Tip ‘Reapply Makeup’ Selepas Wuduk, Wajah Lebih Segar & Jimat Masa

Share

Tip ‘reapply makeup’ selepas wuduk, wajah segar dan yang penting jimat masa. Bagi kaum wanita yang gemar bersolek, sebelum mengambil wuduk dan selepas solat adalah waktu yang sangat mencabar.

Jika sebelum mengambil wuduk, anda perlu bersihkan solekan pada wajah terlebih dahulu, selepas solat pula perlu memakai mekap semula. Sebenarnya ada cara yang mudah untuk anda ‘reapply makeup’ selepas mengambil berwuduk.

Anda akan nampak lagi fresh apabila ‘reapply makeup’ dan boleh jadi cantik lagi seperti awalnya. Tapi untuk anda yang aktif melakukan aktiviti luar, sangatlah penting untuk reapply sunscreen juga supaya kulit tetap dilindungi dari sinar UV.

BERIKUT TIP YANG DIKONGSIKAN OLEH Syazwani Md Saad

Ini antara ‘perkakas’ mekap yang diperlukan.

  1. Gunakan Face mist supaya wajah lebih segar dan lembap.

2. Sapukan skin tint pada seluruh wajah supaya tona wajah kelihatan lebih sekata.

3. Sapukan loose powder ke seluruh wajah secara sekata agar wajah nampak lebih glowing.

4. Kemaskan kening yang mungkin ‘berselerak’ ketika mengambil wuduk. Pakai juga maskara untuk efek bulu mata yang lebih lentik.

5. Supaya bibir tidak kelihatan pucat lesi, aplikasikan ‘lip tint’ pada bibir. Gunakan warna-warna yang lembut agar bibir nampak segar dan natural.

Sebenarnya tak adalah susah mana pun untuk ‘reapply makeup’ selepas mengambil wuduk. Ikut cara seperti yang dikongsikan ini mudah sangat! Nak cuci pun senang. Mekap pun tak tebal mana. Selamat mencuba!

Sumber: Syazwani Md Saad 

Kredit foto (top image): Pexels

Published by
Has