Tok Tam TERINGIN Sangat Ke Cameron Highlands, SANGGUP Naik Kereta Sama

Share

Sedari awal Tok Tam teringin sangat nak ke Cameron Highlands, oleh sebab itu dia sanggup naik kereta yang sama dengan yang lain walaupun kereta penuh.

Pada awalnya Fatimah Mat Isa atau Tok Tam menaiki kereta bersama cucu saudaranya. Begitulah, sudah tiba ajalnya, tak lambat walaupun sesaat serta tak mampu dihalang.

“Saya ada cakap ramai sangat jumlah naik kereta itu, tetapi Tok Tam yang awalnya menaiki kereta bersama kami sewaktu ke Pulau Pangkor, teringin sangat hendak ke Cameron Highlands,” kata Muhammad Hilme Zakaria.

Tom Tam Teringin Ke Cameron Highlands

Muhammad Hilme, 29, adalah cucu saudara kepada Fatimah Mat Isa, 68, yang mesra dipanggil Tok Tam iaitu seorang daripada tujuh mangsa maut dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Keramat Pulai, Ipoh menghala ke Cameron Highlands, semalam.

Tambah Muhammad Hilme, dia terkejut menerima perkhabaran berhubung kejadian itu daripada anak kepada Fatimah pada 6.30 petang semalam.

“Kali terakhir kami bertemu mereka di jeti ketika pulang dari Pulau Pangkor ketika mahu mengambil barangan mereka untuk dibawa pulang memandangkan mereka menaiki kenderaan itu seramai 10 orang.

“Oleh kerana Tok Tam teringin sangat hendak ke Cameron Highlands, dia naik kenderaan sama dengan mereka yang lain manakala saya dan keluarga pulang ke Kulim,” katanya ketika ditemui di Kampung Badlishah, Serdang, Kulim.

Artikel Berkaitan:

‘Haziq Seorang Ke Yang Hidup..’ Pakcik Tak Sampai Hati Nak Iyakan Hanya Dia Terselamat

Ahli Keluarga SEPAKAT, Kebumikan Jenazah TUJUH Sekeluarga SATU Liang Lahad

Percutian Ke Cameron Highlands BERAKHIR Tragedi, 7 Ahli Keluarga Meninggal. Kereta Bertembung LORI

Untuk info menarik, klik saja di sini. 

Tok Tam Kerap Mencium Anak

Di samping itu, menurut Muhammad Hilme, biarpun sedih dengan kejadian menimpa ahli keluarganya itu, dia pasrah dan mendoakan segala urusan pengebumian semua jenazah dipermudahkan.

Sementara itu, isterinya, Norazila Abdul Karim, 27, berkata mereka bertolak dari Kulim ke Pulau Pangkor bersama dua keluarga terbabit dalam nahas itu pada awal pagi Ahad lalu dengan menaiki dua kenderaan berasingan.

Dia berkata, mereka merancang percutian bersama ke Pulau Pangkor sejak seminggu lalu, namun dua keluarga berkenaan meneruskan percutian ke Cameron Highlands pada Isnin lalu.

“Sebelum bertolak ke Pulau Pangkor, Tok Tam beberapa kali ajak kami ke Cameron Highlands, tapi kami tak boleh pergi sebab suami bekerja pada Selasa.

“Jadi, pada Isnin kami pulang ke Kulim manakala mereka pergi ke Cameron Highlands dan dikatakan akan pulang ke Kulim semalam,” katanya.

Menurutnya, sepanjang berada di Pulau Pangkor, Tok Tam sering mencium dan belanja dua anak mereka macam-macam sehingga dia merasakan agak pelik dengan sikap ditunjukkannya itu.

Katanya, apabila mendapat tahu kemalangan menimpa arwah, barulah dia sedar mungkin itu petanda warga emas itu akan meninggalkan mereka buat selamanya.

Terkini:

Jenazah tujuh sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai dekat Ipoh, petang semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badlishah, Kulim, dalam satu liang lahad pada 8.30 malam ini.

Kesemua jenazah yang dibawa dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh itu tiba di pekarangan tanah perkuburan pada 6.15 petang.

Lebih 300 ahli keluarga dan kenalan dibenarkan hadir menziarahi jenazah. Suasana pilu menyelubungi kawasan perkuburan setiap kali jenazah diturunkan ke liang lahad satu persatu.

Selain tujuh maut, kemalangan pada 5.30 petang itu turut menyebabkan dua lagi parah, manakala seorang dirawat di zon kuning selepas Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler.

Mangsa yang cedera dan masih dirawat di HRPB, Ipoh dikenal pasti sebagai anak Hasliza, Firash Mikhael Azrie Shah, 11 dan seorang remaja lelaki yang setakat ini hanya dikenali sebagai ‘Apit’, 16.

MW: Alhamdulillah urusan pengebumian telah selesai. Sekali lagi MW mengucapkan takziah kepada keluarga arwah. Al-Fatihah. Semoga Allah mengurniakan ketabahan buat adik Haziq yang kehilangan ibu, ayah dan adiknya. 

Sumber: myMetro/ METROTV

 

Published by
Syazwani Mehat