Ada sesetengah suami cukup sensitif dengan gelaran ‘geng takut bini’. Kononnya, kalau nampak suami buat kerja rumah, adalah suara sinis dan sindiran.
Mungkin orang dulu-dulu bolehlah dikatakan ada yang tergolong geng takut bini sebab hanya suami seorang yang bekerja dan segala urusan rumah bergantung pada isteri. Suami dianggap raja. Tapi, keadaan sekarang sudah berubah.
Isteri turut sama bekerja dan membantu suami untuk tambahkan kewangan keluarga. Jadi, memang patut suami tolong isteri buat kerja rumah. Barulah sama-sama berkongsi rasa dalam rumahtangga.
Perkongsian daripada Firdaus Mokhtar ini ada betulnya. Rumahtangga adalah tempat untuk berkongsi. Jangan harapkan segala kerja rumah di bahu isteri. Suami kenalah sama-sama tolong.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kalau Tak Mampu Gajikan Pembantu Rumah, Suami Janganlah Berkira Tolong Isteri
“Hati-Hati Bermanis-Manis Dengan Pasangan.” Jangan SWEET Sangat! Takut Nanti SEMUT Datang
Info Lebih Menarik DI SINI
Dulu masa kecil, saya selalu tertanya-tanya kenapa abah selalu buat kerja rumah. Antara yang selalu abah buat ialah basuh kain. Dia akan basuh semua kain baju dan sidai siap.
Walau pun basuh guna mesin basuh, tapi mesin basuh yang semi auto tu. Bukan macam kita sekarang, automatik penuh. Masukkan baju, letak sabun, mulakan mesin tahu-tahu sudah sahaja nanti.
Mesin semi auto ni kena bilas kainnya. Dah siap basuh, keluarkan air basuhan, bilas satu satu baju yang dibasuh, masukkan ke bahagian spin untuk keringkan. Begitulah selalu saya tengok abah buat.
Ada juga banyak waktu lain, saya tengok abah vakum rumah. Daripada bilik tidur utama, membawa pula ke bilik anak-anak, ke bilik tetamu juga, sudahnya di ruang tamu yang besar.
Basuh pinggan dan kemas dapur juga selalu abah buat. Cuma masak sahaja tak selalu, mungkin tak mahir ke situ. Tapi kerja rumah lain, banyak kali saya tengok abah buat.
Dan setiap kali abah buat tu, bukannya waktu ummi bekerja. Waktu yang sama ummi ada di rumah. Tapi ummi pastinya sedang buat kerja lain lah.
Abah sedang basuh kain baju, ummi memasak. Abah asyik vakum rumah, ummi sedang
kemaskan almari baju kami adik-beradik lelaki ni. Entah macam mana berteraburnya.
Oh ya, abah dulu ada buat kolam ikan depan rumah. Itu semacam satu terapi buat dia. Tenang mungkin bila dengar bunyi air kolam dengan puluhan ikan koi yang berenang-renang tu kan. Jadi ada masa kena bersihkan kolam pula.
Saya pelik dulu sebab selalu dengar tugas buat kerja rumah ni tugas mak mak. Bukan kerja ayah ayah. Kalau ayah buat kerja macam-macam ni, sebab mak garang. Tapi saya diamkan sahaja.
Bila dah besar ni baru lah saya faham. Iya, bila dah berumahtangga ni. Rupanya bukanlah isu geng ayah takut geng mak.
Rupanya perkahwinan ini kuncinya ialah berkongsi. Berkongsi hati dan segalanya. Bila kita dah jadi suami isteri, semua benda kita kena kongsi antara suami dan isteri.
Kongsi perasaan, kongsi rasa, kongsi harta, duit, anak dan macam macam lagi. Antara yang utama, kongsi masa yang kita ada.
Kawan-kawan, kita masing-masing cuma ada 24 sehari. Tak ada yang lebih. Jadi rumahtangga kita juga sama, cuma ada 24 jam sahaja.
Jadi 24 jam ini lah yang kita kongsi. Dulu abah dan ummi sama-sama kerja. Abah kerja waktu tetap, ummi kerja kilang jadi ada shift kerja. Maka berdepan masa kerja dan waktu duduk rumah inilah mereka berbahagi tugas.
Kalau harapkan seorang sahaja buat kerja rumah, mesti tak terkejar. Bayangkan kalau isteri seorang buat kerja rumah semua, suami asyik keluar melepak jumpa kawan-kawan. Balik harap semua benda selesai, tak jadi juga.
Hidup suami isteri dah tak boleh ada sikap ‘masa aku, aku yang susun. Masa kau, kau buat sendiri’. Sebab 24 jam itulah yang kita kongsi sama-sama.
Waktu di tempat kerja tak apa lah kita nak letak masa kita sendiri, waktu di rumah nanti kita kena letak masa itu kita dan pasangan kita yang punya. Tambahan pula masa dalam hari bekerja berapa jam sahaja kita ada di rumah dengan keluarga.
Tambah tolak waktu kerja dan tidur, mungkin tinggal 6-7 jam sahaja. Sedangkan tugasnya banyak. Nak kena masak, jaga anak, tengok anak belajar buat kerja sekolah, nak iron baju sekolah anak, waktu nak makan sama-sama, nak solat jemaah sama, nak tengok tv pula, anak kecil ajak main, baju nak kena basuh, nak mandi bersihkan diri, tidurkan anak-anak.
Pheww. Banyak tak sebut lagi tu. Ini belum kita sebut kalau ada pasangan yang sedang demam. Sakit dan tak larat nak buat kerja.
Maka, berkongsilah masa yang ada. Kena ada timbang rasa dan tolak ansur. Kena susun mana keutamaan dalam masa-masa yang berbaki dalam sehari.
Kadang sebab tak dapat letak masa dengan betul, pasangan akan rasa kita tak ada dengan dia. Kita memang rasa ok sahaja, ada je dekat rumah. Tapi waktu waktu penting dan melelahkan dia tu, kita tak ada. Momen yang setengah jam itu dia akan rasakan semua kerja rumah dia buat.
Sebab apa? Sebab kita tak selalu ada untuk uruskan sedikit hal penting bersama dengan pasangan kita.
Begitulah.
Mingguan Wanita : Isteri pun kerja untuk bantu suami. Jadi, tak salah pun suami tolong isteri buat kerja rumah. Sekurangnya, ringanlah tugas isteri dan isteri pun tak stres.
Sumber: Firdaus Mokhtar,
Kongsi apa yang ada.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar
penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau
whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita