Negeri-negeri sebelah utara seperti Penang, Kedah, Perlis memang terkenal dengan masakan kuah kari yang pekat, lemak dan mempunyai rasa yang tersendiri.Sampaikan bila makan, baunya karinya masih melekat di tangan!
Nak buat kuah kari yang sedap cara negeri belah utara ada caranya. Mak-mak boleh tambah ilmu masakan dan cuba masak sendiri tips yang dikongsikan oleh Puan Ieda Zairi yang juga merupakan salah seorang moderator di page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
“Tips masak KARI.. Selalunya negeri belah utara masak kari memang sedap.. (negeri lain saya tak pasti sebab tak pernah rasa) jangan marah ye..”
✔ Gantikan dengan beras yang disangai & ditumbuk untuk dapatkan rasa lemak.
Kari yang sedap, minyak mesti berlinang kat atas permukaan. Itu tanda kari telah ditumis hingga rempah betul-betul masak.
▶Rempah Kari Kering
▶Rempah ditumis kering dan dikacau dengan dalam 1-2 minit sebelum dimasuk sedikit air dan perlahankan api.
▶Lepas terbit minyak baru masukkan daun kari.
Menumis kari mesti menggunakan minyak yang banyak. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
Bawang merah & bawang putih lebih sedap jika dihiris dan ditumis.
Halba campur adalah bahan yang wajib dimasukkan dalam masakan kari.. kari anda akan lebih beraroma..
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta beras sangai. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
Lepas pecah minyak baru masuk asam jawa & boleh jugak kalau nak masukkan asam keping.Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain.
Rasa garam juga harus seimbang Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘power’.
Akhir sekali masukkan kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa pada kuah.
Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak boleh cuba tips masak kari ni. Walaupun kita memang dah pakar masak kari, tapi jika sesekali ingin tukar selera, boleh masak dengan cara yang berbeza seperti tips diatas ini.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Ieda Zairi MAHN