Tip Rajin Lipat Baju Walau Setinggi Gunung, Cari Waktu Bertenang & Bilik Tertutup

Share

Lipat baju, tak semua rajin dan suka. Silap haribulan, mahunya makan masa seminggu baru nak lipat, sampai menggunung tinggilah. Tapi, ada juga yang lepas jemur, angkat dan terus lipat. Rasa tenang hati tengok pakaian dah berlipat.

Rata-rata lipat baju antara kerja rumah yang paling malas mak-mak nak buat. Tapi tak semua, mungkin ada sesetengahnya kalau melipat baju seronok, sebaliknya nak menjemur pula malasnya. Citarasa masing-masing.

Perkongsian daripada Siti Hasiah Muhammad boleh membantu mak-mak untuk rajin  lipat baju. Baju yang bertimbun seperti gunung pun berjaya dilipat dan cantik tersusun dalam almari. Aca cara nak bagi rajin lipat baju.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Adab Jemur ‘Anak Baju’, Sidailah Tempat Tertutup, Bukan Dilihat Jiran Atau Orang Luar

Tahun Baru Mulakan Dengan MARIE KONDO, Buang Barang Tak Perlu, Rumah Lebih Teratur

Rajin Lipat Baju, Ini Tipnya

“Malasnya nak lipat kain. Antara banyak-banyak kerja rumah.
Bab yang satu ni, liat sungguh.”

Bila kain dah setinggi Everest.
Hati bersemangat waja ini membawa bakul berisi timbunan kain di hadapan kaca tv.

Dengan harapan, seronok lah dapat lipat kain sambil menonton rancangan kegemaran. Mula-mula rancak tangan melipat sama seperti rancaknya adegan drama di tv. Alih-alih, bila sampai bab konflik. Mata tajam memerhati. Tidak sedar tangan sudah berhenti. Bila habis sahaja drama.

“Aik? Belum surut lagi timbunan kain aku ni.”
Pernah jadi kan?

Ada kalanya.
Mula-mula semangat nak lipat kain.
Bila buka tv, ada pula movie yang best terus tolak ketepilah jawabnya bakul kain tu.

Beza Dulu Dan Sekarang Masa Melipat

Dulu:
Lipat kain di hadapan tv.
.

Sekarang:
Lipat kain di dalam bilik tertutup.

Dulu:
Sambil lipat kain, kepala memikirkan banyak perkara.
Fikir apa nak masak kejap lagi, fikir rumah bersepah lagi, fikir perkara yang lepas, fikir masa depan yang tidak tahu lagi bagaimana.


Banyak sangat yang kita fikir.
Kalau fikirkan perkara positif, Alhamdulillah.
Tetapi jika kita fikirkan perkara yang negatif, kita akan jadi cepat letih.
Double letih lah bila kita buat perkara yang kita tidak gemar pula (lipat kain).

Sekarang:
Cuba tumpukan sepenuh perhatian pada kain-kain yang kita lipat.
Lihat satu-satu kain itu.

Sambil lipat, kita zahirkan sekali rasa syukur.
Syukur, keluargaku mampu membeli baju-baju yang pelbagai warna dan corak.

Sambil lipat seluar anak. Syukur, anakku sempurna sifatnya.
Punya sepasang kaki yang cantik untuk menyarungkan seluar ini.

Sambil lipat baju kerja suami. Syukur, aku punya suami yang bekerja kuat mencari rezeki yang halal buat kami.

Sambil lipat baju sendiri. Syukur, baju ini yang aku teringin sangat dahulu.

Sambil lipat baju anak sulung dan anak bongsu. Ya Allah, dah besar rupanya anak-anakku. Setiap helai seluar, setiap pasang baju.

Nikmatilah dan amatilah dengan tetliti.
Perasaan lipat kain tidak akan sama lagi selepas ini.

Dulu:
Lipat kain sambil dengar radio atau tv.

Sekarang:
Jadikan waktu lipat kain ialah waktu bertenang.
Boleh pasangkan muzik instrumental yang menenangkan.
Ataupun muzik yang berfrekuensi tinggi.
Boleh juga pasangkan apa sahaja audio yang menjadi santapan rohani.

Dulu:
Lipat kain sebab nak bagi rumah kemas.
Nak bagi anak-anak senang ambil baju.
Nak bagi suami tampak segak untuk ke tempat kerja.


.

Sekarang:
Lipat kain ini adalah ibadahku.
Niatkan kerja kita melipat kain itu untuk meraih redha Allah.
Percayalah, hanya dengan merubah niat sahaja.
Kita akan rasa berbeza.

Ini sahaja tips mudah dan rasai perbezaannya.
Semoga ia bermanfaat juga untuk kalian.

4 tip bahagia melipat kain:
1. Lakukan di bilik tertutup.
2. Tumpukan sepenuh perhatian dan zahirkan rasa syukur.
3. Pasang alunan yang menenangkan.
4. Ini sebahagian ibadahku.

Selamat mencuba.

Mingguan Wanita : Betul sangat, nak melipat kena ada mood dan hari-hari tenang. Tapi kalau tengok kain bertimbun pun tak boleh jugak. Tak senang hati pula.

Sumber: Siti Hasiah Muhammad

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora