TIP Tanam Sayur KUBIS BUNGA, 3 Atau 4 Bulan Dah Boleh Tuai Hasil

Share

Tak rugi berbudi pada tanah. Lebih seronok bila tanaman mengeluarkan hasilnya dan boleh digunakan untuk masakan harian seperti Kubis Bunga ni. Namun nak semai dan tanam sayur kubis bunga ada tipsnya. Jika kena cara penjagaannya, 3 atau 4 bulan dah boleh tuai hasilnya.

Mak-mak nak cuba tanam sayur kubis bunga sendiri di rumah, boleh cuba semai biji benih ikut cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Umi Watie. Berjaya semai dari biji benih sehinggalah mengeluarkan kubis bunga yang besar dan segar bugar.

Hari ini nak cerita pasal #KebunMakRerama.Kubis bunga adalah salah satu saudara kepada sayur brokoli dan kobis yang penuh dengan khasiat dan sangat menyihatkan. Kaya dengan serat, vitamin C dan vitamin .

Mari kakchik kongsikan penjagaan kubis bunga ala makrerama

1. Semai biji benih di dalam peatmoss untuk bantu percambahan.
2. Benih akan bercambah dalam seminggu
3. Tanah yang sesuai jenis poros dan tidak bertakung air.
4. Campuran cocopeat, tanah hitam dan tanah 5 dalam 1 yang dibeli di nursery.
5. Kobis bunga perlukan ruang yang besar untuk akarnya menjalar. Gunakan polibag bersaiz 16″ atau lebih.
6. Kobis bunga boleh dituai dalam 3 atau 4 bulan selepas disemai.
7. Jangan petik daun pokok untuk elakkan pertumbuhan pokok terbantut.
8. Siram pokok 2 kali sehari.
9. Pokok kubis bunga sukakan air, baja dan cahaya matahari.
10. Baja setiap 2 minggu sekali, gunakan baja organik dan kawalan serangga dengan bancuhan cuka kayu.

Daun dia besau besau. Harap bunga pun besau jugalah.

Dalam gambar ini tak jelas sangat. Tapi warna daun dia macam hijau silver. Cantik sangat.

Tadaaa. Hari-hari dok belek.

Masih malu-malu. Kena intai macam ini baru nampak. Macam saya mengintai awak dari tirai kamar. Eh?

Alhamdulillah dah mula nampak jelas. Tak sabar nak tuai. Harap ada rezeki.

Kobis bunga selalu ada dalam menu bagi mereka berdiet untuk menurunkan berat badan. Contohnya dalam diet keto dan diet atkin. Seratus gram kubis bunga hanya 25 kalori sahaja. Ajaibkan?

Selamat mencuba.

Baca Lagi Di Sini:
Kubis Bunga Goreng Berempah, Salut Dengan Tepung Suji Rangup Macam Popcorn!


CARA SEMAI Benih Kobis Tak Perlu Kawasan Tanah Tinggi, 3 Bulan Dah Dapat Hasil!

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian penjagaan tanama Kubis Bunga ini bermanfaat. Mak-mak yang suka berkebun tu, boleh cuba tanam kubis bunga ikut tip yang dikongsikan ini.

Sumber: Umi Watie

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 7 & 8 Ogos 2021 ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab