Besar pengorbanan petugas barisan hadapan, diri berhadapan dengan risiko setiap kali menjalankan tugas. 17 hari berjuang melawan jangkitan Covid-19, takdir menentukan jururawat ini pergi menghadap ilahi.Namun titipan pesanan terakhir yang disampaikan cukup meruntun hati. Hanya mengharapkan agar kedua ibu bapanya terjaga dan sentiasa dalam peliharaanNya.
“Tolong jaga emak dan abah ya.” Itu pesanan terakhir seorang jururawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, yang meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19, tengah malam tadi.
Nadila Rahmat, 32, jururawat di wad ortopedik HPSF itu meninggal dunia kira-kira jam 12.36 tengah malam tadi selepas hampir 17 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.
Pesanan Terakhir Kakak
Adiknya, Nabiha, 26, berkata pesanan terakhir kakak sulungnya itu disampaikan menerusi telefon sehari selepas dimasukkan ke ICU pada 7 April lalu.
Katanya, Allahyarham ketika itu menelefon ibu mereka, Rodiah Mohd Don, 57, bagi memaklumkan keadaannya kerana perlu dirawat di ICU namun berikutan mereka sekeluarga berada dalam kenderaan kerana baru selesai melakukan saringan COVID-19 menyebabkan suara kakaknya itu tidak didengari ibunya.
“Ibu menyerahkan semula telefon kepada saya sebelum kakak berpesan supaya sentiasa jaga emak dan ayah. Kakak berkata selepas ini beliau akan ‘ditidurkan’ di ICU bagi memasukkan ubat ke dalam badannya.
Ads
“Ketika itu sudah terdetik rasa sayu namun saya tidak sampai hati untuk memaklumkan emak dan abah kerana tidak mahu mereka susah hati.
“Itulah kali terakhir kakak bercakap dengan ibu dan saya sebelum menghembuskan nafas terakhir tengah malam tadi, “ katanya sebak ketika dihubungi.
Dikebumikan Di Muar
Jenazah Nadila dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Serom 1, Sungai Mati, Tangkak, Muar, tengah hari tadi.
Mengulas lanjut, Nabiha berkata, Nadila sudah 10 tahun menjadi jururawat dan bertugas di HPSF Muar.Katanya, kakak seorang yang ceria namun jarang berkongsi masalahnya dengan keluarga berikutan tidak mahu mereka bimbang.
“Kakak sudah mula tidak sihat awal April lalu dengan batuk dan tidak berselera makan, namun kami tidak mengesyaki apa-apa.
Ads
“Kakak hanya maklumkan kepada keluarga beliau perlu menjalani kuarantin kerana menjadi suspek jangkitan COVID-19 hanya di saat akhir sebelum pergi ke pusat kuarantin di Pagoh pagi pagi 5 April lalu.
“Itulah kali terakhir kami sekeluarga bertemu kakak.
“Beliau meminta emak membantu mencari beg pakaian namun menegah ibu datang berhampirannya ketika mahu menolongnya mengemas pakaian.
“Ketika itu emak sudah berasa tidak sedap hati namun seperti kakak, emak hanya memendam saja perasaan sedihnya itu sehinggalah kakak perlu dimasukkan ke ICU 7 April lalu,” katanya.
Ads
Keadaan Kritikal
Beliau berkata, keluarganya terutama bapa mereka, Rahmat Johan, 65, dan emak sering melakukan solat hajat dan membaca surah Yassin bagi mendoakan kakak sembuh seperti biasa.
“Namun malam tadi, apa yang kami sekeluarga takuti terjadi juga apabila hospital dan doktor menghubungi keluarga kira-kira jam 10.30 malam menyatakan keadaan kakak semakin tidak stabil,” katanya.
Panggilan kedua dari hospital memaklumkan kakak semakin kritikal dan meminta keluarga bersedia apa jua kemungkinan dan panggilan ketiga, pula memaklumkan kakak sudah meninggal dunia.
“Keluarga kami reda dengan pemergian kakak namun kami kehilangan seorang kakak yang suka berbakti kepada keluarga dan masyarakat dan tidak lagi dapat menyaksikan keletahnya menyediakan hidangan berbuka puasa seperti selalu, “ katanya.
MW: Salam takziah buat keluarga jururawat ini. Semoga diberi kekuatan dan redha dengan ketentuan tuhan. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah.
Sebenarnya banyak cara yang boleh mudahkan kerja dapur dan ini satu teknik untuk selamatkan mood menghasilkan sajian bagi orang yang jenis suka masak apabila bahan yang perlu diguna tak lengkap.
Tiada yang lebih bermakna bagi anak apabila hasil penat lelah beroleh kejayaan dalam pelajaran diraikan bersama ibu dan ayah tersayang. Namun ajal maut ketentuan tuhan, hasrat seorang pelajar cemerlang SPM 2022 yang mendapat keputusan 8A pagi tadi tidak tertunai apabila ayah yang disayangi telah menemui pencipta hanya kira-kira 15 jam sebelum keputusan SPM diumumkan pada hari ini.
“Sepatutnya abah yang mengiringi dan menemani saya ke pentas mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, hari ini.
“Tetapi abah terlebih dulu menghembuskan nafasnya terakhir kira-kira 15 jam sebelum mengiringi saya mengambil keputusan SPM,” kata Nur Farah Melissa Mohd Shukri, 18, dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Khairah, hari ini.
Pada keputusan SPM hari ini, Nur Farah Melisa yang juga anak sulung daripada empat beradik memperoleh keputusan 1 A+, 6A, 1 A- dan 2C.
Abah Meninggal Komplikasi Buah Pinggang
Bapa Nur Farah Melissa iaitu Mohd Shukri Ismail, 57, yang juga guru di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) yang dimasukkan ke wad sejak Isnin lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), kira-kira jam 7 malam akibat komplikasi buah pinggang.
Pengumuman dan penyampaian keputusan SPM disampaikan Pengetua SMA Khairah, Shamsiah Mohd Radzi dan turut dihadiri Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa (PIBG), Datuk Wan Hisham Wan Salleh.
Hanya Ditemani Adik Ke Pentas
Pada majlis itu, suasana pilu menyelubungi dewan utama SMA Khairah apabila lebih 50 guru dan pelajar memeluk sambil mengesat air mata kesedihan serta mengucapkan takziah kepada Nur Farah Melissa.
Nur Farah Melissa yang terkilan dan masih bersedih hanya ditemani adiknya, Muhammad Asyraf Daniel, 17, naik ke pentas menerima sijil keputusan SPM.
Ibu Nur Farah Melissa, Wan Zubaidah Wan Ahmad, 49, yang juga guru di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu tidak dapat menemani dan berehat di rumahnya di Kampung Pengadang Baru.
Nur Farah Melissa berkata, kali terakhir menatap wajah bapanya ketika menghantar lampin pakai buang dan makanan di HSNZ, jam 6.45 petang semalam.
“Saya berada di sisi abah dan sempat mengajarnya mengucap ketika doktor cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) semalam.
“Pada Selasa lalu, arwah berulang kali berjanji untuk meminta kebenaran doktor keluar daripada hospital bagi menemani saya mengambil keputusan SPM hari ini,” katanya.
Teruskan Hasrat Sambung Belajar Luar Negara
Nur Farah Melissa berkata, arwah bapa sudah lama menunggu peluang dan kerap mengajak ibu untuk turut menemaninya ketika mengambil keputusan SPM.
“Arwah abah kerap beritahu saya akan mendapat keputusan cemerlang berdasarkan kepada keputusan peperiksaan percubaan SPM yang diadakan November lalu,” katanya.
Nur Farah Melissa berkata, dia berhasrat meneruskan impian arwah bapanya untuk menyambung pengajian ke universiti di luar negara dalam jurusan akaun.
“Abah ini adalah hadiah istimewa daripada kakak untuk abah dan ibu, kakak akan berusaha untuk melanjutkan pengajian ke universiti luar negara dalam bidang perakaunan,” katanya.
Mingguan Wanita: Salam takziah di atas kehilangan ayah tersayang, yang hanya 15 jam sebelum keputusan cemerlang SPM diumumkan. Semoga adik ini diberikan kekuatan dan terus cemerlang dalam pelajaran.
Setakat ini vaksin adalah cara paling efektif untuk melindungi anak kita daripada jangkitan penyakit yang boleh membawa kematian. Oleh sebab itu, anak kita perlu divaksin agar bukan sahaja kesihatannya terjamin, dalam masa yang sama menjamin kesihatan orang sekeliling.
Sekarang ini bermacam-macam virus, lagilah mak-mak perlu berjaga-jaga. Malahan ada mak-mak yang berkemampuan sanggup mengeluarkan bajet untuk mendapatkan vaksin tambahan agar anak-anak selamat dan dilindungi. Semua mak-mak sayangkan anak-anak kan.
Jangan pula akibat terlalu taksub, akhirnya anak yang hanya menghidap selesema dibiarkan meninggal dunia. Gara-gara mak yang degil tak mahu vaksinkan anak.
Tak Dengar Nasihat
Di Clarado, akibat kedegilan si ibu enggan mendengar nasihat pakar perubatan yang menyarankannya mengambil vaksin untuk anaknya, dia kini dirundung kesedihan kerana anaknya meninggal dunia selepas tidak pulih daripada selesema berlarutan.
Anaknya yang berusia empat tahun itu maut selepas ibunya dipercayai enggan mengambil vaksin Tamiflu yang disarankan doktor.
Malah, doktor berkenaan turut menyarankan seluruh ahli keluarga wanita itu mengambil vaksin yang dicadangkan memandangkan dua daripada empat anaknya turut berdepan masalah selesema.
Bagaimanapun, wanita itu memilih untuk mendapatkan pandangan daripada kumpulan antivaksin di media sosial.
Gunakan Penyembuh Semulajadi
NBC News melaporkan, kanak-kanak itu belum didiagnosis sebarang penyakit tetapi menghidap demam dan sawan.
“Doktor mahu kami mengambil tamiflu tetapi saya enggan,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook antivaksin.
Menurut laporan itu, terdapat 45 komen di hantaran yang dibuat ibu berkenaan namun, tidak ada satupun yang mencadangkannya mengikut saranan doktor.
“Ibu itu mendakwa dia menggunakan ‘penyembuh semula jadi’ untuk merawat anak-anaknya termasuk menggunakan minyak pepermin, vitamin C dan lavender namun, tidak berkesan.
“Dia kemudiannya meminta cadangan lain daripada kumpulan berkenaan dan ada yang menyarankan susu ibu, daun thyme dan sejenis beri yang tiada sebarang bukti perubatan merawat selesema,” kata laporan itu.
Kanak-kanak itu kemudiannya dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia empat hari kemudian.
Ubat Antivirus
Tamilflu adalah ubat antivirus khas bagi merawat selesema dan ketika ini musim kanak-kanak mendapat penyakit itu agak tinggi.
Pakar pediatrik menganggarkan kadar jangkitan selesema sekarang lebih tinggi daripada biasa iaitu 68 kanak-kanak dilaporkan maut mengikut perangkaan Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan.
Kajian oleh American Academy of Family Physicians mendapati 59 peratus daripada ibu bapa mengatakan anak mereka tidak mengambil vaksin berkenaan berikutan menerima maklumat salah atau salah faham.
Sumber: Harian Metro
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua dan jangan sesekali terfikir untuk menolak vaksin anak-anak. Zaman sekarang pelbagai virus dan penyakit di mana-mana, jadi diminta mak, ayah berhati-hati dalam melindungi kesihatan anak. Anak adalah amanah Allah untuk kita semua.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...