Tip Pilih, Cara Ukur Masa Nak Beli Bra, Rahsia ‘Aset’ Nampak Cantik Terletak.
Setiap wanita mempunyai saiz dan jenis payudara yang berbeza. Memilih bra bukan sekadar cantik pada pandangan mata. Faktor utama yang perlu diambil kira ketika memilih bra adalah ukuran yang tepat serta keselesaan.
Sebenarnya masih ramai melakukan kesalahan ketika memilih bra yang sesuai dan selesa walaupun telah meningkat usia. Kesannya ‘aset’ anda lari bentuknya.
Bagi wanita selepas bersalin, ukuran aset anda juga akan berubah. Maka sebab itulah pentingnya anda memilih bra dengan saiz yang betul. Pernahkah anda mengalami kesukaran dalam memilih bra?
Buat wanita yang telah bergelar ibu amat penting untuk anda memilih dan memakai bra yang betul. Ini bagi memastikan agar aset anda akan kelihatan ‘elok terletak.’ Tentu anda tidak mahu aset anda yang satu ini nampak ‘jatuh’ bukan?
Berikut dikongsikan tip bagi memudahkan anda memilih bra yang tepat.
Ads
CARA UKUR SAIZ BRA MENGGUNAKAN PITA UKUR
Anda boleh mengukur saiz bra sendiri di rumah dengan mengambil dua ukuran yang dinyatakan sebelum ini dengan pita ukur.
1. UKUR LILIT BAJU DALAM
Ukur (inci) kawasan pinggang yang terletak betul-betul di bawah lilitan bra anda, bahagian bawah dada. Pastikan anda menarik pita pengukur dengan ketat tetapi jangan terlalu ketat.
2. UKUR SAIZ CUP
Kemudian, ukur di sekeliling badan pada bahagian payudara (di mana puting anda berada). Juga jangan terlalu ketat, cukup pastikan ia tidak terlalu longgar. Catat ukuran dalam inci.
3. KEPUTUSAN (A, B, C ATAU D)
Sebaik sahaja anda mempunyai dua nombor, anda perlu mencari perbezaan antara mereka untuk menentukan saiz cup anda. Saiz cup tolak saiz ukur lilit, perbezaan yang dicatatkan adalah saiz cup anda.
Ads
*Jika saiz cup sama dengan saiz ukur lilit, anda adalah cawan A.
*Jika saiz cup 1 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan B.
*Jika saiz cup 2 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan C.
*Jika saiz cup 3 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan D.
*Jika saiz cup 4 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan DD.
*Jika saiz cup adalah 5 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan E.
*Dan sebagainya.
Ukuran ini adalah titik permulaan sahaja. Anda mungkin perlu mencuba banyak bra untuk mencari yang sesuai.
TIP MEMILIH BRA
1. Pastikan jalur memanjang di sekeliling belakang anda berasa tegang tetapi tidak terlalu ketat kerana ia merupakan sumber sokongan utama daripada bra anda. Kebanyakan sokongan harus datang dari jalur bra bukan tali bra.
Pemilihan bra yang salah, akan membuatkan anda berasa sangat tidak selesa dan akan menyebabkan bonjolan atau tanda yang tidak sedap dipandang.
Ads
2. Jika cup pada bra kelihatan berkedut atau mempunyai ruang di bawah lengan, kemungkinan saiz cawan terlalu besar untuk anda. Manakala sebaliknya, jika isi di bawah lengan atau bahagian atas cup bra membonjol, itu tandanya bra yang anda pakai terlalu kecil.
3. Kalau anda memakai bra berwayar, jalur bawah di bra harus diletakkan dengan kemas pada sangkar rusuk dan harus duduk tepat di antara payudara anda untuk memberikan ruang pemisahan dan sokongan yang baik.
4. Cuba pasangkan bra pada cangkuk tengah untuk memberi banyak ruang pelarasan, kerana badan anda mungkin berubah.
5. Jangan lupa untuk melaraskan tali bra untuk mencari kedudukan yang paling selesa.
Anda sudah pun tahu cara mengukur dan memilih bra yang betul bukan? Jadi selepas ini tiada lagi masalah untuk membeli bra. Tiada lagi masalah beli bra tapi tak selesa dipakai!
Mak-mak yang menanam pokok, berkebun secara suka-suka mahupun komersial tentu berdepan dengan masalah serangan serangga perosak pada tanaman. Rupanya daun neem ini amat berkuasa untuk menjauhkan serangga perosak dari tanaman.
Sebab itu, serangga perosak perlu dikawal kehadirannya. Ada bermacam cara misalnya penggunaan racun serangga. Sebaiknya gunakan racun serangga yang organik, kerana makanan yang kita makan kelak bebas bahan kimia.
Wanita tani ini, Nurwahidah Hambali berkongsi panduan penyediaan ramuan herba terbaik menghasilkan kawalan organik untuk mencegah serangan serangga perosak seperti ulat ratus, white fly, aphids, mites dan pelbagai lagi.
“Daun neem sangat terkenal di negara India sebagai baja dan kawalan organik. Saya menggunakan daun neem untuk kawalan ulat. Sangat berkesan.”
“Dan dalam adunan produk organik saya akan akan masukkan daun neem sebagai salah satu formulasi yang terbaik.”
Penyediaan Kawalan Serangga Daun Neem Secara Segar
1 kg daun neem
1 liter air
√ Rendam semalaman √ Bancuh 200ml untuk 20 liter air dan sembur pokok.
Cara Penyediaan Untuk Simpan Lama
1kg daun neem
1kg gula merah
1 liter air beras
√ Peram daun neem dan gula merah selama 10 hari. √ Lepas tu campur air basuhan beras yang telah diperam 3 hari. √ Peram lagi selama 20 hari.
Mak ayah meraikan hari lahir orang tersayang itu akan menambah lagi rasa kasih yang mendalam. Biar pun bajet cuma kecil-kecilan, sebenarnya parti kejutan masih boleh dilaksanakan.
Inilah yang dilakukan oleh Hayati Daud untuk meraikan majlis hari jadi teman kesayangannya. Dan idea yang dikongsikan ini boleh diambil oleh mak ayah untuk meraikan majlis hari lahir anak-anak.
Sebab bukanlah besar pun bajet yang diperlukan. Yang penting majlis berjalan, hati yang dirai dan tetamu jadi riang.
Kata Hayati (Kak Tee), event memang jadi kegilaannya. Dan merancang sebuah kejutan untuk hari lahir sahabatnya, Syira tidaklah sukar untuk dilaksanakan.
Ini Cara Buat Parti Kejutan Bajet Bawah RM100
Rakan sekalian, meh Kak Tee kongsikan tip yang boleh dijadikan panduan.
1. Kenal Pasti Kesukaannya
Kak Tee dimaklumkan Syira suka transformers. Hmmm, girl suka permainan budak lelaki. Menarik!
2. Jadikan Kesukaan Itu Sebagai Tema
Ya, apabila dah ada tema, maka kita akan tahu nak deko macam mana nanti.
3. Masa, Buat Sepantas Mungkin
Masa agak suntuk. Pagi tu baru nak fikir, pukul 3 pm nak buat majlis. Dengan nak berpakat bersama team lain lagi. Buat segalanya sepantas mungkin. Cabaran! Alhamdulillah, semuanya siap kurang daripada 2 jam.
4. Dekorasi Ringkas Tapi Jelas
Bayangan dan lakaran itu perlu. Kak Tee terangkan kepada team. Lukis di papan putih. Atas meja bagaimana. Backdrop macam mana. Ringkas tapi jelas.
5. Bajet Bawah RM100
Tak sampai rm100 pun. Siap dengan kek dan jajan tau. Namun kesannya masuk sampai ke jiwa. Gambar di backdrop print dengan kertas A4 saja. Pelilit di kepala tu pun daripada A4. Buatlah sekreatif mungkin.
6. Masa Untuk Kejutan
Dah siap semua, buatlah alasan apa pun agar dia tak perasan kita ada buat sesuatu untuknya.
Semua team dah berkumpul di lokasi.
Lagu dah siap sedia untuk dimainkan.
Apabila dia masuk, taraaaaaaaa!!!!
“Happy Birthday, Syira Syirioo Moga Allah kurniakan segala kebaikan buatmu.”
Dia nak nangis tadi.
Eh, kita pun tersedih jugak!
Sobs…
MW : Haa.. mudah sajakan sebenarnya nak rancang dan realisasikan sebuah majlis kejutan hari lahir untuk teman itu. Kalau buat untuk anak-anak lagilah mudah mak ayah. Bolehlah dicuba.
Bagus betul ibu ini, persediaan travel kit anak-anak bila mak ayah nak berjalan jauh itu dibuat dengan cukup rapi dan teliti. Sampai boleh jadi panduan untuk mak ayah yang lain pula.
MW tertarik betul dengan perkongsian ibu anak tiga, Hazirah Maulana ini. Rasa rugi bila tak kongsi dengan pembaca.
Tulisnya, “Esok dady dah start cuti panjang. Nak bawa anak anak berjalan. Ni la item paling penting bila tiap kali travel.”
Anak Demam Panas Masa Travel, Tapi Satu Travel Kit Pun Tak Sedia
Kata ibu ini lagi, “Pernah pengalaman time travel, anak demam panas tapi satu pun tak prepare. Sejak tu terus belajar dari pengalaman.”
“Bukan apa, kadang kadang kita ni tak boleh nak elak dan tak expect anak tetibe demam, batuk, selsema dan sebagainya.”
“Nak nak kalau insiden tu berlaku tengah-tengah malam, atau pun time kita pergi travel jauh-jauh. Nak cari ubat-ubat ni, bukan boleh main beli je, especially bayi.”
“Kalau ada yang nak tengok checklist boleh refer gambar. Ada description untuk setiap gambar.”
Senarai Lengkap Travel Kit Anak-anak, Persediaan Awal Tu Penting!
Ni item must have yang ada dalam medical kit anak anak saya.
Termometer paling penting. Sebelum ke mana-mana mesti make sure termometer ni berfungsi.
Kool fever berfungsi untuk meredakan demam anak.
Ubat demam.
Picagari.
Jerslin oil. Ni item penting sangat. Jerslin oil ni minyak serbaguna. sangat membantu kalau anak ada terkena sebarang gigitan serangga, luka luka atau apa sahaja. Kalau anak demam saya just sapukan jerslin oil ni di kepala, ketiak dan badan. Demam anak anak cepat kebah. Kalau luka plak, dia akan jadi cepat kering.
Sanitizer ni saya guna untuk sembur pada kawasan luka supaya bakteria tak membiak.
Minyak gamat.
Dettol. Anak anak kerap terkena sakit kat kulit. Kalau agak agak dah start tu saya akan titikkan pada besen mandian dan mandikan anak-anak guna antiseptic ni.
Plaster untuk luka.
Hand sanitizer.
Ini sangat berguna untuk halau nyamuk atau serangga. Just lekat je kat badan anak.
Persediaan Ubat-ubatan Anak
Ni khas untuk anak-anak bila diorang terkena luka atau eczema firas menyerang.
Ubat batuk mama dengn dady dia nak tumpang. Untuk baby dan bawah 6 tahun saya akan sapukan balm tasneem yang dalam skincare kit tu. Balm tasneem CF rub membantu melegakan demam, batuk dan selsema anak-anak.
Elektronik Nasal aspirator sangat membantu untuk sedut hingus anak anak. Saya suka sangat sebab mudah. Anak-anak selalu bila selsema diorang akan guna sendiri. Just tekan button dan siap ada lagu-lagu lagi.
Lotion lotion dan rutin setiap kali lepas mandi.
1) Balm tasneem sangat serasi untuk anak anak saya Sleep time: membantu mood tidur CF Rub: membantu melegakan batuk, selesema T Rub : melegakan kembung perut dan sembelit Calm time: membantu anak-anak bila dia sedang meragam 2) Minyak zaitun untuk sapu pada rambut anak-anak.
Supplement untuk Ayra dan Firas Brown rice powder untuk Damia. Just bancuh je dengn air dan boleh terus makan.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...