Bagi rumah yang jauh dari kedai, tentu sukar untuk ke pasar setiap hari semata-mata nak beli lauk basah. Ini belum lagi kalau keluarga yang besar, mahunya pelbagai jenis lauk nak disediakan dalam satu hari.
Ada juga mak-mak yang tak kisah dan lebih suka beli lauk basah dan makas pada hari yang sama. Mungkin rasa lebih segar berbanding simpan dalam peti ais untuk dijadikan stok.
Namun, bagi mak-mak yang sibuk atau ingin jimat masa, boleh saja simpan lauk basah dan masa sama lauk tersebut tetap segar bila dimasak nanti.
Inilah yang dikongsikan oleh Wan Rosni dalam tip simpan lauk basah yang mampu bertahan lebih kurang dua minggu.
Mungkin bagi anak yang ramai tak adalah sampai dua minggu pun. Cuma apa yang disarankan ini adalah anggaran untuk disimpan. Paling penting, bila mak-mak guna bekas tertutup untuk menyimpannya.
Nak kongsi tip cara terbaik nak simpan lauk dan bahan mentah dalam freezer.
1. Mula-mula kenalah ke pasar beli lauk segala bagai dulu kan. Kalau tak nak keluar musim PKP ni boleh guna runner je. Mama dah 3 bulan guna runner order lauk-pauk dan sayur, segar dari pasar.
2. Bila lauk dah sampai, asingkan ikut jenis dan siang serta basuh satu-persatu.
3. Pastu sediakanlah bekas macam ni untuk simpan lauk-pauk tersebut. 1 bekas 1 jenis lauk. Jangan campur tau.
4. Lepas dah masukkan dalam bekas, jangan lupa tutup bekas tu. Kalau bekas jenis ni, memang dia akan tutup rapat dan akan terjamin kesegaran lauk tu.
5. Lepas tu bolehlah susun kemas-kemas dalam freezer di rumah. Bila dah tersusun, barulah nampak cantik, bersih dan kemas tanpa ada bau ayam, ikan dan sotong sebab kita dah tutup rapat semua bekas lauk tu.
6. Lauk mentah yang disimpan dalam bekas ni boleh tahan sehingga 2 minggu atau sebulan.
Ads
Kenapa Bekas Tertutup?
Dari apa yang terjadi pada ahli keluarga terdekat, mereka keracunan makanan kerana simpan bahan mentas dalam bekas yang tidka tertutup.
Lebih-lebih lagi, jenis peti ais satu tingkat. Lauk mentah yang kita simpan itu boleh keluarkan
keluar bakteria yang akan tersebar ke makanan yang lain dalam freezer tu contohnya kalau kita ada simpan nugget, sosej atau bahan makanan frozen yang lain.
Ini apa yang doktor terangkan kepada ahli keluarga ini. Moga ia memberi manfaat pada semua.
#daridapurmama
Mingguan Wanita : Bagi mak-mak yang sibuk, ini cara yang paling mudah. Simpan dalam bekas, keluarkan waktu malam dan pagi dah boleh mula masak, kan!
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Masakan orang-orang lama selalunya walaupun ringkas namun memang terasa kesedapannya. Selain ‘air tangan’ dan dimasak dengan penuh kasih sayang, ada 3 bahan utama yang digunakan untuk menyedapkan lagi rasa masakan dan hidangan yang disediakan. Malah digunakan secara berbeza mengikut jenis masakan.
Untuk tahu lebih lanjut baca perkongsian daripada Puan Nuha ini sebagai panduan;
Tips masakan daripada orang lama. Ada 3 bahan utama saya guna yang diajar oleh orang-orang lama atau yang lebih berpengalaman untuk menyedapkan masakan.
Pertama: Sos Tiram
Biasanya untuk masak sayur, sup, saya guna sos tiram. Jika masakan saya tawar (biasanya nasi/mee/bihungoreng), saya gunakan sos tiram untuk menambah rasa masin agar mudah sebati berbanding garam.
Kedua: Garam Kasar
Arwah mak ajar saya masakan menggunakan garam kasar lebih sedap berbanding garam halus. Terutama ketika menggulai atau yang berkuah.
Ketiga: Nise atau Gula Melaka
Jika masakan memerlukan rasa manis, saya gunakan nise sebagai pengganti kepada gula. Nise menghasilkan rasa manis berlemak berbanding gula. Jika masak sambal, nise juga berperanan menggelapkan warna sambal.
Sudah 25 hari kita melalui tahun baru 2018, Setiap awal tahun sudah tentu kita tanamkan azam untuk menjadi orang yang berjaya dan mungkin nak tambah pendapatan buat bisnes online. Tapi apa rahsianya?
Ok, selepas dipindahkan ke Majalah Mingguan Wanita, ramai usahawan berjaya yang saya temubual. Ada yang asal kerja kilang kini sudah bergelar jutawan dan tidak kurang ramai suri rumah yang pada awalnya hanya mahu menambah wang poket suami kini turut berjaya. Malah ada suami mereka sendiri berhenti kerja dan bersama-sama mengembangkan perniagaan. Usahawan seperti ini terutama kaum wanita menjadi sumber inspirasi dan idola buat saya.
Baru-baru ini saya bertemu lagi dengan seorang usahawan wanita muda dan bekerja dari rumah dan kini sudah merupakan salah seorang usahawan terkenal dan memulakan perniagaannya hanya menerusi Instagram.
Cerita Diena Wong
Wanita yang bernama Diena Wong baru saja berusia 32 tahun dan merupakan pengasas Lovera.
Saya sempat bertanya kepada Diena apa rahsia fan skill dia guna insta, jawabnya…
“Terus terang tak ada rahsia. Sama saja macam orang lain guna. Tapi kalo bab bisnes ni kita kenela gigihlah sikit kalau nak ramai orang beli.
Bagi saya semua orang boleh buat jualan juta-juta guna insta. Rezeki masing-masing kita tak tahu. Lagi satu , kalau guna insta, kerapkan buat stories. Memang bagus dan berkesan juga. Gunakan kreativiti kalau nak buat stories ni.”
Teknologi Moden Buka Peluang Bisnes
Apa yang saya lihat, ramai juga usahawan yang berjaya kerana bisnes online. Sememangnya teknologi moden ini memberi banyak manfaat kepada orang ramai terutamanya golongan muda dan suri rumah yang bijak dan rajin mencari peluang dengan bekerja lebih masa.
Malah ada dua orang personaliti dalam perniagaan yang bertanya kepada saya, tidakkah saya melakukan kerja lebih bagi menambah pendapatan, saya hanya terdiam. Dan memberi alasan sibuk dengan kerja dan di rumah pula sibuk dengan melayan suami dan anak-anak.
Kalau Betul Nak Berjaya…
Namun mereka menasihati saya, jika nak berjaya tak boleh beri banyak alasan. Mereka juga banyak berkongsi pelbagai kisah suka dan duka yang boleh memberi ilmu yang berguna kepada saya. Malah ada seorang Dato’ Sri pernah berpesan pada saya jika hendak berjaya berkawanlah dengan orang yang berjaya.
Tip Majukan Bisnes Online
1. Kena rajin promosikan guna ayat simple.
2. Cari modal yang rendah.
3. Tak payah buat produk sendiri, mulakan dengan jual produk dah siap. Sampai dapat untung.
4. Jangan buat pinjaman bank, paling penting kena rajin menulis luar biasa.
5. Ikut masa yang tetap dan kena ada target bulanan.
6. Asingkan duit untung.
7. Kalau dulu tulis blog, sekarang tulis di media sosial pun boleh lakukan produk.
8. Jual produk yang anda rasa anda sendiri pun nak beli.
9. Jangan malu dan bisnes ni kena hati yang kental!
Haaa… tak banyak pun tapi moga beberapa tip ini boleh bantu mak-mak yang nak cari duit poket lebih sikit.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Agak-agak berapa ramai mak-mak yang faham cara nak pilih dan baca label keju luar negara yang halal dijual di pasaraya. Adakah dengan sekadar ada logo halal, keju yang kita pilih itu benar-benar tak mengundang was-was untuk di makan.
Kadangkala disebabkan tak arif sangat bab nak baca logo halal ini, mak-mak tak berani nak beli keju yang didatangkan dari luar negara ini. Okay, bagi membantu mak-mak, Chef Nor Zailina berkongsi panduan bagaimana memilih keju HALAL di pasaraya.
Katanya, “Saya bimbang bila tengok orang Islam beli keju tanpa membaca bahan-bahan yang terkandung di dalamnya atau sekiranya ada logo Halal negara pengeluar keju itu. Terdapat pelbagai jenis keju dijual di pasaraya. Jadi, bagaimana memilih yang HALAL?”
Panduan Beli Keju Luar Negara Yang Halal Di Pasaraya
* Pastikan ada logo Halal dari pengeluar di negara berkenaan. Contohnya, keju dari Australia mesti ada logo Australian Halal Board. Begitu juga keju dari France, New Zealand dan lain-lain.
* Rennet – bahan yang digunakan bagi menukar susu kepada pepejal keju. Biasanya ia diperbuat daripada bahagian dalaman perut binatang seperti lembu dan sebagainya. Jikalau lembu tidak disembelih mengikut Islam, bermakna ia tidak Halal dimakan. Kebanyakan keju dari Eropah menggunakan rennet daripada binatang. Bovine Rennet adalah rennet dari perut lembu. Porcine dari khinzir (pig/swine).
Hanya pilih RENNET: – microbial rennet (diperbuat daripada microbes, termasuk fungi dan bakteria TETAPI ada juga yang dibiak daripada sumber binatang, sila tengok tanda Halal) – non-animal rennet (diperbuat daripada bahan kimia lain atau sumber bukan binatang) – vegetable rennet (diproses daripada sumber tumbuh-tumbuhan)
Selain rennet, KEJU juga diperbuat dengan: – proses pemerapan (fermentation) – menggunakan cuka dan jus lemon (asid) terutama untuk pembuatan keju vegan
Fakta Penting:
1. Keju lembut (soft cheeses) seperti krim keju tidak menggunakan rennet dalam pembuatannya. 2. Baca setiap paket keju yang dibeli kerana ia mungkin Halal dalam bentuk sebuku (block) tetapi tidak Halal dalam paket yang sudah diparut (ready grated). 3. Keju dalam bentuk serbuk (kering) seperti Parmesan juga mungkin tidak Halal, jadi, berhati-hatilah selalu. Parmesan sering dihidangkan di restoran bersama Caesar Salad atau Spaghetti Bolognese.
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...