
Isi Kandungan
ToggleSelalunya bila beli buah limau kasturi dalam kuantiti banyak yang telah siap dibungkus.Padahal kita nak gunakan sedikit je.Akibatnya baki limau kasturi tu terbiar serta mudah jadi busuk dan rosak. Sebenarnya ada cara mudah mak-mak boleh simpan buah limau kasturi ini agar tahan lama dan mudah digunakan nanti. Malah menjimatkan serta tak membazir!
Boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Puan Siti Fatimah Abas sebagai panduan;
“Selalunya sekali beli buah limau kasturi ni banyak sebab dah siap berbungkus dikedai..nak gunanya cuma sebiji dua, baki tuu kalau biarkan lama dalam peti ais jadi kering atau busuk..supaya ianya tahan lama dan mudah diguna bila bila masa untuk masak atau buat air anda boleh simpannya seperti cara ni..moga bermanafaat!”
#jimatsangat
Bahan-Bahan Diperlukan:
Limau Kasturi
Penapis Air
Bekas Kiub Ais
Cawan
Sudu
Cara-Caranya:
1.Potong dua limau kasturi. Pastikan potong secara melintang, lawan urat bagi memudahkan nak perah nanti.
2.Perahkan jus limaunya, gunakan penapis kopi pun boleh.
3.Perahkan dalam cawan.
4.Sudukan ke dalam bekas kiub ais.
5.Simpankan dalam peti sejuk beku semalaman.Supaya betul-betul beku.
6.Esoknya dah boleh keluarkan dan simpan dalam bekas.Bila nak guna dah senang tinggal ambil seketul dua yang perlu untuk masak.
Info Ekstra!
- Nak guna untuk buat teh O limau pun senang.Masuk je 2, 3 ketul dalam teko.
- Nak buat sambal belacan pun mudah campurkan je seketul dua,dah siap dan jimat masa.
Menarik sungguh tips ni, memudahkan kerja malah menjimatkan belanja dapur mak-mak. Tak de lah membazir, buah limau kasturinya rosak dan terbiar busuk dalam peti sejuk. Malah paling penting bebas daripada bahan pengawet, hanya pati jus limau kasturi semulajadi semata-mata!.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Siti Fatimah Abas
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Hilangkan Batuk Tanpa Ubat Dengan Urutan 3 Titik Di Tangan, Sekadar Ikhtiar

Mesti mak-mak guna macam-macam petua hilangkan batuk. Maklumlah, nak sembuh memang makan masa lama sikit, boleh jadi dua minggu atau berbulan untuk sembuh. Belum lagi dengan berbotol-botol ubat batuk dah dihabiskan tapi tak juga sembuh.
Malah, bukan setakat berbotol ubat batuk tapi macam-macam cara untuk hilangkan batuk ni. Paling kasihan kat anak-anaklah.
Selain untuk hilangkan batuk dengan mengambil ubat batuk yang diberikan oleh doktor, mak-mak boleh juga cuba cara tradisional. Ada yang guna bawang putih dan minyak, minyak aromaterapi dan sebagainya.
Mungkin petua yang diberikan oleh Asyraf Bakar dalam video ini boleh menjadi salah satu ikhtiar untuk hilangkan batuk. Tak perlu nak habiskan berbotol-botol ubat batuk. Sebaliknya dengan mnggunakan urutan pada 3 titik penting di bahagian tangan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bawang & Madu, Petua ALTERNATIF Hilangkan Batuk Dan Keluarkan Kahak
Petua Anak Demam, Batuk, Selesema, Mandikan 3 KALI SEHARI, Buang Haba Panas
Info Lebih Menarik DI SINI
Hilangkan Batuk Dengan Urutan 3 Titik
Cara nak hilangkan batuk dengan urutan 3 titik di tangan.
Titik 1: Antara jari telunjuk & jari tengah.
Titk 2: Hujung jari manis.
Titik 3: Berdekatan dengan pelipat lengan.
Bagi urutan ketiga-tiga titik ini hendaklah di tekan selama 2-3 minit dan picit pada kedua-dua belah tangan.
Mingguan Wanita : Moga ia memberi manfaat dan sekadar ikhtiar untuk kita.
Sumber: Asyraf Bakar (tiktok)
@asyraf_bakar Ikhtiar sembuh batuk tanpa ubat…Hanyalah sekadar ikhtiar shja, selamat beramal ☺️ #fyp #fypシ #ikhtiar ♬ A B C D E F G H I Love You – Hari Haran & Udit Narayan & Shankar Mahadeven & Hema Sardesai & Saif Ali Khan
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walaupun Tiada Pressure Cooker, Daging Masih Boleh Lembut Guna Petua Lama

Isi Kandungan
ToggleDaging merupakan sumber protein yang baik untuk tubuh badan kita. Walaupun tiada pressure cooker, daging masih lembut guna petua lama.
Pelbagai cara digunakan bagi memastikan daging yang mahu dimasak cepat menjadi empuk. Dan ketika ini ramai menggunakan cara memasak daging dengan menggunakan periuk pressure cooker.
Namun ada yang tidak gemar memasaknya menggunakan alatan ini sebaliknya gemar melembutkan daging menggunakan petua dapur lain.
Lembutkan Daging Tanpa Guna Pressure Cooker
Pasti ramai wanita dan mereka yang sering berada di dapur memikirkan bagaimana cara melembutkan daging dengan mudah tanpa menggunakan periuk pressure cooker.
Sebenarnya berbagai cara, tip dan petua lembutkan daging yang boleh anda ikuti seperti yang dikongsikan ramai orang.
Walau bagaimanapun, pada zaman sekarang ramai yang gunakan pressure cooker tetapi jika kuantiti daging yang sedikit adakah perlu guna periuk elektronik ini?
Ikuti cara lembutkan daging yang liat
Petua dan tip ini saya dapatkan daripada orang dulu-dulu. Sebab saya dengar ramai juga yang merungut dan sakit kepala tentang bagaimana cara nak melembutkan daging dengan mudah dan cepat.
Walau bagaimanapun, jika cara yang nombor satu anda guna tetapi tak menjadi, gunalah cara seterusnya mengikut keselesaan anda sendiri.
- Potong Daging Lawan Urat
Bila potong daging, kita tengok dulu ‘urat’ daging. Kita potong lawan arah. Supaya urat tu terputus. Senang daging nak empuk. Ni petua zaman berzaman kan? Memang proven.
- Rebus Daging Sambil Tutup Periuk
Salah satu petua orang dulu, daging yang kita sedang rebus, ditutup dulu dengan tudung periuk dan diletak lesung batu atau apa saja yang berat supaya wap air tak keluar. Syarat penting, jangan letak garam. Garam masuk last sekali.
- Rebus Bersama Kurma
Ada yang kata biji kurma sahaja. Ada yang kata kurma. Tapi, bila kita masukkan buah kurma, sup daging akan automatik jadi manis-manis buah dan daging pun lembut. Berapa lama masa, bergantung pada air dan api.
- Rebus Bersama Nenas
Nenas kan ‘tajam’, Maka, fungsi nenas ni melembutkan daging dan buat rasa daging pun lagi enak. Kalau periuk kecil, cukup 1 atau 2 hirisan nenas. Terlebih nanti jadi pajeri nenas pulak kan?
- Rendam Bersama Soda Bikarbonat
Ini adalah cara melembutkan daging guna soda bikarbonat. Saya sendiri pernah cuba. Saya sapu daging dengan soda bikarbonat.
Tak terlalu lama nak tunggu daging lembut. Mudah. Tapi, bila dah agak lembut. Boleh basuh/cuci dulu daging sebelum masak.
- Masukkan Sudu/sendok/garfu Dalam Rebusan Daging
Petua turun temurun ini sememangnya ramai yang tahu dengan memasukkan sudu ke dalam masakan daging supaya lembut dan tidak liat. Sudu dikatakan akan meningkatkan suhu di dalam periuk yang mempercepatkan daging menjadi lembut.
- Guna Dua Periuk Besar Jenis Steel
Petua melembutkan daging beku dari peti ais pula sangat berbeza dan dikatakan ketulan daging yang keras menjadi lembut serta mudah dihiris.
Caranya telungkupkan periuk pertama dan letakka daging beku tersebut di atasnya. Periuk kedua perlu diletakkan di atas daging beku itu.
Dengan menggunakan cara ini ia akan menjadi ketulan daging tersebut menjadi cepat lembut serta senang dihiris untuk dimasak.
Baca Juga Di Sini:
Mak-Mak Yang Nak Basuh, Potong, Lembutkan Daging Dengan Cepat, Boleh Ikut Cara Chef Ini Kongsikan!
Perapan Daging Bakar Tahan SETAHUN, Simpan Guna Teknik Rendam Air Panas
Info Lebih Menarik, klik saja di sini.
Cara Lembutkan Daging Dalam Masakan
Sama ada daging lembu, kambing bakar atau apa jenis daging pun, cara dan petua ini boleh digunakan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Untuk lembutkan daging bakar, dalam masakan atau sebelum dimasak, masing-masing mempunyai cara tersendiri mengikut petua yang diajarkan oleh orang-orang terdahulu yang telah terbukti keberhasilannya sehingga menjadi warisan generasi sekarang.
Untuk Daging Dalam Masakan
Daun nangka dicampurkan terus ke dalam masakan untuk beberapa helai sahaja dengan tujuan untuk dapatkan daging yang empuk dan senang dikunyah.
Buah keras atau manjakani ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan ke dalam masakan anda sama ada gulai, kari dan sebagainya.
Batang tebu yang dipotong menjadi beberapa bahagian kecil juga boleh digunakan dalam masakan anda untuk menyedapkan lagi daging anda itu.
Daun pisang yang dicarik-carik menjadi bahagian kecil boleh dicampurkan dalam makanan yang anda masak.
Dikatakan daun pisang abu adalah yang terbaik namun semua jenis daun pisang dibolehkan.
