Selain teknik dan jenis tanaman, ilmu asas mengenai membaja pokok juga memainkan peranan penting agar pokok-pokok dapat membesar hidup subur, berbunga meriah dan berdaun lebat. Namun, tak semua orang tahu mengenai panduan membaja pokok dalam pasu atau bekas ni. Lagi-lagi buat beginner yang baru nak cuba-cuba bercucuk tanam.

Boleh rujuk panduan membaja untuk pokok dalam pasu atau bekas yang dikongsikan oleh Mohd Azrin Roselan ini.

Perkongsian tips ini adalah umum. Boleh dijadikan rujukan untuk beginner. Masa saya mula-mula dahulu tertanya-tanya jugak.

Macam mana nak baja?
Berapa banyak baja nak guna?
Bila nak baja?
Berapa kerap nak baja?

Pokok boleh baja selepas 2 minggu atau lebih selepas tanam. Kalau semai biji benih boleh mula membaja selepas daun 4 hingga ke 5 helai. Ini adalah panduan umum. Bergantung kepada keadaan pokok.

Langkah 1:

Gemburkan tanah. Tanah akan menjadi padat selepas disiram air. Kita nak longgar tanah bertujuan baja yang ditabur mudah menyerap ke dalam tanah.

Tip Untuk Beginner, Panduan LENGKAP Membaja Pokok Dalam Pasu Atau Bekas

Langkah 2:

Ambil baja dalam 1 sudu ke 2 sudu bergantung kepada usia pokok. Kalau pokok muda boleh separuh sudu. Jika tidak mempunyai rujukan pada baja yang dibeli. Kadang-kadang beli baja tak ada label yang loose pack.

Ads

Sebaiknya ikut panduan aturan pembajaan yang tertera pada peket baja.

Tip Untuk Beginner, Panduan LENGKAP Membaja Pokok Dalam Pasu Atau Bekas

Langkah 3:

Tabur sekeliling pasu jauh dari pangkal pokok untuk elak batang pokok lecur terkena baja. Mengalak akar bercambah.

Tip Untuk Beginner, Panduan LENGKAP Membaja Pokok Dalam Pasu Atau Bekas

Ads

Langkah 4:

Siram air secukupnya selepas membaja. Tanah media yang baik, airnya tidak bertakung.

Tip Untuk Beginner, Panduan LENGKAP Membaja Pokok Dalam Pasu Atau Bekas

Sambil membaja bolehlah berselawat.

Ads

Ulang pembajaan 2 minggu sekali. Jika nampak sesuatu tidak kena pada pokok selepas pembajaan boleh kurang kuantiti baja.

Kalau tinja Ayam yang jenis pallet dia jenis baja slow release. Boleh tabur semula selepas baja hancur dan serap ke dalam tanah.

Moga-moga panduan umum untuk beginner ini boleh dijadilan rujukan. Selamat bercucuk tanam.

Baca Lagi Di Sini:
Siram Baja Roti Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!
Mona Din Kongsi Cara Buat Sendiri Baja Home Made Suburkan Tanaman, Guna Bahan Dapur!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang baru nak belajar-belajar bercucuk tanam, boleh ikut panduan membaja ni untuk suburkan tanaman. Barulah pokok ‘gemuk’, berdaun lebat, berbunga meriah atau berbuah.

Sumber: Mohd Azrin Roselan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI