Viral sebuah video di media sosial seorang jurunikah atau tok kadi menggunakan kanta untuk mengetahui tulen atau tidak cincin yang dijadikan mas kahwin dalam sebuah majlis nikah baru-baru ini.
Video itu mendapat perhatian dan ramai memuji sikap tok kadi tersebut. Tok kadi yang dikatakan siap bawa kanta, tiada niat lain dan mengakui perkara ini telah menjadi rutin baginya kerana sudah menjadi amanah buatnya memikul tanggungjawab ini.
Tindakannya bukanlah untuk mencuri tumpuan atau menarik perhatian orang lain. Apatah untuk memalukan keluarga pengantin, tetapi ianya dilakukan semata-mata kerana amanah.
Tiada Niat Lain, Telah Jadi Rutin Sebab Ini Amanah
“Niat saya membuat pemeriksaan secara teliti (ketulenan cincin emas sebagai mas kahwin) bukanlah untuk memalukan pengantin mahupun keluarga mereka, ia hanyalah tanggungjawab dan amanah,” kata jurunikah, Ustaz Harudin Mohd Mydin.
Harudin memberi reaksi itu selepas rakaman video menunjukkan dia menggunakan kanta khas meneliti ketulenan cincin yang dijadikan mas kahwin bagi pernikahan Azizul Abdul Rashid, 34, dan Siti Nurshakirah Shamsudin, 30, tular di media sosial.
Detik itu dirakam jurugambar perkahwinan sebelum dimuat naik di Facebook dan ia membuatkan rata-rata warganet memuji ketelitian jurunikah itu yang dianggap unik.
Tok Kadi Siap Bawa Kanta
Harudin berkata, tindakannya meneliti ketulenan emas pada majlis pernikahan itu bukannya untuk mencuri perhatian orang ramai, sebaliknya ia sudah menjadi ‘rutin’ baginya setiap kali menjadi jurunikah.
Ads
Menurutnya, sepanjang bertugas sebagai jurunikah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, rata-rata pengantin jujur dalam memberitahu kandungan pemberian yang diberikan mereka kepada pasangan masing-masing.
“Pengamalan duhulu, ada pengantin yang berterus terang cincin yang dibeli itu (tidak tulen) bukanlah di kedai emas tetapi di pasar raya. “Saya hanya menjalankan tugas dengan tanggungjawab dan amanah,” katanya.
Pengantin Tak Sangka Tok Kadi Begitu Teliti
Sementara itu, Siti Nurshakirah berkata, dia dan keluarganya juga tidak menyangka Harudin membuat pemeriksaan yang begitu teliti pada majlis pernikahannya. “Mujur suami bersedia dengan situasi itu, lagipun kami masing-masing yakin emas yang dibeli adalah tulen.
“Resit pembelian juga dibawa ketika majlis itu tetapi tak sangka tok kadi ambil langkah tambahan dengan memeriksa (cincin) menggunakan kanta,” katanya.
Ads
Perlu Jujur Dengan Tok Kadi
Katanya, majlis pernikahan ringkas itu hanya dihadiri keluarga terdekat yang diadakan di Surau Pematang Rawa MK7, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 26 Disember lalu.
“Bagi majlis persandingan, masih lagi belum ada tarikh yang sesuai memandangkan penularan pandemik Covid-19 belum reda.
“Saya juga tidak menyangka gambar itu tular di media sosial dan berharap ia menjadi pengajaran kepada bakal pengantin di luar sana supaya jujur dalam memberikan butiran kepada jurunikah,” katanya.
MW: Tok kadi hanya menjalankan amanah dan tanggungjawabnya. Tindakan ini seharusnya dipuji kerana tidak semua bakal pengantin di luar sana berlaku jujur. Padahal bab mas kahwin ini bukanlah perkara yang boleh diambil ringan dan dibuat main-main.
Hukum suami isteri berkongsi gambar/video bercumbu di media sosial. Apakah hukum sekiranya suami dan isteri bercumbu di khalayak ramai dan media sosial bagi menzahirkan kemesraan mereka?
Sejak kebelakangan ini semakin ramai suami isteri tanpa segan silu berkongsi gambar dan juga video bermesraan dengan pasangan masing-masing. Mungkin ada yang kata, “halah, tak apalah, bukan orang lain, suami dia sendiri, isteri dia sendiri,….”Persoalannya bolehkah sebenarnya kemesraan ini ‘dikongsi’ secara terbuka?
Bermesraan antara suami dan isteri setelah berkahwin adalah sesuatu yang dihalalkan. Ia adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang mempunyai naluri untuk memiliki dan dimiliki. Justeru, menzahirkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing melalui sentuhan dan kata-kata adalah perkara biasa.
Walaubagaimanapun, Islam amat memberi perhatian terhadap isu kehormatan dan maruah suami dan isteri. Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Iman itu ada tujuh puluh lebih cabang. Dan rasa malu salah satu cabang dari iman.” (Riwayat Muslim, no. 35)
Rasa malu menurut Imam an-Nawawi rahimahullah adalah: “Akhlak terpuji yang mendorong seseorang untuk meninggalkan sesuatu yang buruk dan mencegahnya dari kelalaian dalam memenuhi hak para pemiliknya.”
