TIP MUDAH Untuk ‘Beginner’ Masak Agar-Agar,Tak Perlu Sukat Beriya Ikut Timbangan

Share

Ada macam-macam tip untuk memasak agar-agar agar jadi cantik, dan teksturnya ikut citarasa yang kita inginkan. Bagi mak-mak yang baru nak belajar masak agar-agar boleh cuba tip mudah yang dikongsikan oleh Puan Zaleha Rusli ini. Senang je ikut tip ini, tak perlu sukat beriya ikut timbangan.

Berikut perkongsian tersebut;

Tips untuk beginner masak agar-agar dengan cantik dan berjaya.

1. Basahkan agar-agar tali hingga lembut dan buang airnya.

2. Isikan agar-agar tersebut serta padatkan dalam mana-mana bekas/ cawan/mangkuk. Ingat ya..mesti dipadatkan.

Contoh seperti dalam gambar.

3. Nisbahkan agar-agar kepàda air/apa-apa cecair (termasuk susu/santan dsb) adalah:

Agar-agar : cecair
1 bekas : 4 bekas (keras-keras manja tapi kalau suka keras-keras sikit ok dah cantik )
1 bekas : 4.5 bekas (sedang-sedang saja)
1 bekas : 5 bekas (lembut. Tapi jangan sampai lebih 5 bekas nanti lembik/berair sangat)

Nisbah air 4 ke 5 ikut kekentalan yang disukai.

Anggaran dia contoh agar-agar dapat 1 gelas, airnya 4 ke 5 gelas ikut suka kita nak keras mana. Kalau letak susu/santan pun sama sukatkan sekali dengan air supaya dapat 4 atau 5 gelas tu.

Jadi tak perlu sukat-sukat beriya tepat-tepat sangat timbangan agar-agar/isipadu cecair sekiranya tak yakin.

Insya Allah jadi agar-agar tu nanti. Cubalah!

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini: Sukatan Agar-Agar Nak Keras, Lembik, Sedang Elok,PENTING Tak Lari FORMULA Ini

MW: Jadi buat mak-mak yang pertama kali nak cuba buat agar-agar boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Mudah sangat tak perlu beria nak sukat dan ikut timbangan, agar-agar jadi cantik ikut citarasa yang kita mahukan.

Sumber: Zaleha Rusli

Published by
Suhaidah Abd Wahab