Tolong Doakan Guru Da’i Hamidah, Diuji Sakit Tak Boleh Bertutur Normal

Share

Pendakwah dan penceramah Da’i Hamidah atau nama penuhnya Hamidah Abdul Razak berkongsi diinstagramnya akan ujian sakit yang dihadapi guru yang pernah mengajarnya semasa di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Ustazahnya ini diuji sakit yang membolehkan tak boleh bertutur seperti sedia kala. Malah sudah bermacam rawatan dicuba namun belum juga bertemu penawarnya. Sehinggakan, Da’i Hamidah berasa cukup sedih kerana diibaratkan sakit ustazahnya itu tiada ubat.

Ketika bermusafir ke Kuala Lumpur inilah, Da’i Hamidah berkesempatan bertemu empat mata dengan ustazahnya dan memohon agar anda yang membaca ini mendoakan kesembuhan untuk ustazahnya.

 

 

Tulisnya,

Baca Sampai Habis Please..

Musafir saya ke KL benar-benar bermakna bila saya menziarahi guru saya yang dikhabarkan sakit.

Jadual tiba-tiba berubah tapi sebab saya baru tahu yang guru saya sakit. Dengan segera habis di IKIM FM saya terus ke Semenyih untuk menziarahi ustazah saya yang pernah mengajar saya semester 1 di USIM.

Tiga hari di KL penuh dengan aktiviti dari pagi sampai malam tapi terus segar setelah dapat bersemuka dengan guru saya. Walaupun itu plan last minit tapi itulah pelengkap musafir saya kali ini. Sungguh memori malam itu akan dikenang sampai bila-bila.

Pertemuan yang ditakdirkan oleh Allah Taala itu amat menyentuh hati saya dan menjadi jalan muhasabah untuk diri saya sendiri. Benarlah jika kita kata kita diuji tetapi insan lain jauh hebat ujiannya!

 

Kata-kata Da’i Hamidah, Buat Ustazah Bercucuran Air Mata

Satu ayat yang keluar dari mulut saya tatkala saya memandang wajah ustazah saya yang tak boleh bertutur lagi seperti sedia kala, ”Ustazah, terima kasih sangat. Segala ilmu yang ustazah curahkan kepada saya akan saya kongsi pada orang lain dan mudah-mudahan itu jadi saham akhirat buat ustazah “.

Kata-kata itu buat ustazah saya menangis dan menangis. Teringat sebelum masuk program Dai, ustazah ini yang bagi nasihat dan semangat kepada saya untuk saya menjadi penceramah. (Pada tahun 2015, Da’i Hamidah memenangi juara program Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga)

 

Ustazah Saya Masih Muda, Tiba-tiba Ditimpa Sakit Tiada Ubatnya

Tapi apa yang saya betul-betul sebak sebab ustazah saya masih muda dan sihat tapi secara tiba-tiba ditimpa sakit ini. Malah yang lebih sedih saya dapati sakit yang menimpa ustazah saya tiada ubatnya. Mereka dah ikhtiar hampir kesemua rawatan tetapi tidak lagi ketemu penawarnya.

Ya Allah, andai kalian yang baca perkongsian saya pagi ini (ketika posting dimuatnaik). Tolong lah doakan ustazah saya . Saya mengharapkan doa kalian semua. Mungkin berkat doa ikhlas dari tuan/puan sesuatu keajaiban akan berlaku.

Ya Allah Taala Maha Berkuasa. Dia boleh ubah apa yang dia inginkan. Jadi tolong doakan ustazah saya diberi kekuatan ketabahan untuk menempuh ujian hebat ini dan suaminya serta sesiapa sahaja yang menjaganya diberi ganjaran hebat atas kesabaran menjaga ustazah saya.

Mudah-mudahan Allah Taala ampunkan dosa ustazah saya. Mudah-mudahan ada sinar bahagia dalam kehidupan ustazah sekeluarga In Sya Allah.

– ikhlas dari anak didiknya : Dai Hamidah

MW : Mendoakan semoga ustazah Da’i Hamidah diberikan kesembuhan olehNya dan dipermudahkan urusan keluarga untuk menjaga ustazah.

Sumber/Foto : Da’i Hamidah

Published by
Netty Ah Hiyer