Ada sesetengah suami cukup sensitif dengan gelaran ‘geng takut bini’. Kononnya, kalau nampak suami buat kerja rumah, adalah suara sinis dan sindiran.
Mungkin orang dulu-dulu bolehlah dikatakan ada yang tergolong geng takut bini sebab hanya suami seorang yang bekerja dan segala urusan rumah bergantung pada isteri. Suami dianggap raja. Tapi, keadaan sekarang sudah berubah.
Isteri turut sama bekerja dan membantu suami untuk tambahkan kewangan keluarga. Jadi, memang patut suami tolong isteri buat kerja rumah. Barulah sama-sama berkongsi rasa dalam rumahtangga.
Perkongsian daripada Firdaus Mokhtar ini ada betulnya. Rumahtangga adalah tempat untuk berkongsi. Jangan harapkan segala kerja rumah di bahu isteri. Suami kenalah sama-sama tolong.
Geng Takut Bini Bukan Sebab Tolong Buat Kerja Rumah Pun!
Dulu masa kecil, saya selalu tertanya-tanya kenapa abah selalu buat kerja rumah. Antara yang selalu abah buat ialah basuh kain. Dia akan basuh semua kain baju dan sidai siap.
Walau pun basuh guna mesin basuh, tapi mesin basuh yang semi auto tu. Bukan macam kita sekarang, automatik penuh. Masukkan baju, letak sabun, mulakan mesin tahu-tahu sudah sahaja nanti.
Mesin semi auto ni kena bilas kainnya. Dah siap basuh, keluarkan air basuhan, bilas satu satu baju yang dibasuh, masukkan ke bahagian spin untuk keringkan. Begitulah selalu saya tengok abah buat.
Ada juga banyak waktu lain, saya tengok abah vakum rumah. Daripada bilik tidur utama, membawa pula ke bilik anak-anak, ke bilik tetamu juga, sudahnya di ruang tamu yang besar.
Basuh pinggan dan kemas dapur juga selalu abah buat. Cuma masak sahaja tak selalu, mungkin tak mahir ke situ. Tapi kerja rumah lain, banyak kali saya tengok abah buat.
Ads
Dan setiap kali abah buat tu, bukannya waktu ummi bekerja. Waktu yang sama ummi ada di rumah. Tapi ummi pastinya sedang buat kerja lain lah.
Abah sedang basuh kain baju, ummi memasak. Abah asyik vakum rumah, ummi sedang
kemaskan almari baju kami adik-beradik lelaki ni. Entah macam mana berteraburnya.
Oh ya, abah dulu ada buat kolam ikan depan rumah. Itu semacam satu terapi buat dia. Tenang mungkin bila dengar bunyi air kolam dengan puluhan ikan koi yang berenang-renang tu kan. Jadi ada masa kena bersihkan kolam pula.
Saya pelik dulu sebab selalu dengar tugas buat kerja rumah ni tugas mak mak. Bukan kerja ayah ayah. Kalau ayah buat kerja macam-macam ni, sebab mak garang. Tapi saya diamkan sahaja.
Perkahwinan Adalah Perkongsian
Bila dah besar ni baru lah saya faham. Iya, bila dah berumahtangga ni. Rupanya bukanlah isu geng ayah takut geng mak.
Rupanya perkahwinan ini kuncinya ialah berkongsi. Berkongsi hati dan segalanya. Bila kita dah jadi suami isteri, semua benda kita kena kongsi antara suami dan isteri.
Kongsi perasaan, kongsi rasa, kongsi harta, duit, anak dan macam macam lagi. Antara yang utama, kongsi masa yang kita ada.
Kawan-kawan, kita masing-masing cuma ada 24 sehari. Tak ada yang lebih. Jadi rumahtangga kita juga sama, cuma ada 24 jam sahaja.
Ads
Jadi 24 jam ini lah yang kita kongsi. Dulu abah dan ummi sama-sama kerja. Abah kerja waktu tetap, ummi kerja kilang jadi ada shift kerja. Maka berdepan masa kerja dan waktu duduk rumah inilah mereka berbahagi tugas.
Kalau harapkan seorang sahaja buat kerja rumah, mesti tak terkejar. Bayangkan kalau isteri seorang buat kerja rumah semua, suami asyik keluar melepak jumpa kawan-kawan. Balik harap semua benda selesai, tak jadi juga.
Hidup suami isteri dah tak boleh ada sikap ‘masa aku, aku yang susun. Masa kau, kau buat sendiri’. Sebab 24 jam itulah yang kita kongsi sama-sama.
Waktu di tempat kerja tak apa lah kita nak letak masa kita sendiri, waktu di rumah nanti kita kena letak masa itu kita dan pasangan kita yang punya. Tambahan pula masa dalam hari bekerja berapa jam sahaja kita ada di rumah dengan keluarga.
Tambah tolak waktu kerja dan tidur, mungkin tinggal 6-7 jam sahaja. Sedangkan tugasnya banyak. Nak kena masak, jaga anak, tengok anak belajar buat kerja sekolah, nak iron baju sekolah anak, waktu nak makan sama-sama, nak solat jemaah sama, nak tengok tv pula, anak kecil ajak main, baju nak kena basuh, nak mandi bersihkan diri, tidurkan anak-anak.
Pheww. Banyak tak sebut lagi tu. Ini belum kita sebut kalau ada pasangan yang sedang demam. Sakit dan tak larat nak buat kerja.
Maka, berkongsilah masa yang ada. Kena ada timbang rasa dan tolak ansur. Kena susun mana keutamaan dalam masa-masa yang berbaki dalam sehari.
Kadang sebab tak dapat letak masa dengan betul, pasangan akan rasa kita tak ada dengan dia. Kita memang rasa ok sahaja, ada je dekat rumah. Tapi waktu waktu penting dan melelahkan dia tu, kita tak ada. Momen yang setengah jam itu dia akan rasakan semua kerja rumah dia buat.
Ads
Sebab apa? Sebab kita tak selalu ada untuk uruskan sedikit hal penting bersama dengan pasangan kita.
Begitulah.
Mingguan Wanita : Isteri pun kerja untuk bantu suami. Jadi, tak salah pun suami tolong isteri buat kerja rumah. Sekurangnya, ringanlah tugas isteri dan isteri pun tak stres.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Tuntut mutaah. Berapa ramai yang tahu tentang tuntutan ini? Biasanya bagi pasangan yang sudah bercerai hanya akan ‘bersuara’ untuk tuntutan harta sepencarian dan nafkah untuk anak-anak.
Mungkin tak ramai yang tahu tentang tuntutan mutaah yang boleh dibuat olrah bekas isteri. Sampaikan ada yang berpendapat, tuntutan ini adalah sebagai dendam dari isteri pada bekas suaminya.
Tuntutan mutaah adalah saguhati pada bekas isteri untuk memulakan kehidupan baru selepas berlaku penceraian yang bukan berpunca darinya. Inilah antara perkongsian oleh Farahanani Amir Hamzah.
Saya dengar perkongsian dari Tuan Mu’izz Nor Ad-din, seorang peguam syariah tentang tuntutan mutaah yang boleh dilakukan bekas isteri kepada bekas suami selepas bercerai.
Mutaah ni, saguhati yang wajib diberikan dari suami kepada bekas isteri sebagai tanda penghargaan kepada wanita tersebut untuk mereka memulakan hidup baru dan perceraian tersebut bukan berpunca dari isteri.
Jadi ada beberapa syarat bagi seorang bekas isteri yang boleh tuntut mutaah:
a) Wujud perkahwinan yang sah. b) Berlaku perceraian bukan berpunca dari isteri. c) Perceraian hidup. d) Dan berlaku persetubuhan.
Perceraian bukan disebabkan oleh suami papa.
Indahnya Islam, berkahwin ada mahar, selepas bercerai pun ada mutaah. Semua ini ialah untuk memuliakan seorang wanita. Siapa kata nak kahwin je pakai duit, nak bercerai pun pakai duit juga.
Cuma lelaki tagune memanglah duit ada pun buat-buat takde duit. Apatah lagi yang spesis biawak hidup lagi lah tak ada duit nak bayar tapi lepas cerai pandai pula cari duit untuk beli rokok.
Buatlah Permohonan Mutaah
Jadi hukum tu dah cantik, tinggal lagi manusia nak laksanakan sahaja. Bagi perkahwinan yang telah didaftarkan di Malaysia, boleh buat permohonan mutaah.
Tak ada masalah nak buat walaupun iddah telah selesai lama dan ia tiada hak masa. Cuma satu saja, jangan nikah tanpa daftar. Lindungi hak anda.
Antara kes yang pernah berjaya atas tuntutan mutaah ialah kes Rita Rudaini, asalnya bernikah di Thailand kemudian daftar di Malaysia, RR buat tuntutan mutaah RM300 ribu daripada bekas suaminya. Walaupun dapat 10% sahaja daripada jumlah permohonan, tetapi kesnya dikira kemenangan di pihak Rita.
Penceramah tadi pun ada sebut juga tentang kes RR vs Aidil.
Tuntutan mestilah munasabah sebenarnya tetapi ikut lah juga bekas isteri itu rasa nak letakkan berapa. Nanti hakim akan nilaikan semula. Walaupun bekas isteri itu berduit dan berharta lebih daripada bekas suami, permohonan mutaah tetap boleh dilakukan.
Ingat tu, mutaah ialah hak wanita.
Mingguan Wanita : Sekadar info dan rujukan untuk wanita yang mungkin tiada jodoh yang panjang dengan suami.
Melihat anak asyik menggaru-garu kepala sebaik pulang dari rumah pengasuh, taska atau sekolah, masalah kutu pasti terlintas di fikiran. Ia boleh jadi ingauan ngeri dan memang ‘masalah besar’ buat mak-mak, iyalah satu hal nak kena uruskan masalah kutu pada rambut anak pula.Apa tidaknya jika tidak dihapuskan kutu-kutu ni, kemungkinan satu keluarga akan dijangkiti masalah kutu yang menyebabkan kepala gatal malah luka akibat menggaru.
Punca Jangkitan Kutu:
1.Tidur atau duduk dekat dengan orang yang sudah dijangkiti kutu
Kutu boleh berpindah dari satu kepala ke kepala yang lain melalui interaksi secara langsung. Sebagai contoh, tidur dengan seseorang yang mempunyai masalah kutu.Begitu juga jika anak anda duduk di dalam kelas bersebelahan dengan kanak-kanak yang mempunyai kutu, kebarangkalian untuk berjangkit adalah amat tinggi.
2. Memakai kelengkapan peribadi orang yang berkutu
Antara penyebab utama timbulnya masalah kutu kepala adalah kerana berkongsi barangan peribadi seperti sikat, tuala, baju, topi dan sebagainya.Ia akan menyebabkan kutu tersebut dapat berpindah ke kepala lain.
3. Pengabaian penjagaan kebersihan kepala
Menjaga kebersihan bahagian kepala dan rambut penting untuk mengelakkan berlakunya masalah kutu.Bagi anak-anak yang mengenakan tudung, keadaan rambut yang kotor boleh menjadi penyebab wujudnya masalah kutu rambut.Selain itu, masalah rambut seperti rambut kering, rosak dan berkelemumur juga boleh menjadi faktor pendorong masalah kutu rambut.
Namun begitu, sekiranya mak-mak risau dengan penggunaan syampu kimia untuk menghapuskan kutu pada rambut anak,boleh cuba petua mudah ini yang menggunakan bahan semula jadi dan pastinya lebih selamat.
Antaranya;
1.Lemon
Sifat asid yang dimiliki oleh lemon sememangnya tidak disukai oleh kutu rambut. Caranya amat mudah iaitu dengan mengambil beberapa biji lemon segar dan diambil jusnya.Gunakan perahan jus sebagai syampu untuk rambut. Lumurkan dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
2.Limau Nipis dan Minyak Kayu Putih
Campuran kedua-dua bahan ini dikatakan amat efektif untuk mengatasi masalah kutu rambut. Ubat secara tradisional ini bertindak untuk mematikan telur kutu dan baunya tidak digemari oleh kutu rambut.
3.Minyak Zaitun
Ia juga dikatakan sebagai bahan ramuan semulajadi yang baik untuk membasmi masalah kutu rambut. Caranya amat mudah iaitu dengan melumurkan minyak zaitun di seluruh bahagian kepala dan membiarkan ia selama 30 minit. Serkup rambut menggunakan shower cap.Kemudian bilas rambut seperti biasa diikuti dengan mencuci rambut dengan menggunakan syampu.
4.Bawang Merah
Bawang merah juga dikatakan berkesan untuk menghilangkan masalah kutu rambut. Ambil beberapa biji bawang merah yang telah ditumbuk dan lumurkan di atas kepala. Biarkan seketika sebelum membilasnya dengan air biasa.
5.Cuka Makan
Ia berfungsi sebagai pembasmi kutu kerana cuka makan akan membuatkan telur kutu mati dan tidak sempat menetas.Kadar asid yang tinggi juga membantu mengatasi masalah kutu.
Namun begitu, jika masalah ini kerap berulang, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan susulan agar masalah ini tidak terus membelenggu anak-anak yang pastinya tidak selesa berhadapan dengan masalah ini dalam tempoh yang lama.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mingguan Wanita : Layanilah anak sebaik mungkin, jika diikutkan mak ayah hanya ada masa 12 tahun saja bersama anak-anak. Selebihnya apabila mereka sudah besar, mereka selesa dengan dunia sendiri. Jadi hargai masa yang ada sebaik mungkin.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...