Untuk Daging Sebelum Dimasak
Perapan daging bersama limau nipis atau lemon yang dihiris nipis dan diperap dalam jangka masa selama 2 jam atau hingga ke 24 jam tentu akan memudahkan anda memakannya.
Perap bersama halia yang dipotong beberapa bahagian kemudian dicampurkan ke dalam potongan daging serta diperap selama 2 jam ke atas, lebih lama lebih bagus hasilnya.
Perap bersama cuka makan dalam jangka masa sekurangnya 15 minit. Campurkan cuka dengan daging, kemudian keringkan sebelum daging itu dimasak mengikut resepi pilihan anda dan lihat hasilnya.
Zaman sekarang berbagai jenis tips yang dikongsikan orang ramai cara lembutkan daging tetapi tidak semua petua dan tip yang boleh kita amalkan kerana mungkin sesetengah daripadanya akan memudaratkan diri sendiri.
Jangan gunakan panadol untuk lembutkan daging kerana ia boleh membunuh.
Antara yang sering diperkatakan petua lembutkan daging dengan panadol, sebenarnya petua ini pernah menjadi perbualan hangat serta beberapa doktor turut mengesahkan adalah tidak disarankan menggunakan panadol ke dalam daging kerana ia akan menjejaskan kesihatan.
Begitu juga dengan gula-gula Hacks yang telah juga diperkatakan tidak lama dulu. Apa sekalipun cara yang anda akan gunakan adalah lebih baik merujuk kepada mereka yang lebih pakar. Tetapi antara petua-petua di atas terbukti antaranya menjadi dan anda boleh amalkan tanpa was-was.
Menggunakan ais batu juga selalu digunakan, rebus dulu daging sekitar 30 mnit kemudian matikan api dan masukkan ais batu yang agak banyak kemudian tutup rapat periuknya.

Menggunakan buah betik juga biasa digunakan untuk melembukkan daging..
MW: Semoga perkongsian tips dan petua lembutkan daging lembu, daging beku untuk masakan atau yang sebelum dimasak ini akan memudahkan kerja anda untuk memasak selain dapat menikmati daging yang enak dan empuk. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Sumber: Safira NurAlip
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Pokok Berbuah Lebat, Tak Berulat, Tabur Garam & Guna Minyak Masak Terpakai

Isi Kandungan
ToggleNak pokok berbuah lebat, tentu pelbagai cara dan petua yang dicuba oleh mak-mak. Maklum saja, ada pokok yang dah merimbun tapi hasilnya tak nampak pun.
Pokok mangga, salah satu pokok yang dianggap kerap membuahkan hasil. Tapi tak kurang juga pokoknya tidaklah berbuah lebat pun. Kalu ada pun mungkin bila sudah dikupas berulat pula.
Ada sesetengah pokok mangga bila berbuah memang mempunyai ulat, tak tahu apa punca dan sebabnya.
Berlainan dengan cara yang dilakukan oleh Kak Chah dalam facebooknya. Pokok mangga berbuah lebat hasil daripada petua yang diberikan oleh anaknya. Ikuti apa yang dikatakan ini. Moga mak-mak boleh gunakan cara yang dilakukan oleh Kak Chah.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Amalkan Petua Dan Cara Ini Sebagai Ikhtiar Dapatkan Kembali Barang Yang Hilang
Petua Buat Cili Kisar, Rebus Dengan Bawang Putih, Gerenti Tahan Lama, Tak Berkulat
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Berbuah Lebat, Guna Minyak Terpakai
Ini mangga tepi rumah. Berbuah lebat dan merimbun sampaikan tak boleh nak tanggung oleh dahan. Bila patah dah besar itu, berbagi-bagilah pada jiran tetangga dan selebihnya boleh buat kerabu mangga.
Ramai juga yang tanya baja apa yang digunakan. Sebenarnya, tak ada pun baja specifik yang digunakan. Cuma anak bagi tip yang dia terbaca pada satu artikel dari barat.
“Mereka akan gali lubang sekitar pokok dan buangkan minyak masak terpakai. Jadi, saya cuba dan tuangkan minyak yang sudah tidak guna seperti baki goreng ikan bilis, hati ayam dan sebagainya dalam sekitar 2-3 kaki dari batang pokok.
“Alhamdulillah, buah kali ini sangat lebat pada setiap tangkai dan manis. Cuma, kali ini buahnya berbuah pada setiap dahan dan bukan pada semua pokok. Ada yang sudah masak, muda, putik buah dan baru nak keluarkan bunga.
Tabur Garam, Elak Buah Berulat
Bagi yang bertanya tentnag buah mangga berulat dari dalam. Dahulu, memang buah mangga akan jadi seperti ini. Daripada tip yang diberikan oleh orang, taburkan garam kasar di sekeliling, antara 2-3 kaki dari batang pokok.
Mingguan Wanita : Bagi yang ada pokok mangga bolehlah cuba cara ini. Moga ia bermanfaat.
Sumber: Kak Chah
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI