Selalunya, mak-mak akan simpan ubi kentang bersama-sama dengan barang dapur lain seperti bawang merah dan bawang putih. Tak tahannya, baru seminggu dua simpan dah keluar tunas pula.
Konon dengan simpan ubi kentang, bolehlah tahan lama dan tak semua masakan akan guna ubi kentang. Bagaimana nak bagi ubi kentang tahan lama.
Ada caranyan nak simpan ubi kentang supaya tahan lama dan bestnya boleh simpan sampai 4 bulan. Ikuti cara Yatie Eimra ini.
Kentang ni kalau betul cara simpan, boleh bertahan hingga 4 bulan walaupun hanya simpan di dapur.
1. Jangan simpan kentang bersama bawang merah/bawang putih kerana bawang-bawang ini hasilkan gas yang cepatkan kentang bertunas.
2. Kentang perlukan pengudaraan yang cukup. Sebaiknya simpan kentang dalam bakul/jaringan supaya cukup aliran udara.
3. Jangan simpan kentang bersebelahan dapur gas/tempat memasak kerana suhu panas akan cepatkan kentang bertunas. Wap-wap terhasil pula akan sebabkan kelembapan udara tinggi & jadikan kentang mudah berkulat/busuk. Jika ruang dapur terhad, pastikan tempat simpanan kentang tak kena wap panas ketika masak.
4. Penting untuk pastikan kentang di simpan di tempat yang kering tapi tak terlalu terang atau kena cahaya matahari/lampu secara terus.. Jika kentang mula bertunas & berwarna kehijauan, tu tandanya kentang terdedah pada cahaya lampu. Kalau perasan, bukan semua kentang bertunas akan jadi hijau. Biasanya kentang jadi hijau sebab kena banyak cahaya. Warna hijau tu sebenarnya klorofil, terhasil akibat proses fotosintesis.
5. Jika tempat simpanan kentang pada tempat agak terang & kena cahaya yang banyak, boleh juga tutup sedikit lapisan atas kentang dengan kain guni/burlap ataupun kain muslin. Tujuannya supaya cahaya tak kena secara langsung pada kentang tapi dalam masa yang sama kentang masih dapat pengudaraan yang baik.
.
Ads
Elakkan Simpan Cara Ini
1. Sesekali periksa keadaan kentang & gunakan kentang yang mula bertunas dulu.
2. Jangan Simpan Kentang Mentah Dalam Peti Sejuk
Sesetengah orang gemar simpan kentang mentah dalam peti sejuk untuk panjangkan hayat kentang. Tapi sebenarnya bila kentang disimpan dalam peti sejuk (terutama dalam tempoh yang lama), suhu sejuk akan tukarkan kandungan kanji dalam kentang kepada gula. Akibatnya..
a) Rasa kentang akan jadi lebih manis
b) Kentang akan berwarna kehitaman semasa dimasak akibat gula dalam kentang dikaramelkan
c) Kentang yang disimpan dalam peti sejuk mempunyai kandungan gula yang tinggi, jadinya cara ini sangat tak digalakkan bagi mereka yang perlu kawal pengambilan gula terutama yang mengalami masalah diabetes, ibu² mengandung yang mengalami GDM, dll.
Ads
d) Kandungan gula yang tinggi juga boleh menyebabkan kandungan toksin akrilamida lebih tinggi (bila kentang dimasak dengan suhu tinggi)
P/S: Saya simpan kentang dalam bakul & anyam sendiri jer penutup dari tali hemp dengan bahagian tepi (atas) dibiarkan kosong. Boleh cover sikit kentang dengan kain guni/kain muslin tapi pastikan tak mengganggu pengudaraan
Disclaimer: Sy bukan galakkan orang simpan kentang lama-lama ye. Tapi sy beri tip cara simpan kentang supaya tak bertunas terlalu awal/lebih cepat dari masa yang sepatutnya.
Mingguan Wanita : Kalau dah bertunas dah tentu tak elok digunakan. Sekurangnya, cara ini boleh elak pembaziran.
Barang kemas lama, terutama yang dipakai setiap hari akan kelihatan tak berkilat dan tak berseri.Bila dah nampak kusam, ramai yang suka cuci di kedai untuk kembalikan serinya.Sebenarnya ada petua jimat dan cara mudah untuk cuci barang kemas ni agar nampak berkilat macam baru dibeli.
Baca perkongsian tutorial cuci barang kemas daripada Dr Hani Mynis ini sebagai rujukan;
#kemasrumahwithhani : deep cleaning barang kemas
#tutorialhani
Hani sebenarnya tak suka pakai barang kemas lagi-lagi yang diperbuat dari emas. Tapi dah namanya perempuan, paling tidak koman-koman mesti ada walaupun satu utas/ bentuk. Tak kira lah sebentuk cincin atau seutas gelang tangan kan.
So hari ni hani buat deep cleaning barang kemas yang hani ada. Ini sahaja lah koleksi hani haha seutas gelang tangan, seutas rantai dan dua bentuk cincin. segan pulak nak tunjuk sebab hani suka design yang ringkas-ringkas begini je. Sekarang kan ada macam-macam design tapi tu lah yang teruja dengan design-design ni bukan hani tapi suami hani.
Tapi dah hani niat nak kongsi tutorial hani buat deep cleaning barang kemas ni, so semoga bermanfaat ya.
Deep cleaning ni hani selalu buat setahun sekali setiap kali nak raya je sebenarnya. Haha tapi sebab raya tahun ni macam tak raya, memang tak sempat nak buat. Alang-alang cuti ni hani buat lah. Boleh ambil gambar sekali kan cara hani deep cleaning barang kemas hani.
Boleh tengok gambar ya dan cara-caranya. Senang sangat dan semua bahan ada kat rumah. Ambil masa lebih kurang 10 minit je. Dah buat ni barulah berkilau-kilau balik barang kemas yang kita ada.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Cara mudah dan jimat untuk mak-mak cuci barang kemas. Meskipun barang kemas lama, tetap nampak baru bila dicuci ikut tip yang dikongsikan ini.
Kini ramai yang dah mula keluar negara sama ada urusan kerja, peribadi pergi bercuti dan sebagainya. Salah satu syarat wajib apabila kembali ke tanah air adalah kuarantin diri. Malah kelonggaran juga diberikan untuk memohon kuarantin di rumah bagi yang lengkap vaksinasi serta negatif COVID-19 Ujian PCR.
Permohonan kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman melalui Portal Home Quarantine Application (HQA) ini boleh dibuat dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum ketibaan pengembara ke Malaysia.
Sangat penting untuk memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan serta betul-betul mengikut arahan yang diberi bagi mengelakkan permohonan ditolak.
Ini antara pesanan dan pengalaman yang dikongsikan oleh Penceramah Bebas Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sendiri. Beliau ketika ini berada di Tanah Suci Madinah, dalam mengerjakan umrah.
Permohonan untuk kuarantin di rumah kena reject biasanya sebab dokumen yang diperlukan tak ikut standard sedia ada.
Pastikan saiz dokumen tu tak lebih dari 250kb dan guna format fail PNG, JPEG atau PDF sahaja.
Mohon dalam tempoh 4 -10 hari sebelum balik dari tanah suci.
Laptop ni banyak membantu Alhamdulillah!
Permohonan kuarantin di rumah yang kena REJECT dengan perbagai sebab, boleh buat permohonan semula, tidak kurang dari 4 hari sebelum balik. Proses approval makan masa 3 hari bekerja.
Contoh permohonan yang tak berjaya. Boleh tengok remarks sebab apa tak berjaya –
Andai tak sempat buat permohonan semula, dalam kes di atas ni, sediakan dokumen yang diperlukan untuk pengesahan masa tiba di Airport nanti.
Contoh permohonan yang berjaya. Berjaya atau tidak kita akan terus dapat surat melalui email.
IMPORTANT! Memang sangat penting dokumen-dokumen yang tersebut dan baca ‘Note’ berulangkali. Jika betul-betul ikut arahan diberi, permohonan kuarantin secara online ini jadi sangat mudah InshaAllah.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat sesiapa yang berada di luar negara dan akan kembali ke tanah air dalam masa terdekat, boleh buat permohonan untuk kuarantin kendiri di rumah. Pastikan betul-betul ikut arahan diberi, barulah permohonan kuarantin secara online ini jadi sangat mudah.
Ramai isteri di luar sana yang buat salah tanpa mereka sedari. Bila suami sampai di muka pintu, terus mengadu masalah anak atau meluah tentang ketidakpuasan hati. Suami yang kepenatan menempuh jam, terus rasa down. Mood pun jadi tak best.
Apa tidaknya, kepulangan mereka disambut dengan seribu satu masalah. Sebab itulah ada suami yang tidak terus pulang ke rumah selepas kerja. Suami akan lepak dulu di kedai mamak, alasan mereka release tension. Ada juga yang kata inilah masa ‘bertenang’ sebelum mengadap isteri.
Jadi jangan salahkan suami kalau dia tak betah duduk di rumah. Sebenarnya ada salah kita juga. Jangan suami tempat lepas geram, dia juga manusia biasa. Walaupun suami lelaki tapi jika hari-hari hadap situasi ini, dia pun tak tertanggung.
Sebelum suami bosan pulang ke rumah, lebih baik kita cepat berubah dan bertindak. Biar suami rindu-rindukan isteri dan mahu cepat pulang ke rumah.
7 Tip Supaya Suami Rindukan Isteri & Cepat Pulang Ke Rumah
1. Sambut kepulangan suami dengan senyuman. Sejuk hati suami apabila melihat isterinya memberi layanan yang baik.
2. Pastikan kita rapi dan wangi. Jangan pula selekeh macam hantu Kak Limah, bau yang harum dan paras isteri yang rapi menjadi terapi buat suami. Biar dia sentiasa nampak kita hot.
3. Ambil barang pada tangan suami. Jika suami beli barang, sambut barang tu. Itu sebagai tanda kita menghargai suami.
4. Buatkan air kegemaran suami. Suami baru pulang biasanya penat dan haus, jadi tanya suami mahu minum apa. Ada suami yang suka air sejuk dan ada juga minuman panas.
5. Berbual perkara yang santai dengan suami. Biar dia tahu kita peka dan mengambil berat tentangnya. Misalnya tanya bagaimana hari yang dilalui suami hari itu.
6. Biar suami makan dan rehat dulu. Sementara suami bersihkan badan, anda hidangkan menu yang digemari suami. Masakan simple sudah memadai, suami pasti sangat gembira.
7. Bila suami dah tenang baru ‘masuk jarum’ sama ada nak minta beli barang atau nak mengadu masalah anak-anak atau masalah lain.Selepas perut suami dah kenyang, saat dia berehat barulah utarakan isu yang mahu dibincangkan. Saat ini suami lebih rasional dan bersedia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!