Dalam hal lain, beliau juga menyebutkan antara perkara yang menjatuhkan maruah adalah mencium isteri di khalayak ramai. (Lihat Minhaj al-Talibin, m. 345)
Justeru, perbuatan suami isteri bercumbu hendaklah dielakkan di khalayak umum dan juga di media sosial kerana ia bukannya akhlak Muslim dan jauh sekali daripada adab ketimuran yang kita junjung selama ini.
Sabda Nabi SAW:
الحَيَاءُ لاَ يَأْتِي إِلَّا بِخَيْرٍ
Maksudnya: ”Sesungguhnya sifat malu tidaklah mendatangkan apa-apa kecuali hanya kebaikan.” (Riwayat al-Bukhari, no. 6117)
Semoga kita semua berusaha menzahirkan akhlak dan adab yang mulia dalam kehidupan kita.
Mengerjakan ibadat Haji dan Umrah dalam suasana selesa sememangnya menjadi keutamaan yang diambil kira oleh para jemaah. Atas keprihatinan tersebut, peneraju utama industri pelancongan Islam di Malaysia, Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd, sekali lagi melakar kejayaan dengan memperbaharui kontrak strategik bernilai RM20 juta bersama Hotel Safwah, Mekah.
Perjanjian ini dimeterai bagi memastikan para jemaah Umrah dan Haji tahun 2025 menikmati keselesaan, kemudahan, dan pengalaman premium sepanjang keberadaan mereka di Tanah Suci.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat tersebut untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan akses kepada penginapan yang selesa, lokasi yang strategik, dan kemudahan bertaraf antarabangsa.
Hotel Safwah, yang terletak berhampiran Masjidil Haram, telah lama menjadi pilihan utama kerana reputasinya dalam memberikan perkhidmatan unggul kepada para jemaah.
Kepercayaan Jemaah Malaysia
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Azzuha Group Travel and Tours Sdn Bhd, Haji Abdul Malik bin Abdul Raman, Pembaharuan kontrak ini bukan sahaja mencerminkan kepercayaan terhadap Hotel Safwah sebagai rakan strategik, tetapi juga usaha kami untuk memastikan pelanggan mendapat pengalaman terbaik sepanjang menjalankan ibadah.
“Ini adalah satu lagi langkah penting dalam memperkukuhkan kedudukan Azzuha sebagai peneraju dalam pelancongan Islam. Azzuha juga mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan pakej musim baru yang menawarkan pelbagai pilihan kepada pelanggan.
“Dengan kerjasama Hotel Safwah, jemaah akan dapat menikmati perkhidmatan eksklusif, termasuk makanan yang disediakan, kemudahan pengangkutan, dan sokongan penuh daripada pasukan Azzuha sepanjang perjalanan ibadah mereka,”’katanya.
Pembaharuan kontrak bernilai jutaan ringgit ini sekali lagi mengukuhkan dedikasi Azzuha dalam menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia, selaras dengan visi syarikat untuk menjadi peneraju global dalam industri pelancongan Islam.
Dalam pada itu, Az Zuha turut mengumumkan tawaran pakej promosi sempena ulang tahun syarikat yang ke 13 tahun.
“Kepada yang berminat boleh mendaftar sekarang untuk menunaikan ibadah umrah bermula Julai 2025 sehingga Februari 2026.
“Selain itu, Az Zuha sedang menawarkan pakej Umrah Syawal 2025 yang boleh dinikmati rakyat Malaysia dengan harga mampu milik dan penuh keselesaaan,” katanya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kelahiran anak yang sihat dan sempurna pastinya menggembirakan hati kedua mak ayah, melengkapkan kehidupan berkeluarga. Selain memberikan nama yang membawa maksud yang baik-baik, dicukurkan rambut, ia juga menjadi tanggungjawab mak ayah melakukan ibadah aqiqah pada anak yang baru dilahirkan. Ia sebagai salah satu tanda kesyukuran atas kelahiran tersebut.
Untuk faham lebih lanjut mengenai bab Aqiqah, baca perkongsian daripada Nurul Hafizah Abdullah ini.
Ilmu Lengkap Bab Aqiqah
AKIKAH / AQIQAH ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah.
“Setiap anak yang lahir itu terpelihara / tergadai dengan aqiqah yang disembelih untuknya pada hari ketujuh selepas kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberi nama.”
(Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
HUKUM AQIQAH
Hukum aqiqah itu adalah Sunat Muakkad (Sunat yang dituntut) kecuali dinazarkan hukumnya menjadi wajib.
Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri.
Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda diangkat menjadi Rasul.
Aqiqah untuk anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing.
(Riwayat al-Tirmuzi).
Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
Niat penyembelihan aqiqah: “Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta’ala.”
Cara Masakan
Daging aqiqah sunat dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu.
Unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.
Orang kafir tidak boleh diberi makan daging korban dan daging aqiqah.
Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban atau aqiqah orang NAZAR, haram dimakan atau diambil oleh orang yang bernazar tersebut.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dalam memberi penjelasan mengenai ilmu mengenai Aqiqah. Ia sangat dituntut bagi bayi yang dilahirkan diraikan dengan mak ayahnya melaksanakan ibadah Aqiqah.
Sumber : Nurul Hafizah Abdullah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.