‘Tolong Jaga Sensitiviti Nabila, Dia Isteri orang’,Sharnaaz Ahmad. Meskipun telah berpisah, namun tiada salahnya untuk mengekalkan hubungan baik bagai kawan, demi anak tersayang.

Jaga Sensitiviti Nabila Isteri Orang

Pelakon, Sharnaaz Ahmad memohon peminatnya dan bekas isteri, Noor Nabila yang masih memuat naik video mereka ketika masih bergelar suami isteri menjaga sensitiviti Nabila sebagai isteri orang.

Sharnaaz, 38, ketika ditemui berkata, peringatan ini penting kerana suami kepada Nabila, Engku Emran Engku Zainal Abidin juga manusia yang memiliki perasaan.

“Saya tahu akan kewujudan video-video yang dimuat naik peminat di TikTok dan saya ada menonton. Saya pun tak boleh nak menghalang mereka kerana itu akaun media sosial mereka.

“Tapi, kita kena sedar bahawa Nabila berstatus isteri orang. Janganlah berdoa seperti ingin meruntuhkan masjid orang lain.

“Kena fikir juga sensitiviti suaminya sebab dia pun ada perasaan. Dia bukan robot,” katanya.

‘Tolong Jaga Sensitiviti Nabila, Dia Isteri orang’, Sharnaaz Ahmad

Tahu Batas Sensitiviti

Bagaimanapun, Sharnaaz tidak menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya mengucapkan terima kasih kerana masih ada yang mengingat dan menghargainya.

Ads

“Saya tak salahkan mereka yang mendoakan yang baik-baik dan saya ucapkan terima kasih. Cumanya, kena tahu dan jaga batas sensitiviti itu.

“Pada saya, bila melihat video-video itu, mereka (peminat) ini masih belum ‘move on’ dan maknanya, masih sayangkan kita. Terima kasih sebab masih ingat kepada kami,” katanya.

‘Tolong Jaga Sensitiviti Nabila, Dia Isteri orang’, Sharnaaz Ahmad

Bergerak Satu Pasukan Besarkan Jebat

Menurutnya, dia dan Nabila kini bergerak sebagai satu pasukan untuk memastikan anak mereka, Jebat Jayden Ahmad, 5, dapat membesar dengan baik.

“Saya tak ada marah atau berdendam (dengan Nabila). Saya dah buang semua perasaan itu. Sekarang, kami adalah satu pasukan untuk membesarkan Jebat sebab saya rasa, Jebat pun tak rasa seperti kami bercerai,” katanya.

‘Tolong Jaga Sensitiviti Nabila, Dia Isteri orang’, Sharnaaz Ahmad

Ads

Terdahulu, muncul beberapa video yang dimuat naik oleh pemilik akaun berbeza memaparkan Sharnaaz dan Nabila ketika masih bergelar suami isteri dan selepas bercerai.

Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada 31 Mac 2017, tetapi bercerai pada 9 Julai 2020.

Terbaharu, Sharnaaz bakal muncul dalam filem Polis Evo 3 arahan Syafiq Yusof yang mula ditayangkan 25 Mei ini.

Ads

Mesti Baca:Bercerai Itu Hanyalah Suami Isteri, Sharnaaz Komited Tak Pernah Lupa Lawat Anak Setiap Hari

Artikel Menarik:“Kahwin Elok-Elok Takkanlah Masa Cerai Nak Gaduh-Gaduh,” Sharnaaz

Mingguan Wanita: Ada benarnya luahan Sharnaaz ini. Meskipun yang merapatkan hubungan mereka adalah anak, namun perlu ada batasannya kerana Nabila masih isteri orang. Buat para peminat, berpada-padalah dalam ‘menyatukan’ pasangan ini kembali.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber: Hmetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI