Ada famili yang gemar makan buah nanas. Sekali beli bukan sebiji dua, mahu tiga empat biji. Bila makan, tidaklah dihabiskan semuanya. Jadi macamana cara simpan nanas tu.
Mungkin kupas sebiji, selebihnya simpan. Bila simpan macam gitu saja, ada kemungkinan nanas yang baru dibeli itu akan jadi cepat rosak.
Wanita ini, Huda Zainal berkongsi tip praktikal cara menyimpan nanas agar lambat rosak. Bagi penggemar nanas, tip sebegini amat bermanfaat untuk dirinya dan keluarga.
Jumpa dah cara nak simpan nenas supaya lambat rosak. Jadilah Tasty Hack nya tips ni.
Kat rumah ni, nenas antara buah yang tak putus stok. Sekali beli biasa 3 biji.
Sedihnya, buah yang ketiga. Selalu bila potong bahagian bawah mesti dah lembik dan busuk. Biasanya hari ketiga daripada tempoh beli.
Dah a few time, cuba tips Tasty Hack ni. Uish, menjadilah.
Nenas ni boleh tahan sampai 6 hari. Bahagian bawah tak lembik, busuk dan berair.
Caranya:
1. Potong dulu bahagian atas nenas. Daun-daun yang tajam atas tu buang.
2. Letak nenas secara terbalik
. Bahagian atas tu letak ke bawah. Bahagian bawah ke atas.2 langkah je. Pelikkan, tapi benar.
#HudaZainal
Suka beli sekali banyak sebab malas keluar
Mingguan Wanita : Bagus tipnya, nanti bolehlah dicuba ya.
Sumber/Foto : Huda Zainal