Walau dah anak dua, belum tentu anda dapat rebus telur setengah masak yang gebu dan tak over cooked. Terlebih masak sudahnya jadilah telur rebus matang. Masa merebus tu sebenarnya paling penting sekali.
Nak mengagak, lama mana nak merebus itulah yang kebiasaan suri salah percaturan. Haa.. si manis, Wani Mustafa kita ini, berkongsi caramudah buat telur setengah masak gerenti jadi.
“Wani faham antara benda paling susah nak buat, telur setengah masak. Betul kan?
“Wani pun mengalami masalah yang sama dulu laa. Sebab selalu terlebih masak jadi lah telur rebus. Hahahaha!
“Lepas ikut step ni, setiap kali buat je confirm jadi!
“So korang boleh guna je 4 langkah ni confirm jadi punya lah telur setengah masak ni. Wani yakinn! InsyaAllah?”
Nota : Pastikan telur dalam keadaan ROOM TEMPERATURE. Yang simpan dalam peti ais, keluarkan dulu bagi suhu bilik baru masukkan dalam periuk.
1. Masak air sampai mendidih (air dalam periuk kena banyak sampai telur betul-betul tenggelam)
2. Tutup api
3. Masukkan telur dalam air mendidih tadi (periuk jangan tutup tau)
4. Set timer phone anda 6 MINIT
5. Siap?
√ Bolehlah letak lada sikit, kicap sikit. Allah sedap tahu tak rasa dia.
√ Ini idea breakfast mudah untuk anda yang tak tahu nak sarapan apa. Buat saja telur setengah masak, tak sampai 10 minit pun.
Sumber/Foto/Video : Facebook Wani Mustafa
Telur mengandungi banyak nutrisi yang diperlukan tubuh. Bermakna dengan memakan telur anda memberikan nutrisi dan viramin kepada tubuh anda. Namun, semasa mengamalkan diet ini elakkan mengambil makanan ringan, junk food, apatah lagi tak berkhasiat.
2 biji telur rebus
2 biji oren
250 ml susu rendah lemak
500 gram ayam tanpa kulit direbus
250 ml yogurt (perasa asli)
1 biji telur rebus (matang)
500 gram ayam tanpa kulit direbus
1 biji oren
2 biji telur rebus
200 ml jus lemon
500 gram ikan panggang
1 biji oren
3 biji telur rebus (matang)
2 biji telur rebus
250 ml air panas dan jus lemon
500 gram stew daging
1 biji oren
3 biji telur rebus (matang)
3 biji telur dadar
500 gram ayam tanpa kulit direbus dan campurkan dalam salad.
1 biji telur rebus (matang)
2 biji oren
2 biji lobak merah
1 sudu besar krim masam
2 biji lobak merah
250 ml jus oren
300 gram ikan direbus
1 biji telur rebus (matang)
500 gram yogurt rendah lemak
1 biji lemon (ambil perahan jus)
1 biji telur rebus (matang)
2 biji oren
1 gelas air kosong
2 biji telur rebus
1 biji oren
600 gram stew daging
1 biji oren
1 gelas air kosong
Nota: Semasa lakukan diet telur ini gandakan jumlah pengambilan air secara harian. Anda juga digalakkan memakan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan kembali gaya hidup yang sihat.
Sumber: www.baldiet.com