatu yang berbeza dari hari semalam, sedikit demi sedikit, tabung emosi terisi. Level bahagia naik tak henti-henti. Senyum meleret sampai ke dinihari.
Sumpah!
Kita tak pernah kisah orang lupa hari jadi, hari anniversary, hari ulang tahun pertemuan, hari memula kita diijabkabulkan, hari kita menjadi halal untuk bersentuhan.
Sehinggalah pada satu ketika, bila ‘ujian’ dalam rumah tangga datang. Kita tersentak.
Sahabat-sahabat,
Tolong jangan abaikan tarikh-tarikh penting suami dan isteri. Bunyinya macam tak islamik. Takde dalam sunnah. Walhal nak buat sesuatu yang romantik dan tunjukkan kasih sayang, hari-hari pun boleh. Kata hati kita..
Jangan tipu diri sendiri. Berbalik kepada apa yang saya mention kat atas tadi. Hari-hari mengulang kerja rutin. Selalu yang berlaku, kita tak punya ada masa dan kesempatan pun untuk buat pasangan kita hatinya berbunga-bunga.
Sekeping coklat yang harganya di bawah RM5 dan sekeping kad ucapan tu macam biasa-biasa aja. Tapi tanpa kita sedar, Allah bagi rahmat atas setiap usaha kita mengambil hati pasangan. Kasih sayang kerana Allah. Kasih sayang yang membawa ke syurga.