Tip Simpan Sayur Dalam Aluminium Foil JANGAN BASUH, Tahan Lama Lebih Seminggu!

Share

Dalam hidangan sehari-hari, tak lengkap rasanya tanpa ada masakan sayuran sebagai pelengkap. Tapi masalah yang sering dialami bila nak simpan sayur supaya tahan lama, sesuai dengan hidangan sehari-hari.

Tambahan pula, kalau mak ayah bekerja, ada masanya tak ‘termasak’ sayuran. Sampaikan bila nak guna, tengok-tengok sayur dah kecut dan tak boleh untuk memasak, walaupun di simpan di dalam peti ais.

Inilah yang kadang-kadang mak-mak fikir dua tiga kali untuk beli sayur. Sebabnya, kalau simpan sayur, mahunya tak tahan lama.

Kali ini, perkongsian daripada Eyfa Emir boleh membantu mak-mak untuk simpan sayur dengan lebih lama. Hanya guna aluminium foil, sayuran mak-mak mampu bertahan lebih seminggu di dalam peti ais.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: TIP Masak Sup Telur Suhun Jadi Elok, Tak Hancur Berterabur!

Tip Penting Bila Kemalangan, Elak ‘Tertipu’, Boleh Tuntut Pampasan ‘Loss Of Use’ Lagi!

Info Lebih Menarik DI SINI

Tip Simpan Sayur Tahan Lebih Seminggu

Saya dah cuba macam-macam cara untuk simpan sayur supaya tahan lama.

Keluarkan dari plastik la. Potong masuk dalam bekas. Tapi kalau sayur hijau selalunya tak tahan sangat. 2-3 hari dah busuk.

Setakat ini, cara ni paling berkesan untuk saya. Cuma perlu aluminium foil dan ada juga yang letak tisu. Tapi saya tak guna tisu pun.

Caranya:

1. Sayur baru beli, jangan basuh
2. Potong aluminium foil ikut saiz dan jumlah sayur
3. Masukkan sayur, lipat foil elok-elok dan labelkan
4. Simpan dalam peti ais bahagian bawah (chiller)
5. Bila nak guna baru basuh, lebihan simpan semula dalam tu

Insya Allah tahan lebih seminggu dan segar. Cuba lah. Semoga bermanfaat!

Mingguan Wanita : Ada macam-macam cara pun nak bagi sayur tahan lama. Kalau cara sebelum ini tak berkesan, bolehlah buat cara ini pula.

Sumber Eyfa Emir

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:

Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora