Tolong Ajar Anak Supaya Tak Jadi Biadap Dengan Orang Tua

Share

Setinggi mana pun jawatan seseorang, sekaya banyak harta mana pun seseorang jangan pernah sesekali bersikap tidak hormat dengan orang tua.

Walaupun orang tua itu bukanlah ibu dan ayah sendiri. Kerana, orang yang memuliakan orang tua itu adalah orang yang tinggi akhlaknya. Kaya adabnya.

Sebagaimana yang dipesankan oleh Dr Taufiq Razif akan pesanan kepada mak ayah agar mendidik anak-anak baik lelaki mahupun perempuan, hormati dan tinggikan budi pekerti menyantuni orang tua.

Adab itulah harta paling berharga dalam diri seseorang yang tinggi nilai pekertinya.

Agar Tak Jadi Biadap Dengan Orang Tua

Tolong ajar anak anak supaya tak jadi biadap dengan orang tua.

  • Bagitahu anak kita akhlak lebih utama daripada kekayaan harta.

Kekayaan harta tanpa akhlak umpama manusia tanpa hati. Kelihatan gah di luar tetapi dalamnya kosong dan hina

  • Bagitahu anak kita bahawa belajar akhlak itu lebih utama daripada belajar ilmu

Ilmuan dahulukala akan mengajarkan anak anak adab dan akhlak sebelum mengajarkan anak mereka ilmu dan abjad kerana mereka tahu anak anak yang kaya ilmu boleh jadi anak yang biadap bila miskin akhlak

  • Bagitahu anak kita bahawa menghormati orang tua adalah tanda kemuliaan jiwa.

Mulianya seorang manusia bukan pada harta dan pangkatnya tetapi ianya berada pada sejauh mana kita mampu menghormati sesama kita

“Ya Allah. Jauhkan anak anak kami daripada menjadi biadap dan tak berakhlak dengan orang yang lebih tua daripada mereka”

Mingguan Wanita : Ketahuilah orang beradab itu lebih mulia dari orang yang berilmu.

Sumber/Foto : Taufiq Razif

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer