TIP Simpan CILI KISAR Tahan Lama Tak Rosak Berkulat, Senang Guna!

Share

Cili kisar salah satu bahan utama yang sering digunakan dalam masakan. Jika selalu kita kisar cili dalam kuantiti yang banyak dan simpan di peti sejuk bahagian ‘chiller’ ia mudah rosak, masam dan berkulat. Membazir sungguh cili kisar terpaksa dibuang begitu sahaja.

Sebenarnya ada caranya untuk simpan cili kisar supaya tahan lama, tak rosak berkulat malah senang diguna. Nak masak pun mudah, ambil yang perlu je.

Perkongsian tip di TikTok ctrahmahhs ini boleh jadi panduan.

1. Kisar cili kering seperti biasa.

2. Kemudian masukkan cili kisar tersebut dalam bekas kecil.

3. Terus masukkan dalam peti ais bahagian sejuk beku.

4. Apabila dah beku, keluarkan dari bekas dan masukkan pula dalam pula bekas bertutup. Ia bagi menjimatkan ruang untuk menyimpan cili.

5. Kemudian, letak label pada bekas tersebut dan simpan kembali dalam peti sejuk.

Siap! Bolehlah digunakan bila-bila masa untuk memasak dan ambil hanya kuantiti yang diperlukan.

Semoga bermanfaat! Selamat mencuba.

@ctrahmahhs Kita try buat cam ini pulak. #tipsdapur #myfoodiesharing ♬ Canon in D Keroncong Version – Keroncongin 🎶

Baca Lagi Di Sini:

Buat CILI KISAR Tanpa Bahan Pengawet, Tahan 3 Bulan Tak Berkulat!

Buat Cili Kisar Mudah & Jimat Masa, Guna ‘Chopper’ Keluar Habis Bijinya!

CARA Simpan Ayam Elok Seketul-Seketul Tak Melekat, Senang Nak Masak!

Mingguan Wanita: Menarik juga idea, tak terfikir pula untuk bekukan cili kisar dalam bentuk kiub macam ni. Jadi takdelah masalah cili kisar rosak, masam berkulat malah tahan lama bila simpan macam ni.

Sumber: TikTok ctrahmahhs

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab