Buat mak-mak yang tak ada pengalaman bersalin, pastinya sedang gigih mencari tip mudah bersalin pada minggu-minggu akhir sebelum bayi keluar tengok dunia.
Memang banyak petua dan tip yang mak-mak boleh dapat, tetapi kalau dapat ilmu daripada orang yang berpengalaman lagilah yakin. Haaa… salah satunya macam yang Puan Habiah Abd Kadir kongsikan ini.
SEBELUM HAMIL
1. Pastikan amik folik asid sedari sebelum hamil lagi. Macam kak biey, KONSISTEN dah 10 tahun amik. Dalam real food harian tupun ada folik asid, tapi untuk tubuh kak biey ni tak mencukupi sebab kekadang makanpun ikut dan jer. Kekadang seimbang, kekadang tak. So kak biey amik dalam bentuk tablet. Tujuan folik asid adalah untuk tumbesaran janin dan juga elak kecacatan pada janin. Kak biey amik awal folik asid sebab masa tu kak biey lambat dapat anak. 3 tahun kawen, baru dapat anak. InsyaAllah kak biey akan amik seumur hidup kak biey.
2. Diet seharian cukup vitamin seperti zat besi, vitamin C, kalsium, iron, protein dan sebagainya. Hemeoglobin (hb) mesti cantik sepantang masa. So kak biey amik dalam bentuk tablet juga sbb seperti yang kak biey gitau point no 1 tadi iaitu diet seharian kak biey kadang seimbang, kadang tak seimbang. Makan ikut dan jer, lebih-lebih lagi time busy. InsyaAllah kak biey akan amik seumur hidup juga.
3. Selalu bersenam. Banyakkan bergerak guna kaki (berjalan kaki) – Bersenam time kemas rumah pun ok seperti mop lantai, cuci toilet dsb. Asalkan pergerakkan yang berpeluh dan anggota badan bergerak.
4. Makan B complex – ni vitamin wajib kak biey. Takde B complex, tak taulaa macamana??. Maklumlaa.. anak2 sedang nak membesar, hari2 kot mak jadi naga. Haha… so B complex sangat membantu emosi kak biey. Kak biey mesti relax dan cepat cool down. Hormon relax ni penting untuk persiapan kita untuk hamil tanpa stress.
Ads
5. Makan kurma. At least 3 biji sehari (nak jimat) – tapi selalu jer terbabas lebih sebab sedap sangat kan.
6. Minum air kosong secukupnya at least 2 liter sehari.
7. Tidur secukupnya – Hurm…. yang ni tak mampu lagi nak buat. Korang buatlah.
8. Kurangkan makan proses food dan juga makan dekat kedai or pasar2 malam – kak biey tak pegi or beli makanan pasar malam.
Ads
9. Amal makan madu
SELEPAS HAMIL
1. Ulang rutin seperti biasa.
2. Lakukan senaman. Jangan risau, senaman yang betul, tidak akan menyebabkan keguguran – kak biey suka senaman jalan itik.
3. Minggu-minggu akhir, kerapkan jalan itik dan guna toilet cangkung.
Ads
4. Buat prenium massage guna VCO. Tujuannya untuk nak bagi prenium elastik. So tak mudah koyak. Minum VCO untuk tujuan sebagai pelincir tu mitos jer. So jangan duk togok VCO mengharapkan mudah bersalin. Kak biey bersalin no 5 ni tak sempat amal VCO, pun mudah juga bersalin.
5. Mengaji, khatam quran, baca surah Maryam, baca doa Maryam – Doa Maryam tu kak biey tak miss amal setiap hari selepas solat wajib dan juga solat sunat.
6. Banyakkan tahajjud, hajat, dhuha mohon pada Allah mudahkan urusan, proses bersalin kita. Doa yang SPESIFIK. Mintak satu persatu. Jangan mintak umum. Contoh umum: “Ya Allah Ya Tuhanku… mudahkanlah aku bersalin” .kena sebut satu persatu apa yang kita nak. Nak intact prenium, mintak intact prenium, macam tulahh…
7. Kawal pernafasan semasa contraction datang. Jangan menangis, mengeluh. Jangan bising. Diam jer sambil breathing. Tarik nafas ikut hidung dan hembus ikut mulut.
