Mak Jangan Sampai Salah Asuh, Baik Anak Lelaki Atau Perempuan Dua-dua Boleh Main Masak-masak

Share

Mak-mak jadi susah hati bila anak lelaki mula main anak patung ke hulu ke hilir. Lagi resah bila anak perempuan tak gaya feminin, tapi lasak menyorong kereta mini hotwheel keliling rumah.

Rupa-rupanya anggapan ibu selama ini ada khilafnya dari sudut cara kerja membesarkan anak-anak. Nak lahirkan ANAK BIJAK, anak-anak kena lalui dua-dua pengalaman permainan lelaki baik perempuan yang dapat merangsang 7 deria mereka.

Ransangan yang tepat juga dapat membantu anak-anak yang lambat bercakap (speech delay).

Inilah yang dicadangkan oleh Terapis Cara Kerja, Puan Maryam Jamadi dalam status terkininya di facebook.

Kredit foto : pinterest.com

Nak Anak Bijak Kena Beri Rasai Semua Permainan

Kadang-kadang saya garu kepala bila,

Anak lelaki, semua mainan kereta. Yang anak perempuan, semua mainan anak patung. ???”

Dalam merangsang perkembangan anak, pemilihan mainan sangat penting terutamanya anak bawah 2 tahun yang permainannya terhad dengan apa yang diberi dan apa yang ada.

Tidak perlu 1 rak mainan kereta untuk anak lelaki tetapi tidak ada 1 pun mainan masak-masak.

Yang ada anak perempuan, tidak perlu pun penuh katil dengan teddy bear tetapi tiada mainan kereta.”

Semua Mainan Penting Asal Rangsang 7 Jenis Deria Ini

Ramai yang bertanya saya, mainan apa yang paling bagus untuk anak umur bawah 2 tahun. “Jawapan saya, apa apa mainan pun bagus asalkan tak bahaya ?”

Asalkan dapat merangsang perkembangan anak, macam mana nak merangsang perkembangan? Dengan merangsang semua deria. Ada 7 jenis deria yang perlu dirangsang sejak lahir kalau nak anak pandai dan bijak:

1. Sentuhan.
2. Keseimbangan dan pergerakan.
3. Sendi.
4. Visual.
5. Auditori.
6. Rasa.
7. Bau.

Maka, pemilihan mainan yang pelbagai sangat penting untuk merangsang semua deria. Otak anak bawah 2 tahun macam span, menyerap segala benda dan jangan terkejut jika kita merangsang semua deria dengan optimum dan cukup.

Kesannya sangat memberangsangkan, malah anak cepat “tangkap” apa-apa input yang diberi kepadanya. ?

Kalau nak anak bijak, bukan dengan mengajar membaca seawal lepas lahir ya. Tetapi dengan merangsang deria-deria, dan cara yang paling bagus untuk mengajar anak benda baru adalah dengan menggabungkan semua deria yang ada.

Kredit foto : sheknows.com

Contohnya:

Nak ajar buah epal, daripada guna flashcard epal lebih baik guna epal yang betul kerana jika flashcard ia hanya menggunakan 2 deria sahaja iaitu pendengaran dan penglihatan.

Jika kita beri buah betul, ia secara tak langsung menggunakan semua deria

1. Sentuhan, anak pegang tekstur dan bentuk epal. ?
2. Auditori, anak dengar perkataan epal.
3. Visual, anak lihat buat epal.
4. Bau, anak bau epal.
5. Rasa, anak rasa epal.
6. Sendi, anak pegang epal dan agak berat epal.
7. Keseimbangan, anak cuba seimbangkan badan dan tangan semasa memegang epal.

Puan Maryam sarankan agar ibu bapa yang ada anak ‘speech delay’ luangkan masa bersama bermain dengan anak-anak.

Teknik Berkesan Rawat Anak Speech Delay

Teknik ini juga sangat berkesan untuk anak yang lewat bercakap (speech delay). Tetapi, berapa banyak mainan yang ada pun tak boleh tandingi “mainan” mak ayah yang meluangkan masa bermain dengan anak.

Kepada mak ayah yang ada anak bawah 2 tahun, mohon sangat-sangat untuk luangkan masa bermain untuk anak. Tiada guna beli mainan berbakul-bakul tetapi “tiada” mak ayah yang bermain bersama. ❤

Semoga bermanfaat, terima kasih.

Sumber/Foto : Facebook Maryam Jamadi

Published by
Netty Ah Hiyer