Kalaulah kesakitan yang ditanggung si anak boleh diambil-alih bapanya, sudah tentu bapanya rela daripada mendengar rintihan anak yang tidak mampu menahan kesakitan. Disengat seekor tebuan sekali pun terasa bisanya, apatah lagi 65 ekor.
Pasti kesakitan yang dialami Nur Nazihah Mohd Sabri sudah tidak tertanggung lagi apabila dia kerap merintih sakit. Bapanya sendiri tidak mampu menahan sedih dan terus menangis apabila setiap kali teringatkan rayuan anaknya yang tidak mampu menahan sakit.
Merintih Sakit Buat Bapa Turut Menangis
“Tolong ayah, sakit sangat ayah kakak dah tak tahan ayah, tolonglah ayah,” itu rintihan Nur Nazihah Mohd Sabri yang membuatkan bapanya sering menangis apabila teringatkan rayuannya itu.
Nur Nazirah yang berusia lapan tahun, murid Sekolah Rendah Kebangsaan Ketengah Jaya 2, Dungun disengat tebuan Jumaat lalu ketika bermain di kawasan semak berhampiran rumahnya di FELDA Kerteh 4, kira-kira jam 3 petang.
Mangsa, anak ketiga daripada lima beradik itu gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu, kira-kira jam 1.35 pagi ini.
Adiknya Yang Turut Disengat Stabil
Bagaimanapun, adiknya Muhammad Azib, 6 tahun yang turut disengat tebuan dilaporkan stabil dan kini menerima rawatan di hospital yang sama.
Bapanya, Mohd Sabri Mohd Nor, 41, berkata ketika kejadian dia sedang membaiki dapur rumah ibunya di Bandar Paka manakala isterinya, Rohayu Mat Lazim, 39, tinggal di rumah bersama lima anaknya.
“Saya dimaklumkan kedua-dua anak termasuk seorang kakak mereka berusia 11 tahun serta dua rakan mereka bermain di situ dalam jarak 50 meter dari rumah saya.
“Muhammad Azib yang dalam kesakitan berlari pulang memberitahu ibunya bahawa Nazihah diserang tebuan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di FELDA Kerteh 4.
Ads
Mulanya Masih Sedar & Dikejarkan ke Klinik
Lantas, isterinya berlari mendapatkan anaknya itu sebelum menghubungi dan memberitahu terdapat banyak sengatan di badan Nazihah.
“Saya ingat itu sengatan lebah dan bila isteri memberitahu ada beberapa kepala berwarna hitam dan besar melekat di baju Nazihah, saya tahu itu tebuan dan meminta isteri segera mengejarkan ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya.
“Saya bergegas dan sebaik sampai di Klinik Kesihatan, keadaan Nazihah masih sedar dan tidak putus-putus merengek sakit yang amat, “jelasnya.
Tak Sanggup Melihat Kesakitan Yang Ditanggung
Menurutnya, dia sungguh terkejut selepas melihat banyak kesan sengatan di dada, perut dan tangan kanan anaknya itu yang dianggarkan melebihi 50 sengatan.
“Saya sering menangis dan tak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung Nazihah dan saya hanya mampu meminta Nazihah bersemangat kuat menahan kesakitan itu.
“Nazihah kemudiannya dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dihantar ke HSNZ dan sepanjang jumaat dan sabtu Nazihah masih sedar.
“Bagaimanapun, sejak malam tadi, dia semakin lesu dan tidak sedarkan diri sehinggalah dia meninggal di depan saya,” katanya.
Ads
Mohd Sabri berkata, dia sering menasihati anak-anaknya supaya tidak bermain di kawasan semak di situ kerana sebelum itu dia telah terjumpa satu sarang tebuan.
“Selepas sebulan lebih, saya dapati sudah tiada tebuan di dalam sarang itu dan tidak menyangka tebuan itu membuat sebuah lagi sarang di kawasan anak saya disengat,” katanya.
Tambahnya, anak-anaknya itu tidak pernah bermain jauh dari kawasan rumah kerana dia sering memantau dan menasihati mereka tidak bermain di kawasan berbahaya sepanjang masa.
“Apa boleh buat, saya perlu reda dengan apa yang berlaku, kerana setiap perkara yang berlaku itu sudah ditentukan Allah,” katanya.
Jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Kerteh 4&5 kira-kira jam 11 pagi tadi.
“Rindu. Genap Seminggu Pemergian Mama”, begitulah luahan pelakon dan pengacara Irma Hasmie yang berkongsi berita duka kehilangan ibunya, Ropitah Robiah yang meninggal dunia pada 27 April lalu. Salam takziah kami ucapkan buat Irma dan keluarga.
Menerusi akaun Instagramnya pelakon itu menyatakan telah genap seminggu pemergian Allahyarham ibu kesayangannya.
“Rindu. Hari ini genap seminggu pemergian mama (6 Syawal 1444, 1:13pm). AlMarhumah Hajjah Ropitah binti Robiah,” tulisnya pada Khamis.
“Rindu. Genap Seminggu Pemergian Mama”
Irma juga turut berterima kasih kepada mereka yang membantu menguruskan jenazah serta mendoakan kesejahteraan Allahyarham.
“Saya dan adik saya Mohd Farooq Hossny ingin sampaikan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua doktor, jururawat dan mana-mana pihak di Prince Court Medical Centre atas setiap rawatan, penjagaan rapi dan layanan yang sangat baik terhadap almarhumah mama kami.
“Begitu juga adik beradik almarhumah mama, ahli keluarga dan saudara mara yang menemani mama hingga saat akhir. Terus memberi semangat pada kami, membantu menyelesaikan urusan-urusan tertentu, prihatin tanpa jemu, berkorban masa dan tenaga, berjaga sepanjang malam bergilir-gilir zikir dan berdoa buat mama,” katanya.
