Tips Jimat Barang Basah, Bajet Rm150-RM200 Je Sebulan, Beli Borong Namun Kekal Segar!

Share

Zaman ekonomi sekarang memang serba serbi kena lebih berjimat.Macam-macam cara mak-mak boleh jimatkan perbelanjaan barangan basah antaranya dengan pembelian secara borong di pasar berbanding beli secara harian. Namun perkara yang menjadi masalah bila barang basah yang dibeli secara borong atau dalam kuantiti yang banyak ni, jadi kurang segar dan tak berapa nak sedap bila dimasak nanti.

Menurut perkongsian Puan Fieya Badar, sebenarnya mak-mak boleh lebih jimatkan bajet barang basah dengan pembelian borong serta cara simpanan yang betul demi memastikan ia kekal segar dan rasanya tetap ‘manis’ setelah dimasak nanti.Malah peruntukan beliau hanya Rm150-RM200 je sebulan untuk 3 minggu dengan 5-6 orang satu rumah. Memang jimat!

Mak-mak boleh cedok tips yang beliau kongsikan ini.

“Sementara menunggu giliran ni ha. Meh nak share macam mana kami boleh set bajet bulanan tak over bajet tiap-tiap bulan. Paling utama ada saving in case anak sakit or kecemasan.Untuk barang basah kami peruntukkan rm150-rm200 je sebulan. Berbanding kalau beli kat pasar hari-hari memang akan over bajet gila la kan.”

Eh segar ke ikan tu?
Eh tahan lama ke?
Eh manis lagi ke bahan tu bila masak?
Eh masih sedap ke?

Meh nak ajar ye.
Kalau salah mohon maaf. Tapi ku buat gini dari azali. Kihkihkih. Jimat wehh.

Daging

1. Kalau beli daging. Macam fie daging beli daging beku tu sekilo kat pasor besar baru sekitar rm24/kg. Cara nak bagi tak hilang manis daging tu. Balik terus la potong. Macam aku 2 bekas selalunya dihiris nipis. 1 bekas aku hiris kuib. In case nak masak daging masak itam mamak ke kan. Ha. Sambil kau hiris kau boleh pikir nak buat menu apa.

2.Jangan basuh ye daging. Lepas hiris terus masuk bekas tutup. Simpan.

3.Nak masak. Keluarkan sebekas. Biar dia cair sendiri. Jangan gatai pi rendam air ke apa. Bila dah cair sendiri. Nak masak baru basuh bersih-bersih. Ha cenggitu. Baru lah daging uolls tak keras jegung. Tak liat. Dan tak rase tawar. Elok je cek oii.

Ikan

1.Bergantung gak ikan apa kau borong. Macam aku semua ikan yang aku nampak aku beli selagi cantik lagi rupa dia. Macam dalam gambar. Aku borong ikan temenung, ikan cencaru,ikan siakap.

2.Ikan cencaru, ikan siakap jangan isi air ye. Nanti hilang manis ikan. Sama macam ikan tongkol ikan nyok-nyok. Ikan pari. Ikan patin.Kalau aku beli. Siang. Basuh. Then simpan tanpa bubuh air.

3.Ikan temenung. Ikan sardin. Ikan sebelah. Siang bersihkan bubuh air hapus ikan. Nanti nak masak sama jugak. Jangan nak rendam air. Kecut ikan tu. Tak manis dah. Biar je dia cair sendiri. Sebelum simpan dah basuh bersihkan. Ha masak toskan je. Campak la nak masak apa pun.

Udang/sotong

1.Potong. Bersihkan. Letak air hapus paras udang/sotong/ikan kemudian boleh tutup kemas-kemas dan simpan.

2.Nak masak sama gak macam ku cakap kat atas tu hokeh.

Ayam/itik

Tak payah letak air. Kau basuh bersih-bersih. Letak dalam bekas. Simpan. Siap. Nak masak kau rendam sekali bekas. Jangan rendam isi saje. Pucat ayam/itik tu nanti. Tawar lak.

Sekian.

Boleh la korang berjimat seperti kami. Kikikiki.
Nnt i up belah sayur lak.

Tip Ekstra!

  • Yang bekerja kan. Malam tu kau turunkan bekas apa yang nak dimasak esok pagi ke bahagian chiller. Senang.
  • Kerjasama amat diperlukan. Nak cuci semua ni ambik masa 3jam lebih kalau sorang basuh. Potong cuci. Tak termasuk gangguan ultraman. Princess let it go lagi. Ha gitu. Apa yang penting kerjasama.
  • Kami sopping kat pasar Bukit Mertajam. Setelah duk penang la. Dulu kat kl kami pegi pasar malam kampung pandan/pasar tani pun berlambak yang murah-murah. Kat perak kami pegi pasar kemunting.

Ha ikutlah. Mana boleh jimat kita jimat. Sekarang duit macam tak de nilai. Tapi nak cari duit tu. Kikiki.

3minggu makan ni 5-6 orang satu rumah.
Bajet 150-200

Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba!

Sumber: Fieya Badar

Published by
Suhaidah Abd Wahab