
Isi Kandungan
ToggleMudah je rupanya nak bersihkan kasut sekolah anak.Jika selama ini mak-mak perlu merendam, menyental dan menjemur kasut sekolah anak setelah dicuci, kini tidak perlu lagi berbuat demikian. Tapi ada jenis kasut tertentu yang sesuai dengan tips ini, iaitu kasut jenis getah bukan jenis kain.
Mengikut perkongsian tips oleh Puan Farah Ieyra, kasut sekolah anak jenis ini cukup mudah dibersihkan dengan hanya menggunakan pes ubat gigi.Bahkan, kotoran degil pada baju sekolah juga boleh dibersihkan dengan cara ini.
Berikut antara perkongsian menarik beliau;
“Alhamdulillah.
Nak share tips bersihkan kasut putih/sekolah (yang tak perlu kapur) tanpa perlu basahkan kasut (sesuai untuk hari lembap/hujan ni) tak payah jemur, tak perlu rendam seharian dengan clorox, tak perlu sental kuat-kuat.. hanya perlu..”
Bahan-Bahan:
Sebatang berus gigi lama
Ubat gigi (tak kisah jenama apa)
Tisu basah atau kain lembap
Cara membuat: (Rujuk video)
1.Letakkkan sedikit pes ubat gigi pada berus gigi.
2.Renjis sedikit air dan beruskan pada bahagian kasut yang kotor.
Maybe ada yang dah tau, tapi kita nak share balik untuk mereka-mereka yang tak tau lagi.
p/s : ubat gigi ni boleh letak kat baju sekolah anak yang kotorannya agak degil jugak.. letak ubat gigi dekat kawasan kotor, sental sikit dengan berus gigi, masukkan dalam mesin dan basuh macam biasa.. tengaklah hasilnya.. “Ada nampak mommy happy?” Pasti happy giler.

#tips #kasutsekolah #kasutputih #sharingiscaring #bilamommyxpuashati #cubasedayaupayaputihkankasut #akhirnyapuashati #Zalierafamily
Semoga bermanfaat & selamat mencuba!
Kredit : Farah Ieyra
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Makan Antibiotik Keluar Bintik Merah & Sesak Nafas, Ingatkan Jangkitan HFMD, Rupanya..

Isi Kandungan
ToggleTak sangka bila alergi dengan ubat-ubatan boleh mengakibatkan keadaan serius pada diri.Pesanan buat mak ayah, bila anak jatuh sakit, segeralah membawa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.Beritahulah pada doktor jika anak mempunyai alahan tertentu.Jangan sesuka hati bagi sebarang ubat pada anak-anak.
Sindrom Steven Johnson (SJS) adalah penyakit yang jarang berlaku tetapi boleh menjadi serius hingga menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan yang sewajarnya. Ia adalah kelainan serius pada kulit, membran mukosa, sekitar alat kelamin dan mata yang disebabkan oleh reaksi tubuh terhadap pengambilan ubat atau jangkitan.
Pesakit boleh menderita gatal-gatal dan kulit mengelupas disebabkan oleh tindak balas berlebihan atau alergi terhadap ubat dan infeksi tertentu. Tempoh pemulihan mengambil masa yang lama sehingga berminggu-minggu.
Jadikan perkongsian oleh Puan Nur Fazella sebagai pengajaran buat mak ayah agar lebih berhati-hati memberi ubat pada anak. Anaknya, Khairi Iskandar,11 menghidap Sindrom Steven Johnson (SJS) baru-baru ini.
Berikut perkongsian yang dikongsikan:
Genap 3 minggu terlantar di hospital kerana antibiotik. Alhamdulilah discharge sudah handsomeku. Rupanya ubat bukan sahaja penawar tetapi racun yang boleh membunuh. Walaupun discharge tapi masih sambung rawatan mata dan mulut di rumah lagi. Mata masih rabun dan mulut masih sakit.
Sekadar ingatan untuk semua, berhati-hati makan atau bagi anak-anak ubat, jangan jadi seperti aku.
Keluar Bintik Merah
Pada mulanya Khairi demam dan batuk-batuk.Doktor bagi antibiotik, ubat batuk dan PCM..Selepas makan 1 biji antibiotik keluar bintik-bintik merah di mulut dan tapak tangan.
Dalam fikiran aku. Khairi kena jangkitan HFMD, teruskan makan. Selepas pil ke-3, dia mengadu sesak nafas dan kami bawa ke unit kecemasan Hospital Likas. Pada mulanya di sangka campak. Doktor pakar siasat-siasat, rupanya STEVEN JOHNSON.. Ini lah nama penyakit 1st time aku dengar. Lepas ini, kalau telan 1 biji ubat nmpk ada tanda-tanda merah di badan, buatlah sesuatu!
TERIMA KASIH pada semua sahabat dan family yang telah mendoakan Khairi.

