Mak-mak jadi susah hati bila anak lelaki mula main anak patung ke hulu ke hilir. Lagi resah bila anak perempuan tak gaya feminin, tapi lasak menyorong kereta mini hotwheel keliling rumah.
Rupa-rupanya anggapan ibu selama ini ada khilafnya dari sudut cara kerja membesarkan anak-anak. Nak lahirkan ANAK BIJAK, anak-anak kena lalui dua-dua pengalaman permainan lelaki baik perempuan yang dapat merangsang 7 deria mereka.
Ransangan yang tepat juga dapat membantu anak-anak yang lambat bercakap (speech delay).
Inilah yang dicadangkan oleh Terapis Cara Kerja, Puan Maryam Jamadi dalam status terkininya di facebook.
Kredit foto : pinterest.com
Nak Anak Bijak Kena Beri Rasai Semua Permainan
Kadang-kadang saya garu kepala bila,
Anak lelaki, semua mainan kereta. Yang anak perempuan, semua mainan anak patung. ???”
Dalam merangsang perkembangan anak, pemilihan mainan sangat penting terutamanya anak bawah 2 tahun yang permainannya terhad dengan apa yang diberi dan apa yang ada.
Ads
“Tidak perlu 1 rak mainan kereta untuk anak lelaki tetapi tidak ada 1 pun mainan masak-masak.”
“Yang ada anak perempuan, tidak perlu pun penuh katil dengan teddy bear tetapi tiada mainan kereta.”
Semua Mainan Penting Asal Rangsang 7 Jenis Deria Ini
Ramai yang bertanya saya, mainan apa yang paling bagus untuk anak umur bawah 2 tahun. “Jawapan saya, apa apa mainan pun bagus asalkan tak bahaya ?”
Asalkan dapat merangsang perkembangan anak, macam mana nak merangsang perkembangan? Dengan merangsang semua deria. Ada 7 jenis deria yang perlu dirangsang sejak lahir kalau nak anak pandai dan bijak:
Maka, pemilihan mainan yang pelbagai sangat penting untuk merangsang semua deria. Otak anak bawah 2 tahun macam span, menyerap segala benda dan jangan terkejut jika kita merangsang semua deria dengan optimum dan cukup.
Kesannya sangat memberangsangkan, malah anak cepat “tangkap” apa-apa input yang diberi kepadanya. ?
Kalau nak anak bijak, bukan dengan mengajar membaca seawal lepas lahir ya. Tetapi dengan merangsang deria-deria, dan cara yang paling bagus untuk mengajar anak benda baru adalah dengan menggabungkan semua deria yang ada.
Kredit foto : sheknows.com
Contohnya:
Ads
Nak ajar buah epal, daripada guna flashcard epal lebih baik guna epal yang betul kerana jika flashcard ia hanya menggunakan 2 deria sahaja iaitu pendengaran dan penglihatan.
Jika kita beri buah betul, ia secara tak langsung menggunakan semua deria
1. Sentuhan, anak pegang tekstur dan bentuk epal. ?
2. Auditori, anak dengar perkataan epal.
3. Visual, anak lihat buat epal.
4. Bau, anak bau epal.
5. Rasa, anak rasa epal.
6. Sendi, anak pegang epal dan agak berat epal.
7. Keseimbangan, anak cuba seimbangkan badan dan tangan semasa memegang epal.
Puan Maryam sarankan agar ibu bapa yang ada anak ‘speech delay’ luangkan masa bersama bermain dengan anak-anak.
Teknik Berkesan Rawat Anak Speech Delay
Teknik ini juga sangat berkesan untuk anak yang lewat bercakap (speech delay). Tetapi, berapa banyak mainan yang ada pun tak boleh tandingi “mainan” mak ayah yang meluangkan masa bermain dengan anak.
Kepada mak ayah yang ada anak bawah 2 tahun, mohon sangat-sangat untuk luangkan masa bermain untuk anak. Tiada guna beli mainan berbakul-bakul tetapi “tiada” mak ayah yang bermain bersama. ❤
Semoga bermanfaat, terima kasih.
Sumber/Foto : Facebook Maryam Jamadi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lana Nordin bertudung, ramai peminat terutamanya warganet mendoakan agar selebriti ini diberikan istiqamah dalam berhijab.
Sejak Ramadan yang lalu, Lana Nordin dilihat begitu sopan mengenakan tudung. Malah salah seorang warganet memberi komen yang cukup positif.
“Cantik nya sis, nampak muda dan elegan sangat, semoga istiqamah dan sentiasa dalam hidayahNya,” itulah antara komen yang diberikan oleh salah seorang warganet menerusi akaun hanishanihannani’s di salah sebuah posting akaun Instagram Lana.
Lana Nordin Bertudung
Sememangnya ramai yang memuji kecantikan Lana bila mengenakan hijab. Memasuki usia 46 tahun seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, pelakon tersebut akui kurang selesa menghebahkan soal penghijrahan sebaliknya berdoa agar istiqamah untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Bukan tidak mahu berkongsi, cuma saya masih berada dalam fasa percubaan sejak Ramadan lalu. Bukan tidak mahu menghebahkan, cuma belum istiqamah sepenuhnya lagi.
“Kalau orang nampak tu nampak la. Apatah lagi, suami pun turut menyokong segala keputusan dan tindakan yang dibuat oleh saya.
“Kini saya berada dalam fasa percubaan, doa yang baik-baik buat saya.
Mahu Bimbing Suami Mualaf
“Hujung tahun ini saya bakal bertambah usia kepada 46 tahun, pejam celik lagi beberapa tahun dah masuk 50 tahun. Selain muhasabah diri, saya bersama keluarga berubah ke arah lebih baik atas nasihat rakan-rakan.
“Saya hendak membimbing diri suami yang mualaf, namun tidak bertudung jadi seperti tidak selari.
“Jadi ini salah satu fasa untuk berubah ke arah lebih baik, bukan saja saya dan suami tetapi buat anak-anak juga,” kongsi Lana.
Terbuka Teruskan Kerjaya Sebagai Pelakon
Untuk rekod Lana dan suaminya David atau nama Islamnya, Mohd Daud McKienzi mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015.
Ibu kepada dua cahaya mata itu turut menyentuh masih menerima tawaran berlakon.
“Apa pun, saya masih lagi menerima tawaran berlakon. Jadi watak antagonis biarpun bertudung pun menarik juga. Saya masih terbuka untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon,” sambungnya.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Masih ramai lelaki yang jenis tak pernah merasa cukup dalam hidupnya, sebab itulah tetiba rumah tangga boleh muncul masalah yang tak sepatutnya. Malah wujud sesetengah orang, walau dah kahwin dan ada anak dia tetap mencari sesuatu apa yang orang rumahnya tak ada. Pendek kata, sejenis tak menghargai apa yang dia ada dalam rumah tangga.
Maka kesannya rumah tangga akan hancur perlahan-lahan dan emosi sendiri tertekan dan hubungan suami isteri bermasalah. Kadang pening kaum isteri nak melayan sampai ada yang sanggup buat apa saja selepas kahwin asal suami tak cari lain!
Situasi ini juga turut menjadi dilema orang rumah saudara Amir Syahir yang akhirnya membuat dia berfikir dan meluah pandangan di status Facebook miliknya baru-baru ini…
Soalan Dari Seorang Isteri Tentang Rumah Tangga
Dalam kereta selepas balik dari beli barang dapur, tiba-tiba isteri aku tanya “Apa yang lelaki nak sebenarnya dalam hidup ni. Terutamanya yang dah berkahwin la”.
Aku diam je. Otak tengah bekerja mencari jawapan yang sesuai. Takut salah jawab nanti, jenuh aku. Aku pandang dia. Muka dia macam berfikir sesuatu. Lepastu dia sambung,
“Kalau takde anak, dia cakap nak kahwin lain sebab nak ada anak, ada pewaris daripada darah daging sendiri. Tapi, bila ada anak, ada jugak yang masih main perempuan lain.
Bila isteri tak bekerja dia cakap rasa beban semua kena tanggung. Lepastu cari perempuan yang bekerjaya kononnya boleh bantu dia. Tapi bila dapat isteri yang bekerjaya, yang ada pendapatan tetap, dia still cari lain.
Ada isteri yang cantik, putih gebu, ada anak-anak yang comel pun masih nak berseronok cari perempuan lain kat luar. Kalau isteri tak pandai bergaya dia cakap macam-macam.
Haish, pening la dengan lelaki ni. Taktau apa yang dorang nak dalam hidup. Kalau kahwin sekadar nak sakitkan hati anak orang, baik tak payah kahwin. Enjoy je lah puas-puas.”
Fuhhh. Panjang lebar jugak isteri aku ni meluahkan pendapat dia. Mungkin isu ni dah lama terpendam dalam hati dia. Mungkin dia simpati ada kaum dia yang terkena dengan lelaki jenis macam ni. Aku pun dengar je. Telan air liur jugak nak jawab ni.” Kakaka.
Sebenarnya Lelaki Tak Sedar…
Aku rasa golongan macam ni golongan yang tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia ada. Ada isteri cantik, nak yang cantik lagi. Ada isteri yang baik dan bertanggungjawab, nak yang muslimah lagi.
Golongan yang selalu fokuskan apa yang mereka tak ada daripada bersyukur dengan apa yang mereka dah ada.
Mereka tak ada isteri yang cun dan berbadan kurus, pastu nak cari lain perempuan yang cantik dan kurus. Tapi mereka tak sedar, isteri mereka sekarang sangat baik dan pandai memasak.
Ingatlah, isteri kau bukan malaikat. Dia cuma manusia biasa yang punya kekurangan. Kau kahwinlah dengan sepuluh orang perempuan sekalipun, kau tak akan pernah jumpa yang sempurna.
Jadi, dalam rumah tangga ni, jangan duk cari apa yang kau takde. Tapi hargailah apa yang kau dah ada. Kalau kau nak cari kesilapan dan kekurangan pasangan kau memang jumpa lah. Tapi cuba kau terima diri pasangan kau seadanya. Kau tentu akan tenang.
Bersyukurlah kerana dikurniakan pasangan buat menemani kau sepanjang kehidupan ni. Dan kau harus lebih bersyukur jika Allah kurniakan kau zuriat bagi menyerikan lagi rumah tangga yang dibina.
Kau duk kejar apa yang kau takde, tapi dalam masa yang sama kau tak tahu ada orang yang inginkan kehidupan yang kau ada sekarang. Kah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai sebenarnya yang jenis suka simpan ubat demam lama sangat letak dalam peti, konon itu persediaan kalau anak demam secara tiba-tiba.
Persoalannya, elok ke ubat tu pada anak? Dan kalau boleh simpan pun, berapa lama tarikh yang selamat untuk diguna? Haaa… untuk elak bahaya pada kesihatan anak, baca perkongsian doktor Taufiq Razif ini.
Saya perasan kalau saya buka peti ais rumah siapa-siapa pun mesti banyak ubat demam anak-anak.
Biasanya mak ayah ni suka simpan ubat demam Panadol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM dalam peti ais. Bukan seminggu dua tapi kadang kala tu sampai berbulan-bulan pun ada.
Kenapa ye?
Tahu tak bahaya kalau kita simpan ubat demam tu lama sangat? Tahu tak botol ubat tu asalnya diisi dengan udara bersih ataupun Nitrogen di kilang sana. Udara dalam tu memang bebas kuman tapi sekali kita dah buka botol ubat demam tu, udara bersih tu akan keluar dan udara luar yang mengandungi fungi, bakteria dan wap air ni akan masuk.
Lagi satu, bila kita simpan ubat dalam peti ais proses kondensasi akan berlaku dan wap air akan terbentuk dalam botol ubat tu. Wap air tu takde bahan pengawet sepertimana ubat yang memang ada bahan pengawet jadi bakteria mudah membiak kat dalam tu.
Berapa lama je boleh simpan?
Sebenarnya tak perlu simpan pun. Bila anak demam lagi, ambil je ubat yang baru. Tu lagi selamat tapi kalau nak simpan juga jangan lebih 2 bulan ye. Lebih bahaya lagi kalau kita simpan pastu kita lupa dah berapa lama ubat tu kita simpan. Bila anak demam je terus bagi ubat lama tadi. Aduh! Bahaya!
NOTA:
Kalau suhu masih bawah 37.5 c tu tak perlu pun ubat demam. Banyakkan minum air ye. Kalau selsema sikit-sikit tu banyakkan makan buah buahan je. Belajar berjimat cermat sikit bab ubat-ubatan.
Tolong sebarkan dan ajar ilmu ni pada ibubapa kat luar sana juga ye. Saya tahu ramai ibubapa yang tak tahu tentang benda ni.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...