Terharu Terima Banyak Kata Sokongan
Pada perkongsian yang sama Irma juga berasa terharunya apabila menerima banyak sokongan dan kata-kata semangat di saat dirinya dan keluarga berdepan saat sukar.
“Terima kasih semua pengikut dan warga media sosial yang mendoakan almarhumah mama. Walaupun mungkin kita tak pernah bersua atau mengenali secara langsung, ramai yang DM dan saya tak sempat nak respon semuanya.
“Alhamdulillah saya baca dan semoga setiap doa kembali kepada kalian dengan berkat dan kebaikan daripada Allah SWT. Terima kasih dan saya sangat menghargainya,” katanya.
Untuk rekod sebelum ini Irma pernah berkongsi ibunya diuji dengan penyakit kanser. Malah dia juga memberitahu sudah satu tahun ibunya bertarung dengan penyakit terebut.
Excited sangat deko rumah sampai ramai terlepas pandang ada perkara-perkara yang kita lakukan boleh mengundang dosa. Sebenarnya ada adab untuk deko rumah cara Islam.
Perkara Yang Mengundang Dosa
Jangan main bantai je tanpa sebarang panduan, bimbang nanti mengundang keburukan bukannya kebaikan. Hadam perkongsian PU Azman atau lebih mesra dengan panggilan Cik Man. Semoga menjadi panduan untuk kita semua ye.
1-Tidak Berlaku Pembaziran
Dalam al-Quran ada sebut pembaziran saudara syaitan. Walaupun duit banyak bukan bermaksud boleh membazir sesuka hati. Duit yang membazir tu sepatutnya diinfak atau disedekahkan. Jangan berlebihan menghias, besederhana lebih baik.
2-Tidak Menyimpan Sesuatu Yang Berbentuk Patung
Patung yang diukir. Ada yang upah orang ukir patung keluarga atau sebarang patung, malaikat tak masuk rumah. Sudah pastinya patung yang diukir ini untuk diagungkan, takkan patung tu nak disepah-sepah.
Mestilah diletak di satu tempat supaya orang pandang, wow cantiknya indahnya rumah kau eksklusifnya agungnya. Tu bahaya lah ye. Jangan kerana nilai seni sesuatu perhiasan kita pejam mata bab dosa.
3-Tidak Berniat Untuk Menunjuk/ Riak, Ia Boleh Mengundang Dosa
Tak berniat nak menunjuk-nunjuk pada orang luar. Bila tetamu datang, suruh tetamu tour the whole house. Jom tengok bilik saya, banyak perhiasan saya beli dari Jerman.
Sampai ke jamban perginya. Mangkuk jamban pun diperbuat daripada emas, so benda-benda macam ni pembaziran dan mengundang riak. Betulkan nawaitu, jangan diraih perhatian dan pujian manusia.
4-Jangan Menghias Rumah Dengan Sesuatu Yang Menyerupai Budaya Agama
Jangan ikut budaya agama non muslim seperti menghias rumah dengan patung berhala dan seumpamanya. Kita jangan mudah terpengaruh, niat tak menghalalkan cara.
Islam tak larang untuk kita menghias kediaman atau rumah tapi ada adabnya. Kita mesti ikut garis panduan yang ditetapkan Islam. Insya-Allah rumah kita lebih indah dan tenang.
Kesimpulannya, deko rumah biarlah dengan ilmu. Kalau rasa was-was, rujuk pada yang pakar. Sebaik-baiknya hiaslah rumah dengan dekorasi Islamik. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Permata hati Syawal untuk penyanyi, Tomok dan isteri, Rahayu Abbas. Hari ini, Tomok berkongsi rasa kesyukurannya di atas kelahiran cahaya mata ketiga, seorang bayi perempuan yang comel.
“Assalammualaikum semua.. Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan seorang baby girl hari ni.
“Alhamdulillah, terima kasih Allah.. terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya.
“Alhamdulillah.”
Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 36 berkongsi khabar gembira di instagramnya. Sebelum ini, Tomok dan isteri dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Arrianshah Akid, 9 dan Andrashah Iman, 6 tahun.
Kira-kira 7 jam lalu, Tomok turut berkongsi gambar Cardiotocography (CTG) yang biasanya dipasang pada perut ibu hamil bagi mengesan kadar degupan jantung dalam kandungan.
Anak-anak Sama Teruja Dengan Kehadiran Adik Perempuan Mereka
Tentunya ini berita gembira buat mereka yang lama menanti hadirnya ‘bunga’ nan manis dalam keluarga mereka.
Malah, sewaktu awal kehamilan isterinya dahulu iaitu ketika kandungan memasuki usia tujuh minggu, Tomok berkongsi berita gembira ini.
Memaklumkan dari gaya alahan isteri yang nampak lain berbanding dua anak sebelumnya. Biarpun apa jantina anak yang lahir, Tomok tetap terima. Yang penting, bayinya sihat.
Bagaimana pun, di pihak isteri tetap mengharapkan kehadiran bayi perempuan untuk melengkapkan keluarga kecil mereka. Hinggakan kedua-dua anaknya begitu teruja dan yakin dengan kehadiran adik perempuan mereka. Nama adik pun dah siap-siap difikirkan.
Alhamdulillah.. apa yang diimpikan Tomok, isteri dan anak-anak akhirnya tuhan makbulkan jua.
MW : Tahniah untuk Tomok dan isteri. Semoga bayi mereka sihat membesar.
Isteri pelik bekas suami tuntut rumah jadi harta sepencarian, "sesen tak bayar tolong drill langsir saja. Seorang wanita tampil meluahkan rasa terkejut dan kecewa...