TERIMA KASIH pada semua jururawat dan doktor di Hospital Likas, layanan memang 1st class.
Hanya Allah sahaja yg dapat membalasnya dan mudahan-mudahan kalian sentiasa dalam rahmat Allah swt.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak ayah semoga berhati-hati ketika memberikan ubat buat anak-anak. Bertindaklah segera sekiranya mendapati anak mengalami simptom-simptom meragukan selepas memakan ubat.
Sumber:Nur Fazella
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Vaksin Pneumokokal PERCUMA Mulai 1 Disember, Bagi Anak Lahir Dari Januari 2020

Isi Kandungan
ToggleBerita baik buat mak ayah yang mempunyai anak di bawah usia 2 tahun, kini boleh mendapatkan suntikan Vaksin Pneumokokal secara percuma buat anak-anak bagi imunisasi kesihatan mereka.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa pemberian vaksin pneumokokal (PCV) di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak di semua Klinik Kesihatan KKM di seluruh negara akan bermula pada 1 Disember 2020.
Mencegah Jangkitan Bakteria Streptococcus Pneumoniae
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin pneumokokal konjugat (PCV) diberikan untuk mencegah penyakit disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae atau pneumokokus yang boleh mengakibatkan penyakit radang paru-paru (pneumonia), radang sinus (sinusitis), jangkitan telinga tengah (otitis media), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis) serta jangkitan bakteria dalam darah (septicaemia).
Katanya, komplikasi penyakit pneumokokal termasuk cacat pendengaran, kecacatan otak dan kematian.
“Pemberian vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak bertujuan mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit pneumokokal dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah lima tahun.
“Ini seterusnya dapat mengurangkan kos rawatan penyakit pneumokokal dan komplikasinya. Walaupun penyakit pneumokokal boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, namun terdapa beberapa strain bakteria pneumococcus yang mempunyai kerintangan terhadap antibiotik,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Justeru, Dr Noor Hisham berkata, pemberian vaksin pneumokokal adalah kaedah paling berkesan untuk menghalang jangkitan bakteria pneumokokus dan secara tidak langsung mengurangkan kerintangan terhadap antibiotik.
Akan Diberikan 3 Dos
Beliau berkata, melalui pemberian PCV, kanak-kanak akan diberikan sebanyak tiga dos iaitu dua dos primer pada usia empat bulan dan enam bulan; diikuti dengan satu dos penggalak (booster) pada usia 15 bulan.
Katanya, kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya adalah layak menerima suntikan vaksin pneumokokal di klinik kesihatan KKM, yang mana ibu bapa perlu membuat temujanji bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan kepatuhan kepada normal baharu dalam usaha mencegah penularan penyakit Covid-19.
Katanya, bagi kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya yang sudah berusia lima bulan atau lebih, jadual imunisasi pneumokokal akan disesuaikan mengikut umur oleh fasiliti kesihatan KKM.
Beliau berkata, KKM turut membenarkan ibu bapa mempunyai anak yang lahir bermula 1 Januari 2020 dan seterusnya yang sudah mengambil satu atau dua dos suntikan vaksin pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta untuk memilih untuk melengkapkan jadual imunisasi pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta atau di klinik kesihatan KKM.
Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, pemberian vaksin pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta tertakluk kepada caj yang dikenakan oleh fasiliti kesihatan swasta.
“Ibu bapa yang memilih untuk melengkapkan imunisasi pneumokokal di klinik kesihatan KKM dinasihatkan membawa bersama rekod imunisasi anak mereka, bagi memudahkan urusan penjadualan imunisasi oleh anggota kesihatan di klinik kesihatan KKM.
“Vaksin pneumokokal yang akan digunakan dalam Program Imunisasi Kebangsaan untuk tempoh dua tahun pertama pelaksanaan adalah vaksin PCV-10 (Synflorix) yang memberi perlindungan terhadap sepuluh ‘serotype’ bakteria pneumokokus, merangkumi ‘serotype’ 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F dan 23F serta memberi perlindungan ‘cross-reactivity’ terhadap ‘serotype’ 19A,” katanya.
Vaksin Berkesan Dan Selamat
Mengulas tahap keselamatan PCV, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan kepada pemantauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di peringkat global sehingga 30 Jun lalu, sebanyak 156 negara menyenaraikan vaksin itu dalam Program Imunisasi Kebangsaan mereka.

