Nak tahu jadi atau tidak kek yag kita buat itu, bukan setakat tempoh membakar atau bahan yang digunakan saja. Tapi kena tengok pada ‘cantik kejadiannya’ termasuklah kek brownies yang terletak pada kedut brownies. Inilah rahsia yang perlu mak-mak tahu.
Jangan fikir, bila bahan yang digunakan sudah cukup, cara bakar dah betul , ia boleh jadi kek brownies yang sempurna. Ada rahsia nak pastikan kedut brownies itu cantik rupanya.
Perkongsian daripada Nieza Nor Hamnira ini boleh membantu mak-mak untuk hasilkan kedut brownies yang cantik. Nanti bolehlah buat niaga.
Dalam gambar, itu hasil brownies saya. Resepi sama, jenama coklat sama. Teknik buat sama. Bakar dalam oven yang sama, suhu sama, api atas bawah yang sama, loyang ia sebelah-menyebelah.
Bila dah keluar oven, satu kedut dan satu lagi tak kedut! Adoi.
Saya dah tahu puncanya kenapa satu kedut, satu tak. Dulu kata nak kasi kedut kena pakai coklat jenama, coklat premium, telur itulah, butter itu lah. Sebenarnya, bukan ye!
Rahsianya Di Sini
Rahsia untuk dapatkan kedut brownies yang cantik (guna mana-mana resepi) ialah :
Ads
1) Pukul gula dan telur hingga warna kuning telur menjadi sedikit cerah
2) Pastikan cairan coklat yang didouble-boil TIDAK SEJUK @ MASIH PANAS hingga ia menjadi likat. Ia harus cair berkilat. Sebaiknya, selepas double boil, terus pukul telur & gula, terus masukkan cairan coklat, kacau sebati dan kemudian masukkan tepung.
Tiada perubahan dari segi pembakaran oven atau apa-apa selain kedua di atas.
Telur dan gula pukul hingga sedikit krim, cairan coklat TIDAK SEJUK @ MASIH PANAS.
Jenama coklat tak kisah apa pun, mahal murah bukan itu penyebab tiada kedut.
Ads
Semoga bermanfaat, selamat mendapat kedutan yang cantik! Selamat mencuba.
Nota : MASIH PANAS maksudnya dibiarkan sekejap setelah dipanaskan
#cikgukekrugged
MW: Kalau dah cantik, barulah ada selera nak makan kan. Anak-anak pun mesti suka.
Kuih Kerbau Guling satu nama yang cukup tular suatu ketika dulu setiap kali kedatangan Ramadan. Sehinggakan, peniaga mampu menjual 500 loyang dalam sehari. Kuih yang berasal dari Narathiwat, Thailand itu merupakan tarikan utama yang sering menjadi kegemaran untuk kami yang tinggal di Rantau Panjang. Terutamanya pada bulan puasa.
Memang kalau setiap kali balik ke kampung di Rantau Panjang, saya tak ketinggalan untuk membeli kuih ini dan juga pilihan kuih lain yang dijual oleh peniaga, Wan Suriana Wan Ali.
Memang pilihan kuih yang dijual selain kerbau guling semuanya sedap-sedap belaka. Buah Tanjung, Jala Emas, Pulut Kaya, Tepung Bungkus dan banyak lagi sering menjadi pilihan sayasetiap kali membeli kuih muih di gerai ini.
Yang seronoknya walaupun bukan bulan Ramadan kami masih dapat makan kuih-muih ini. Masih saya ingat lagi, dahulu ketika arwah ayah Wan Suriana yang meniaga hanya menggunakan gerai kecil yang diletakkan berhampiran stesen minyak Caltex di Rantau Panjang. Orangnya cukup ramah dan masih mengenali kami anak-anak perantau yang jarang-jarang sekali pulang.
Tapi rasanya setelah tular, tempat mereka berniaga dipindahkan ke kawasan Masjid Beijing di Rantau Panjang. Maklumlah tak dapat nak menampung pelanggan yang sangat ramai di kawasan yang lama.
Laku Keras Jualan Berniaga 500 Loyang Sehari
Dulu-dulu kami semua tak panggil nama kuih ni dengan gelaran Kerbau Guling, ia lebih dikenali dengan dengan kuih hitam ataupun koleh hitam. Mungkin disebabkan namanya yang unik dan rasanya yang sedap ia terus menjadi tular di internet. Itulah kuasa viral kan? Dan mungkin juga sudah rezeki keluarga ini setelah sekian lama berniaga iaitu lebih dari 30 tahun.
Tahun 2018 bagaikan satu fenomena luar biasa untuk Wan Suriana dan keluarganya apabila kuih mereka laku keras dan dijual laris sehingga 500 loyang setiap hari.
Sungguhlah rezeki itu tak pernah salah alamat, rajin berusaha, ikhlas dalam setiap perniagaan dan pekerjaan yang dibuat, siapa sangka, kuih yang dahulu biasa-biasa sahaja dan hanya dikenali oleh penduduk setempat kini tular dan terkenal seluruh Malaysia.
Malah ketika pulang ke kampung beraya baru-baru ini, ada saudara dari Pattani, Thailand turut menyatakan bahawa kuih tersebut turut tular dikalangan penduduk Islam di Selatan Thai.
Tekstur Kuih Kerbau Guling Yang Unik
Khabarnya pada bulan Ramadan yang lalu (ketika artikel dimuat naik pada Julai 2018), kuih tersebut turut diterbangkan ke beberapa tempat di seluruh Malaysia. Tapi bila ditanya tentang rasanya saya dapat banyak respon, biasalah kan selera orang semuanya berlainan.
Bagi saya sendiri pula kuih ini memang punya keunikan yang tersendiri disamping teksturnya yang lembut dan rasanya yang sedap. Sebelum pulang ke ibu kota untuk bekerja baru-baru ini sempatlah juga kami tapau bawa balik seloyang.
Pada awalnya dikhabarkan Wan Suriana hendak cuti sebulan kerana penat bertungkus lumus pada Ramadan yang lalu, tapi atas permintaan ramai, Kuih Kerbau Guling dijual kepada ejen-ejen tertentu itupun atas permintaan sahaja pada musim perayaan.
Tapi secara peribadi, saya rasa makan di kampung lebih padu dan keenakkannya lain daripada yang kami bawa balik ke Kuala Lumpur. Jadi bagi yang berjalan ke Kelantan dan nak rasa sendiri kesedapan kuih-kuih yang dijual oleh Wan Suriana dan keluarga mereka, jangan lupa singgah ke Rantau Panjang.
Sambil Shopping boleh makan kuih Kerbau Guling yang viral dan juga makanan lain seperti lokcing, pulut ayam, mee celup dan banyak lagi. Memang Awesome!
Webinar PERCUMA Untuk Anda Belajar Berniaga Dari Rumah
Mingguan Wanita akan mengadakan Webinar Bangkit Wanita secara PERCUMA. Anda yang berminat boleh pilih mendaftar di mana-mana webinar pilihan masing-masing. Klik link untuk info selanjutnya :
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali handal memasak di dapur. Pelbagai hidangan disediakan sehingga terhasil lah buku masakan daripada baginda sendiri bertajuk “Air Tangan Tengku Puan Pahang”. Ramai yang teruja dan teringin merasa air tangan baginda.
Menerusi perkongsian oleh Makcik Ratu, Stew Ayam ini merupakan salah satu resipi asal daripada Tunku Hajah Azizah Aminah sendiri. Ketika baginda masih bergelar Tengku Puan Pahang. Cukup sedap dinikmati bersama roti bawang putih.
“Stew Ayam Cara Tengku Puan Pahang Resepi ni asalnya daripada Tunku Hajah Azizah Aminah.Rugi la kalau tak cuba.. sedap ni tau.”
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam – potong ikut suka
2 – 3 sudu besar tepung gandum
Sedikit kicap
1sdb lada hitam – tumbuk kasar
Garam dan serbuk perasa
5 biji ubi kentang – dipotong 4
1 batang karot – potong besar
1 biji bawang besar – potong 4
1 tin button mushroom potong 2 dalam tin
Bahan Tumis: (hiris nipis)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cara Membuat:
1. Tumis bahan penumis termasuk bawang serta halia yang dihiris nipis hingga wangi. Masukkan tepung gandum dan digoreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak.
2. Masukkan ayam dan ubi kentang, karot, bawang besar dan dikacau rata. Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Masak sehingga kentang empuk. Akhir masuk button mushroom.
3.Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur daun sup dan bawang goreng. Hidangkan.
Garlic Bread
Sapuan GARLIC BREAD…
Roti apa-apa pun boleh
Roti Peranchis
Roti Burger
Roti Hot Dog
Roti Gardenia
Bahan-Bahan:
Setengah buku unsalted butter
5 ulas bawang putih dihiris halus-halus
Beberapa helai daun parsley dihiris halus-halus
Cara Membuat:
Campurkan ketiga-tiga bahan sehingga sebati.
Sapu ke atas roti, bakar roti dalam oven/ atas pan/ bakar dalam toaster pun senang.
Aku masih ingat lagi pesanan nenek aku bila kali pertama aku period. Katanya, cik Intan sekarang dah dewasa, dah jadi wanita sejati. Jadi, kenalah jaga diri. Mulai sekarang kena pakai bra yang sesuai agar payudara dapat dilindungi dan dijaga.
Banyak lagi pesanan nenek, suruh skrub badan lah jaga rambut la. Blah2 banyak tul petua yang diturunkan agar aku menjaga kecantikan serta kesihatan. Antara yang paling nenek aku ambil berat penjagaan aset wanita ini. Katanya, orang perempuan mesti jaga aset yang satu ni.
Bukan sahaja untuk pastikan aset wanita ini anjal dan mantap malah jika amalkan penjagaan yang tepat, insya-Allah tiadalah penyakit yang merbahaya. So sejak itu memang aku spend duit beli bra yang mahal.
Aku pilih tali bra yang besar dan cup yang ada besi agar boleh support payudara dengan sempurna. Cara pakai bra pun kena betul tau, pastikan payudara korang ‘masuk’ sempurna di dalam cup agar terletak. Angkat kedua belah tangan di atas, jika bahagian bawah bra terangkat itu maknanya bra tersebut tidak sesuai.
Pastikan bra terletak sempurna dan kita berasa selesa. Jangan pakai bra terlalu ketat. Ketika tidur, elakkan memakai bra agar aset kita ini dapat berehat dan bernafas. Ketika cuaca panas, elakkan pakai bra warna hitam kerana warna gelap menyerap haba dan membuatkan kita kurang selesa. Memang kelakar bunyinya tapi perkara basic inilah yang orang perempuan selalu buat silap.
Nenek aku juga pesan buat senaman dan lakukan urutan payudara terutama ketika mandi. Buihkan mandian, urut secara menaik. Urutan ini akan membantu melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan berlaku ketulan. Jika terasa kelainan atau berasa sakit, cepat-cepatlah jumpa doktor untuk lakukan pemeriksaan lanjut.
Pesanan nenek yang paling daring, jagalah payudara dengan sebaik-baiknya. JANGAN SAMPAI BOLEH LASTIK LALAT. Makan dalam kan huh u. Ye lah kalau tidak jaga dengan betul, payudara jadi kendur. So kepada wanita di luar sana, jaga lah payudara kita dengan baik ye. Minggu ini aku kongsikan petua tradisi nenek aku untuk mantapkan payudara. Moh kita cuba.
4 Cara Miliki Payudara Menggoda
1. Kacang Hijau Menegangkan
Kacang hijau kaya dengan pelbagai khasiat, ia membantu mengatasi masalah kulit kasar dan menghilangkan daki pada tubuh di samping menghaluskan kulit. Selain itu, kacang hijau juga dikatakan mampu menegangkan kembali payudara yang kendur. Caranya mudah sahaja, anda perlu merendam kacang hijau semalaman dalam air putih. Keesokannya, rebus kacang hingga lembut. Biarkan seketika sehingga kacang suam, kemudian tempekkan pada seluruh payudara kecuali bahagian puting. Biarkan sehingga masker ini kering. Selepas itu, cuci dengan air suam. Hasilnya payudara akan kembali tegang dan menarik. Lakukan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
2. Manfaat Masker Putih Telur
Putih telur mudah didapati di dapur, kos juga sangat murah. Manfaatkan sepenuhnya putih telur untuk kecantikan. Jadikan putih telur sebagai masker, sapu pada seluruh payudara kecuali bahagian putih. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air suam. Payudara akan berasa tegang dan kulit menjadi lebih licin. Amalkan tiga kali seminggu.
3. Labu Atasi Payudara Kendur
Labu mempunyai khasiat yang sangat hebat untuk menganjalkan kulit terutama di bahagian payudara. Kupas setengah biji labu, masak sehingga lembik. Ramas labu ketika suam, kemudian sapukan pada seluruh payudara. Biarkan selama 20 hingga 30 minit, kemudian bilas dengan air putih. Amalkan petua ini dua kali seminggu untuk mendapatkan aset wanita yang gebu dan tegang.
4. Lebih Padat
Jika tidak pandai menjaga aset wanita, bahagian tubuh ini akan mengecil dan tidak lagi menarik. Anda masih belum terlambat untuk menjaga payudara, caranya mudah sahaja campurkan yogurt asli, putih telur dan minyak Vitamin E, kacau sehingga sebati. Kemudian sapukan pada seluruh payudara sambil mengurut dari bawah ke atas. Kombinasi urutan dan bahan-bahan tersebut membantu melancarkan payudara dan membuatkan kulit lebih licin dan payudara menjadi padat. Selepas urutan, pakai bra selama lebih kurang 20 ke 30minit. Selepas itu, bilas dengan air putih. Lakukan sekerap mungkin, anda akan berpuas hati dengan hasilnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...