Simpan Stok Barang Dapur Dengan Cara Paling Sistematik, Mudahkan Kerja Memasak Sepantas Masterchef

Share

Tip simpan stok barang dapur yang dikongsikan Puan Asmalini Ashri ini akan memudahkan mak-mak yang sibuk bekerja. Katanya, boleh menjimatkan kerja-kerja memasak dan buatkan kerja mak sepantas Masterchef.

Ibu-ibu selalu pening bab ‘hari ini nak masak apa’. Lagi-lagi bila kita buka je peti, hah! Amek.. berselerak dengan bermacam jenis benda.

Dah kerja, balik mesti nak cepat je masakkan. Sebab nak main-main dengan anak, tengok kerja sekolah anak dan sebagainya. Banyak kerja ibu-ibu ni kalau nak list

3 Sebab Pentingnya Pengurusan Peti Ais Yang Sistematik

1. Mempercepatkan Masa

Bila dah jadi surirumah dan ibu bekerjaya ni memang semua benda kita nak cepat je kan. Lagi-lagi part masak ni. Sebolehnya kita nak hidangkan makanan dengan air tangan kita kan.

Hanya ambil masa sejam je kat dapur dalam satu minggu untuk siapkan semua bekal-bekal ni. Mana lebih jimat, siapkan sepenuhnya atau siapkan semasa nak memulakan memasak? Pilihan di tangan anda.

Suami dan anak-anak pun happy je bila dapat bawa bekal pi kerja dan sekolah. Yang mana bahan mentah yang nak masak untuk pagi-pagi tu boleh letak kat bawah siap-siap untuk elak beku. Contoh, cincang siap-siap ayam, udang dan sotong untuk buat nasi goreng dalam satu bekas.

2. Lebih Bersemangat Nak Memasak

Bila dah peti pun bersih, barang pun tersusun and senang nak ambil lagilah menaikkan semangat kita nak memasakkan. Yang malas masak pun jadi rajin masak sebab jatuh cinta dengan peti sendiri.

3. Tidak Membazir Dan Alert Kalau Barang Dah Habis

Membeli ikut keperluan, so takdelah nanti istilah membazir. Tetiba sayur tak boleh guna dah. Layu, busuk and sebagainya. Bila dah susun cantik-cantik cam ni, kita pun senang nak tahu yang mana dah habis. So boleh masuk senarai next pembelian.

Cara Sistematik Susun Stok Barang Dapur

 

Ni semua stock untuk satu minggu ye, sebab Lin memang jenis beli untuk satu minggu terus, senang dan jimatkan masa. Dah tak payah nak keluar keluar banyak kali dah kan .

Nampak tak bertimbunnya stock ni? Agak-agak apa rupa peti kita kalau main sumbat je semua ni.. wink wink ^^,

 

 

Haa. Ni sayur. Family kami memang wajib makan sayur ye. Masak apa pun, sayur memang tak tinggal. Sayur ni cuci n potong siap-siap ye. Kalau lin selalunya akan potong sayur untuk 3 hari terus. Senang. Yang hari seterusnya tu, potong yang kali kedua. Yang penting dah siap cuci dan asingkan.

Jangan main campak je dalam peti aihh ye. Nanti mulalah sayur tu layu ke sudah tak makan. Hehe. Buat macam ni at least kita tau sayur dah nak habis dan lebih terjaga.

 

 

Dah siap siap keluarkan barang yang kita beli tadi kat pasar, kita asingkan siap-siap lauk basah dan sayur-sayuran. Senang nak cuci semua ni kan.

Haa. Minggu ni, beli ayam, ketam dan ikan. Tips membeli pun kena bijak juga tau. Jangan main sambar je semua benda. Beli ikut apa yang kita target nak masak dalam minggu tu. So, ibu-ibu tak adalah pening lagi nak fikir tiap hari nak masak apa kan.

Beli ikut keperluan, bukan kehendak. Elakkan pembaziran ye.

Cuci kesemua bahan mentah ni siap-siap potong terus. Kalau yang perlu dicincang halus ayam tu cincang siap-siap. Yela selalu untuk breakfast pagi kita nak cepatkan. So setelkan terus.

 

 

Tadaaaa.. nampak tak kita dah letakkan semua stock yang dibeli tadi dalam bekas-bekas. Haa.. masa ni lah nak guna bekas-bekas aiskrim, milo n etc yang ada duk dalam almari tu kan. Hehe. Tak perlu bazir pi beli bekas lain. Yang ni pun ok..

Letak sayur yang siap dipotong tu dalam bekas dan bahan mentah pun letak dalam bekas siap-siap ye.

Bawang besar dan lada kering terus kisar. Sebab ikut menu minggu ni, memang perlukan kedua-duanya. So kisar siap-siap sonang koje den main campak je masak nanti. Hehe.

Best tak nampak tersusun macam ni?

 

Fuhh.. dah siap dah menara suri rumah ni. Ni nak bawa pi susun dalam peti. Agak-agak awak, macam mana peti kita kalau dah tersusun cantik bersistematik macam ni ha?

Berbanding tadi yang plan nak main sumbat je dengan plastik-plastik tu. Hoho

 

Susun bahan mentah dalam peti atas.. pernah tak awak-awak letak ayam ke apa dalam plastik, then bila nak keluarkan dari peti ais.. tetiba keras melekat kat peti?

Mesti mood nak masak down kan

 

 

Ni yg sayur-sayur tadi. Susun cantik-cantik ye. Nak masak nanti tinggal ambil dan campak je dalam kuali. Masterchef kan.. haruslah cekap and pantas. Tak giteeewww.

 

 

Sayur yang panjang-panjang. Letak dalam ni. Lapik bawah tu dengan kain. Nanti senang nak lap.

 

 

Tadaa. Gambar keseluruhan peti madam lin ni haaa.. sebolehnya kita meminumkan ruang yang ada. Jangan nak penuhkan peti. Pastikan bila kita buka peti, kita rasa sejuk je hati dan mata melihat.

Puan-puan, sejuk ke idok nampak peti saya?

Lepas ni takde dah nak marah suami kalau tersalah ambil sawi n lobak merah. Hehe. Sebab senang sangat dah nak cari. Wink wink

 

 

Malam ni suami request nak makan ayam goreng dan sayur goreng tauhu.

Rasa-rasa berapa minit ambil masa nak masak ye kalau dah siap potong, cuci macam ni.

Elakkan Simpan Stok Barang Dapur Ini Dalam Peti Ais

Tomato – tekstur dan perisa akan berkurang

Bawang – isi tak elok mudah rosak

Kentang – rasa kurang sedap

Roti – mudah kering

Kopi – kurang perisa dan kopi boleh
meresap bau yang ada pada peti

Madu – berketul dan keras

Sos – sebaiknya simpan di kabinet sebab ketahanannya lebih kurang 3 tahun

Mudahkan tip simpan stok barang dapur yang dikongsikan ini, kerja-kerja memasak pun jadi cepat dan pantas.

Sumber/foto : Facebook Asmalini Ashri

Published by
Netty Ah Hiyer