“Seperti vaksin lain yang digunakan dalam Program Imunisasi Kebangsaan, ia adalah vaksin yang berkesan dan selamat.
“Bagi memastikan semua vaksin berdaftar yang digunakan di Malaysia kekal selamat, kesan advers susulan imunisasi vaksin dipantau rapi oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM,” katanya.
Bagi tujuan ini, beliau berkata, ibu bapa perlu melaporkan sebarang kesan advers yang dialami oleh anak mereka kepada anggota kesihatan selepas setiap suntikan dengan mengembalikan borang pelaporan, walaupun kesan yang dialami adalah ringan seperti merah di tempat suntikan.
Patutlah Anak Umur 2 Tahun Ke Bawah, Orang Tua Usia 65 Ke Atas Kena Cucuk Vaksin Pneumococcal! Ini Sebabnya
Susulan penambahan vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak, jadual imunisasi yang terkini adalah seperti di Lampiran A.
MW: Jadi mak ayah yang mempunyai anak dibawah usia 2 tahun, jangan lupa ke klinik kesihatan terdekat, dapatkan Vaksin Pneumokokal ini sebagai salah satu imuninasi kepada anak-anak kita. Semoga ia dapat mencegah pelbagai penyakit yang disebabkan jangkitan bakteria pneumokokus ini.
Sumber: KP Kesihatan, Hmetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mendidik Jangan Sampai Mendera, Ikut Adab Merotan Cara Rasullullah Ini Supaya Hati Anak Lembut

“Mak, abang pukul adikkk!” jerit si bongsu sambil meraung-raung. Aduh, tak sudah-sudah si abang, kita yang kepenatan ini pun jadi geram dibuatnya. Maka tanpa berfikir panjang, rotan pun dicapai, lalu dilibas ke tubuh kurus abang.
“Tolong Mak! Sakittt!” rayu anak sambil menepis-nepis pukulan rotan yang singgah. Air matanya bercucuran tapi kerana geram, yang kita sedar hanyalah bekas merah berbirat-birat dan sedu-sedannya yang sudah tak berbunyi.
Ya, penting bagi ibu bapa membentuk sahsiah anak-anak sejak dari awal kelahiran mereka agar tidak mengundang pelbagai masalah seperti degil, tidak mendengar kata atau sering melawan cakap orang tua.
Disebabkan itu ada antara ibu bapa yang melaksanakan hukuman untuk mendisiplinkan anak-anak mereka. Salah satu hukuman yang menjadi pilihan adalah merotan.
Menurut petikan Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Noornajihan Jaafar, dalam pada melaksanakan hukuman rotan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa.
ADAB MEROTAN
(a) Hukuman rotan tersebut hendaklah merupakan alternatif terakhir, setelah cara didikan lain digunakan.
(b) Elakkan merotan ketika sedang marah. Hendaklah ibu bapa menenangkan diri seketika sebelum mengambil tindakan untuk merotan.
(c) Elakkan merotan pada anggota badan yang sensitif seperti kepala, wajah dan dada.

(d) Hendaklah rotan pada kali pertama itu perlahan, dan meningkat kekuatannya pada bilangan yang berikutnya.
(e) Sekiranya rotan pada kali pertama tidak memberikan kesan kepada tingkah laku anak, bolehlah ditambah bilangannya.
(f) Elakkan merotan lebih daripada 10 kali, bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w.
Sebenarnya terdapat banyak lagi ilmu merotan anak-anak yang mak mak di rumah mesti hadam. Topik ‘Aspirasi Rumah Tangga: Rotan – Calar Emosi & Fizikal’ inilah yang akan didebatkan dalam Mingguan Wanita, Jumaat, 21 September 2018. Sama-sama kita tambah ilmu keibubapaan jam 12.00 tengah hari esok, semestinya di saluran Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI