Waktu Puan Nurkhairun Amrina Ahmad Kamal, 31 berkongsi status anak kecilnya mengalami jangkitan virus HFMD (penyakit tangan, kaki dan mulut) dia syak puncanya dari baby chair (rujuk gambar).
Sebab sebaik pulang, keesokan hari anak kecilnya, Airil Hasiyf Bin Hamdanawal, setahun diserang demam.
Bila dikenang-kenang, tersedarlah ibu muda ini akan kesilapannya yang tidak membawa ‘baby wipes’ pada malam itu.
“Kerusi tu pun tak nampak kotor. So, tak adalah nak lap-lap.” Biasalah mak-mak, selagi tak terkena selagi itu tak ambil langkah berjaga-jaga. Tak beringat kata orang.
Keluarga Puan Nurkhairun Amrina Ahmad Kamal.
Rentetan anaknya yang disahkan alami virus HFMD itulah, ibu ini mula lebih prihatin dengan kebersihan persekitarannya.
“Selepas ini mama dah standby segala protection before and after. Duduk kat mana-mana kena lap dulu sampai habis bersih.
“Biarlah orang kata pulun pun. Yang nak menjaga anak tak sihat tu nanti kita juga.”
Pengalaman lima hari menjaga anaknya yang dijangkiti virus HFMD dikongsikan dalam bentuk bergambar. Info itu berguna, sebabnya boleh bantu mak-mak yang mungkin sedang berhadapan situasi yang sama.
Dicatatkan juga tip penjagaan anak yang diserang virus HFMD. Lagi-lagi demam virus ini bukan jenis yang biasa-biasa. Kena extra bersih dan banyak do’s and don’ts yang ibu perlu ikut.
Nota: Alhamdulillah masa saya share ni anak saya dah sihat pun. Lepas seminggu dah kering semua biji-biji kat kulit tu. Saya just sapu VCO n bagi dia minum vco. Memang cepat baik.
5 Hari Jangkitan Virus HFMD, Ini Tandanya
Kadangkala mak ayah tak faham sangat macam mana nak tahu tanda anak kita dah kena virus HFMD ini. Haa.. penerangan bergambar di bawah harap membantu.
Ads
Kalau anak ada tanda-tanda macam ini, mak ayah cepat-cepatlah bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan ya.
Petanda Pertama
Demam dengan suhu 38.6 darjah celsius.
Pastu nampak naik biji-biji macam ni kat lengan.
Day 2
Biji-biji dah jadi macam blister (melepuh) dan makin banyak.
Air liur asyik meleleh je. Pastu ada juga biji-biji kat area mulut. Mama syak masa ni mesti ada biji-biji kat tekak juga. Malam tu demam lagi.
Day 3
Dah naik kat lutut. Siku sikit-sikit macam ni je. Kat area nappy pun ada.
Day 4
Dah mula naik kat tangan kaki dan jari jemari.
Ads
Jari favourite dia hisap tu pun ada bintik merah.
Kat siku dah banyak.
Port Paling banyak kat lutut.
Day 5
Blister dah mula surut.
Ads
7 Tip Menjaga Dan Rawat Anak Kena Jangkitan Virus HFMD
(Ikut Pengalaman Peribadi Puan Nurkhairun Amrina)
1. Duduk Rumah, Jangan Nak Keluar Pergi Mana-mana
Kalau dah musim HFMD, avoid pergi play area. HFMD ni wajib kuarantin. Kuarantin ni maksudnya duduk di rumah. Saya kuarantin anak. Memang duduk dalam rumah je.
2. Wajib Pergi Klinik
Pergi klinik minta pengesahan doktor untuk sahkan anak kena HFMD.
3. Sibuk Mana Pun Kita, Jangan Hantar Anak-anak Ke Taska/Sekolah
Langsung tak boleh hantar anak ke taska/sekolah. Keluar pergi makan, pergi playground, pergi jalan-jalan, supermarket, shopping mall semua tak boleh. Sebab HFMD mudah berjangkit dari sentuhan.
Dalam masa 3 hari itu juga abang dengan kakaknya tak pergi taska/sekolah. Mereka sama-sama kena kuarantin.
Mesti bawa pergi mana pun wipes, anticeptic dan sanitizer.
4. Standy Bahan Penting Ini
Buat parents yang lain pun, make sure standby dalam handbag antibacterial wipes/spray atau dettol anticeptic, sanitizer ke.. Bawa je pergi mana-mana pun.
Tapi kalau dah kena juga, tak bolehlah nak tolak takdir. Redha dan kuarantin sampai anak betul-betul sihat.
5. Elakkan Kongsi Sudu, Cawan etc
Elakkan berkongsi sudu, makanan, cawan, botol air dengan abang atau kakak dia. Malah mak dan ayah sekali pun tak boleh berkongsi.
6. Cuci Tangan Dengan Sabun
Cuci tangan setiap isi rumah dengan sabun setiap masa. Sapu hand sanitizer.
Untuk anak yang HFMD tu saya mandikan 3 kali sehari. Sabun. Lepas mandi lap.
7. Berikan Juga VCO
Lepas mandi, saya sapu dengan Virgin Coconut Oil (minyak kelapa dara). Bagi dia minum 1 sudu VCO untuk kuatkan antibodinya.
Fahami Apa Itu Virus HFMD
Sumber/Foto : Facebook Amrina Meena
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap pasangan suami isteri pastinya ada cara tersendiri dalam memberi nama pada setiap kelahiran anak. Kreativiti dan keunikan nama yang boleh memberi kelainan tersendiri dalam keluarga.
Guna 4 Abjad
Sepasang suami isteri di Belgium menamakan kesemua 11 anak mereka hanya dengan menggunakan empat abjad yang diubah suai secara berbeza, lapor akhbar The Sun semalam.
Gwenny Blanckaert and Marino Vaneeno hanya menggunakan abjad a, e, l dan x dalam kesemua nama anak-anak mereka yang terdiri daripada tujuh perempuan dan empat lelaki.
Anak sulung mereka yang berusia 13 tahun bernama Alex, dan diikuti dengan Axel, 12; Xela, 11; Lexa, 10; Xael, 9; Xeal, 8; Exla, 5; Leax, 4; Xale, 2; Elax, 1 dan Alxe, enam bulan.
Sasarkan 12 Anak
Mereka juga dijangka menimang cahaya mata yang ke-12 pada April tahun depan.
“Kami menamakan anak sulung sebagai Alex bersempena dengan nama bapa tiri Vaneeno kerana berasakan ia adalah nama yang indah.
“Anak kedua kami kemudiannya dinamakan Axel sebelum kami mula ‘bermain’ dengan empat abjad tersebut untuk menamakan anak-anak yang lain,” kata Blanckaert.
Tambahnya, selepas melahirkan anak ke-12 pada tahun depan, dia dan suaminya berhasrat untuk tidak lagi mempunyai anak yang lain.
“Sejak awal lagi kami telah menetapkan sasaran untuk memiliki 12 orang anak. Apabila kami duduk di sekeliling meja bersama 12 orang anak, ia bererti keluarga ini telah lengkap,” ujar Blanckaert.
Cerita kena tipu ini bukan hari ini je jadi dekat kawan-kawan terdekat, saudara mara malah diri sendiri. Banyak kali termasuklah cerita doktor gigi palsu yang belajar dari Youtube. Tak masuk lagi kisah penahanan Boy Iman ekoran skandal penipuan penjualan projek banglo mini. Ini termasuklah penipuan emas khazanah bangsa.
Kalau dihitung penipuan ini jumlahnya beribu. Hasil yang mereka kaut pun mahu cecah billion ringgit. Itu baru kira penipuan melibatkan rakyat Malaysia sendiri. Belum masuk bangsa asing dengan tawaran palsu hadiah kemenangan oleh syarikat SHELL, PETRONAS yang kononnya berjumlah puluhan ribu ringgit. Penipuan paling tak masuk akal; emel dari orang kaya luar negara yang cari pewaris dan andalah pewaris itu.
Cuba semak sebab-sebab kenapa orang kita masih mudah kena tipu, terutama pada perkara-perkara yang tak sepatutnya.
1. Naluri Nak Kaya Terlalu Kuat
Dalam diri setiap manusia itu memang ada ‘instinct’ nak cepat jadi kaya. Tapi tak nak usaha. Sebab itu mudah untuk orang ambil kesempatan. Cuma perlu lobi sikit, labur ratusan ringgit dan dalam tempoh 3 tahun akan beranaklah duit tu jadi puluhan ribu-ribu ringgit. ‘Sambil-sambil duduk pun duit masyuk’. Bulan pertama kita dah dapat pulangan. Kita pun cananglah keseronokan.
Langsung membayangkan 3 tahun dapat title jutawan segera. Rupanya dalam tempoh itu, penipu dah perdayakan orang lain pula. Tanpa sedar juga, keseronokan yang kita canang dijadikan subjek untuk penipu perdayakan mangsa.
2. Tak Ada Sikap Menyelidik
Sikap terlalu percaya pada satu-satu info itu pun bahaya. Sebab itulah dalam mencari satu hadis yang sahih, sanad itu amat dipelihara. Begitulah dalam kita menerima satu-satu maklumat berkaitan pelaburan atau apa saja. Cari info yang tepat mengenainya. Maklumat memang mudah dicari dalam google. Carilah dalam tu. Apa pun sebaiknya cari pihak yang ada authority. Misalnya rujuk pada Bank Negara atau persatuan-persatuan pengguna untuk tahu kewujudan dan kesahihan satu-satu perkhidmatan atau pelaburan yang ditawarkan.
3. Budaya Gossip Dah Tak Terbendung
Salah satu perkara yang membuatkan orang Malaysia ini mudah terpedaya adalah budaya gossip. Bila gossip jadi tular, ia makin parah. Contohnya, dalam satu-satu jualan murah, cepat saja berita itu tersebar. Masing-masing berebut mahu memiliki.
Samalah dengan kes-kes pelaburan emas scammer. Bila kawan-kawan berkongsi betapa seronok dan mudahnya dapat duit dengan pelaburan emas, kita yang ada sikit-sikit duit ini pun tak sabar-sabar nak melabur. Tapi sekejap sajalah untungnya. Lepas sebulan duit pun lebur. Tapi yang peliknya, ada lagi tu mangsa-mangsa lain yang nak melabur dalam skim yang sama. Memang hairan.. budaya gossiplah tu.
4. Kawan Makan Kawan
Orang kita ini memang kalau dah berkawan, setia sampai hujung nyawa. Padahal anak-anak dah nampak yang pelaburan dia nak masuk tu ada kepincangannya. Tapi tetap juga percaya. Sebab tak mungkin kawan baik mengkhianati kawan sendiri?. Tak mungkin ‘orang terkenal’ akan menipu? Walhal hati manusia ini siapalah yang boleh baca. Kadang kat luaran nampak baik, tapi dalam hati ular berbisa.
5. Baik Sangat Sampai Orang Boleh Baca Kelemahan Kita
Jadi orang jujur itu memang sikap yang terpuji. Tapi terlalu lurus bahaya juga untuk diri sendiri. Bukan kita tak perasan, yang kita dah kena tipu. Tapi disebabkan keyakinan ‘tak mungkin orang ini menipu’ atau ‘nak bagi peluang’ itulah yang membuatkan penipu terus saja berleluasa. Tak terbendung. Sebabnya kita juga yang bagi peluang dan tunjuk jalannya.
6. Tak Ada Sikap Curiga
Sebab itu jangan percaya dengan janji manis bulan bintang orang yang kita baru kenal. Sesekali kena ada perasaan curiga. Kalau was-was, minta orang itu tunjukkan kad pengenalan dirinya. Ambil siap-siap no. kad pengenalan dia. Kalau dia jujur, dia akan beri. Sebab perkara paling ditakuti scammer adalah apabila kita dapat kesan no kad pengenalan mereka. Jangan kad pengenalan pun dia palsukan sudah. Masak juga kita dibuatnya.
Kalau ikutkan banyak lagi sebab-sebab kenapa kes-kes penipuan masih tak mahunya lenyap dari muka bumi ini. Mak-mak pun kenalah sentiasa ambil langkah berjaga-jaga.
Bukan sebab nak takutkan mak-mak, cuma sebagai wanita kena sentiasa bijak dan alert dengan apa juga perkara yang jadi di sekeliling kita. Lagipun, nak cari duit ini bukannya senang. Nak simpan walau seratus dua pun kadang makan bulan. Bila hilang tanpa restu kita, tuhan saja yang tahu sakitnya hati ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Masa berlalu tanpa kita sedari, sedar tak sedar anak semakin membesar sedangkan masa bersama mereka dihitung hanya berapa lama saja. Sebabnya, mak ayah sibuk bekerja siang malam mencari duit untuk membesarkan mereka.
Memang betul, mak ayah cari duit dengan harapan, mak ayah tebus apa yang anak inginkan masa kecil yang tidak mampu ditunaikan waktu itu.
Jangan salah tafsir, wang ringgit memang boleh dicari tapi momen indah masa anak masih kecil terus berlalu dan tidak akan berulang lagi. Sebab itu, ciptalah momen indah dengan anak-anak.
Mereka bukannya perlukan wang ringgit atau macam-macam tapi dia mahukan masa bersama, main bersama untuk dikenang sampai bila-bila seperti yang dikatakan oleh Dr Salehuddin Sulaiman ini.
Terutama ketika mereka masih membesar. Zaman preschool dan zaman sekolah rendah.
Luangkan masa untuk mereka. Banyak benda boleh buat.
Camping di luar rumah
Tonton bola sepak di stadium
Naik basikal bersama-sama
Berpiknik tepi sungai/ pantai/ paya/ parit.
Tangkap belalang, katak, ikan, anak berudu
Maybe ada yang fikir : saya kerja keras, buat OT, kejar nak naik pangkat, buat 2nd job. Semua ni untuk anak-anak saya.
‘Bila saya dah berjaya, saya akan bawa anak-anak melancong ke luar negara (maybe anak-anak time tu dah ‘besar panjang’)’
Percayalah, anak-anak hanya mahukan masa dengan kita. Aktiviti yang nampak remeh, tapi itulah yang akan mereka ingat sampai bila-bila.
Bukan aktiviti tu yang penting, tapi keberadaan kita itu yang penting.
Terasa hiba bila melihat ada parents yang “cuba nak buat something kepada anak mereka untuk tebus ‘negligence’ mereka di masa lampau”.
Mingguan Wanita : Semua yang berlaku hanya sekali. Jangan sia-siakan waktu anak-anak sedang membesar. Ciptalah kenangan bersama anak.
Sumber: Dr Salehuddin Sulaiman
https://www.facebook.com/salehuddin.sulaiman.1
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...