Tip Sebelum Mulakan Perjalanan Rentas Negeri, Sejauh Lebih 2 Marhalah

Share

Kebenaran perjalanan rentas negeri membuatkan ramai yang ambil peluang pulang berjumpa mak ayah di kampung. Lama sungguh memendam rindu hendak bertemu depan mata.

Bersyukur tidak terkira, bila mana peluang berjumpa mak ayah di kampung akhirnya termakbul juga. Ada sesetengah lokasi kampung itu jauhnya lebih dari 2 marhalah iaitu bersamaan 81km.

Perjalanan bermusafir yang panjang itu membolehkan solat jamak qasar. Bagaimana pun, ada syarat yang mesti dipenuhi sebelum dibolehkan meneruskan solat jamak qasar itu.

Ustaz Firdaos Rawi berkongsi panduan tip sebelum memulakan perjalanan balik ke kampung yang jauhnya lebih 2 marhalah.

Tip Sebelum Memulakan Perjalanan Rentas Negeri

Semalam mungkin dah ramai bergerak tuju tempat masing-masing.
Ramai juga yang kongsi tips sebelum mulakan perjalanan.

Di sini saya kongsikan tips amalan dan doa untuk perjalanan musafir. Musafir ini maksudnya perjalanan yang jauh lebih 2 marhalah.

Tips 1 : Solat jamak qosor

Ustaz saya dulu pesan, solat boleh dibuat secara jamak qosor dengan 3 syarat.

1- Perjalanan 2 marhalah (81 KM atau lebih).
Kalau tempat tuju kurang dari itu maka tidak dapat kelebihan solat jamak qosor. Solat dibuat sempurna. Tempat tuju ya bukan pusing taman berkali-kali sampai 81KM.
2- Niat nak duduk sana tak lebih dari 3 hari. Kalau niat nak duduk lebih 3 hari, dikira tak boleh dah nak buat solat jamak qosor di sana.
Contohnya saya nak ke Kuantan. Gerak hari Ahad nak duduk sana dalam 3 hari sahaja.
Jadi Ahad (hari perjalanan), Isnin (1), Selasa (2), Rabu (3), Khamis balik ( hari perjalanan.) Jadi boleh buat dalam 5 hari untuk solat jamak qosor.
3- Niat musafir adalah dengan niat yang baik.

Tips 2 : Amalan Doa

1- Baca doa naik kenderaan.
2- Keluar rumah baca ayatul Qursi.
3- Orang musafir juga ada kelebihan doanya dimakbulkan. Kalau ada kawan atau saudara nak musafir boleh minta dia doakan kita.
Kita doakan dia dan dia doakan kita.
4- Kalau masa jalan tu kenderaan mendaki bukit atau naik tempat tinggi baca Takbir, bila turun ke tempat rendah baca Tasbih

.

Baca sini : Dua tahun tak dapat balik kampung, ini yang Allah nak tunjuk

Tips 3 : Tambahan

1- Bawa buah tangan. Galakan beri hadiah ini akan melahirkan rasa kasih sayang.
2- Digalakkan mula perjalanan pada waktu malam.
3- Ikut lah SOP.

Semoga perjalanan kita diberkati.

Sumber/Foto : Firdaos Rawi

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer