Tip Tanak Pulut Supaya Cantik Berkilat, Langsung Tak Berkerak

Share

Pulut memang enak dinikmati dengan berbagai jenis sajian antaranya kari ayam atau daging, bubur durian, rendang dan sebagainya. Selalu bila kita tengok pulut nampak cantik berkilat rasa ingin tahu macam mana hendak dapat pulut begitu bukan?

Sebenarnya ada cara untuk mendapatkan tekstur pulut sebegitu. Boleh ikut cara seperti yang dikongsikan oleh Siti Asrien Mohd Hassan ini. Menurut wanita ini, sudah setahun lebih dia guna tip dan cara ini untuk tanak pulut

. Buat tapai pun senang. Tak perlu kukus. Memang jadi!

TIP DAN CARA TANAK PULUT GUNA PERIUK NASI

1. Basuh beras pulut bersama sedikit garam.

2. Untuk dapatkan kesan berkilat, basuh pulut 3- 4 kali basuhan.

3. Sukat air guna jari telunjuk, separuh dari line pertama jari. (jari di atas beras).

4. Lapik tutup periuk menggunakan kain/tuala kecil dengan kedap. Tidak boleh longgar. (supaya wap panas tidak keluar).

5. Tekan butang COOK dan tunggu sehingga masak dan bertukar ke WARM.

6. Jangan buka tudung periuk langsung sehingga masak, Insya Allah pulut cantik.

NOTA: Selepas WARM pun jangan terus buka tudung periuk. Biar 5-10 minit baru buka penutup. Ia bertujuan supaya pulut masak dengan wap panas. Paling penting pulut masak elok cantik dan tidak berkerak.

Sumber: Siti Asrien Mohd Hassan

Baca artikel lain yang berkaitan di sini: Cara Arwah Mak Ajar, Panaskan Santan Dulu, Elak Pulut Kuning Cepat Basi

Nak Masak Pulut Tak Ada Pengukus? Jangan Risau Guna Rice Cooker Pun Boleh

Rahsia Tanak Pulut WANGI, LEMBUT Dan Tak Berkerak, Gunalah Air Kelapa Muda

 

 

 

Published by
Has