8. Masa dah crowning, tarik nafas ikut mulut secara pendek2. Kemudian hembus juga ikut mulut. Jangan panik. Layankan ajer. Nanti anda akan dapat rasa baby meluncur dengan jayanya. InsyaAllah dapat intact prenium.
Sekian, tip daripada kak biey. Point yang kak biey nak sampaikan ialah… mak mesti sihat dari sebelum hamil lagi. InsyaAllah tubuh mak sentiasa READY untuk menerima kelahiran baru tanpa masalah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada macam-macam cara nak bagi anak seronok simpan duit. Tentunya teknik ibu tak boleh dah jenis yang biasa-biasa. Kena buat sesuatu yang luar biasa, barulah semangat anak berkobar-kobar.
Unik cara ibu ini, Dharatun Nissa Fuad dalam melatih anak lelakinya. Dari usia 4 tahun dia dah mulakan latih anak simpan duit. Selepas setahun, latihan menyimpan itu tetap diteruskan.
Ini Perkongsian Ibu Latih Anak 5 Tahun Simpan Duit RM1 Sehari
Sejak dari abang Darwisy 4 years saya dah start latih simpan duit, tapi hanya separuh jalan. Bila dah 5 years ni setakat ini saya masih istiqomah latih dia.
Setiap hari kalau dia pergi sekolah saya akan bekalkan duit belanja sebanyak RM1.
Saya tahu dia tak perlu pun duit belanja tu, tapi niat saya ialah nak ajar apa nak buat dengan duit tu.
Bila dia balik, saya akan letakkan duit tadi pada kalendar berpoket. So setiap hari dia akan kumpul tunggu sampai banyak dan akan masukkan dalam wallet dia.
Nak Beli Apa-apa, Anak Guna Duit Sendiri
Setiap hari juga saya pesan, kalau abang nak beli apa-apa kat Shell abang kena guna duit abang, bukan duit mummy.
Bila dia rasa nak beli ‘something’ kat Shell, saya akan tanya dia bawa wallet abang tak. Confirm lah dia tak bawa, mummy pun kena lah bebel dengan abang sebab tak bawakan wallet abang.. penat katanya nak bawa wallet.
So no money no shell..
Bimbang Anak Fikir.. Dia Sentiasa Boleh Dapat Apa Dia Nak
The next day, abang Darwisy bawa duit nak pergi Shell. Ada RM5 hasil simpanan untuk 5 hari. Abang Darwisy pilih 2 barang.
Harga nya RM4.90. So baki tinggal sepuluh sen.
Abang Darwisy pandang mummy, kenapa duit abang tinggal ni je mummy.. Huhuhu.. “Itulah, beli lagi benda mahal kan.”
Sebagai ibu, saya perlu terangkan pada anak kegunaan duit tu, bimbang anak akan fikir dia sentiasa boleh dapat apa yang dia nak sebab mummy, daddy boleh bayarkan.
Latihlah anak untuk mengurus duit sejak dari kecil. Walaupun anak belum tahu mengira dengan tepat, sekurang-kurangnya anak belajar bagaimana untuk menggunakan duit dengan baik.
InsyaAllah, belajar sikit-sikit lama-lama apa yang diajar ke anak akan jadi amalan dalam kehidupan mereka.
MW : Moga perkongsian ini dapatlah mak menetapkan target tertentu untuk penuhkan tabung anak sehingga hujung tahun ini ya.
Mak ayah suami, memang tak pernah lahirkan atau besarkan kita. Menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh jauh sekali. Macam mana kalau tiba-tiba mentua jatuh sakit dan cuma kita yang boleh diharap memeliharanya malah jaga mentua yang jatuh sakit itu.
Fasa permulaan jaga mentua yang sakit memang memeritkan. Hidup menantu berubah 360 darjah. Kalau dulu cuma ada kita, suami dan anak-anak. Bila ditambah mentua yang sakit pula, kita jadi haru biru. Buka ruang hati, berlapang dada, semak asbab apa yang Allah nak beri dekat kita.
5 Bentuk Rezeki Di Sebalik Jaga Mentua Yang Sakit
1. Rezeki Kesabaran
Orang sakit emosinya lain. Tak boleh lambat, tak boleh silap layanan. Melentingnya cepat, mulutnya lancang meluah ketidakpuasan. Sebagai menantu selain sabar kita boleh terang dengan baik apa yang kita rasa. Dengan cara yang tak menggores hatinya. Tuhan beri kita ujian sebegini untuk melatih jadi sabar. Andai ujian lebih besar terjadi, kita dah boleh terima.
2. Rezeki Kekuatan Mental
Bila datang merajuk mentua tak nak makan apa yang dimasak, kita akan jadi susah hati. Rasa nak marah pun ada. Kedegilan mentua yang sakit sebenarnya menguji anda bagaimana mahu selesaikan masalah itu. Otak kita akan berfikir ligat macamana nak memujuk mentua supaya ikut apa yang baik untuknya. Kita akan usaha berikan kasih sayang, tak ambil kisah emosi negatifnya, cekalkan hati dan tak layan sangat keletihan yang kita alami.
3. Rezeki Pengurusan Masa
Rutin tak sama macam sebelumnya. Jika dulu cuma siapkan makanan untuk suami dan anak. Sekarang kena fikirkan keperluan mentua juga. Kena buat seawal pagi, siapkan setiap tugasan seawal mungkin. Anda akan jadi orang yang sangat menghargai setiap masa yang ada. Walaupun letih, dengan sendirinya anda mengatur waktu. Mana yang perlu didahulukan mana yang kemudian. Anda akan jadi ibu yang hebat dalam pengurusan masa.
4. Rezeki Kreatif
Bila ditekan dengan tugasan baru, kita akan jadi kreatif.Apabila anak bertanya tentang tugasan dan tanggungjawab kita, sudah tentu kita akan menerangkan kepada anak dengan cara yang paling kreatif. Sampai anak faham dan akhirnya anak pun terdorong mahu meringankan tugasan kita. Kita juga jadi kreatif menyediakan juadah dalam masa yang singkat dan cepat, supaya tidak terkejar-kejar waktu. Menguruskan mentua dengan cara paling menyenangkan kedua-dua belah pihak.
5. Rezeki Dan Pahala
Ini yang paling utama. Selepas dibebani dengan segala macam ujian dan akhirnya kita redha, pahala menjaga mentua itu Allah juga yang akan membalasnya. Dan siapa pun tidak tahu bahawa andai kita ikhlas, Allah akan gandakan rezeki kita baik dalam bentuk wang ringgit mahupun anak-anak yang mendengar kata, suami yang memahami dan ketenangan hati sendiri.
Suami Wajib Ambil Peduli Kepayahan Isteri!
Ketika isteri, bersedia menjaga mentua anda seharusnya suami lakukan perkara ini agar isteri anda akan jadi lebih tenang dan menerima setiap perubahan hidupnya dengan penuh rela.
Hargai masa yang ada dengan isteri. Katakan 24 jam asyik menjaga mentua, carilah ruang di antara masa sibuk itu untuk berdua-duaan dengan isteri. Bawa dia ke satu tempat yang ingin dia pergi. Kalaupun tak sampai sehari, sejam dua sudah memadai.
Bantu isteri di rumah. Tolong basuhkan kain dan sidai, menyapu rumah atau memotong sayuran di dapur. Dengan pertolongan ringkas ini sebenarnya melegakan hari isteri.
Sesekali bila isteri ‘mood swing’ atau berangin, cepat-cepat dakap dia dan tenangkan hatinya. Itu akan menenangkan isteri yang keletihan dan gundah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak dinafikan kuasa pelukan mempunyai magis yang tersendiri. Ia mampu memberi ketenangan emosi dan mengeratkan lagi hubungan terutamanya buat suami isteri. Bagi pasangan yang tinggal bersama ia tidak menjadi satu masalah untuk berpelukan setiap hari, namun bagi suami isteri yang berjauhan ia menjadi satu cabaran untuk memenuhi ‘keperluan’ ini. Sehinggakan ada yang sanggup mengupah ‘Jurupeluk’ Professional.
Mungkin pelik dan agak janggal apabila seorang wanita di Amerika Syarikat mendedahkan bahawa dia menggunakan khidmat orang asing untuk memeluknya ketika berjauhan dengan suami, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Lebih memeranjatkan, suaminya tidak kisah akan hal tersebut.
Guna Khidmat Jurupeluk Profesional
Wanita dikenali sebagai Saskia itu menggunakan khidmat jurupeluk menerusi Cuddlist iaitu sebuah platform yang menawarkan khidmat pemeluk profesional.
Saskia berkata, dia menggunakan khidmat Cuddlist selepas berpindah ke New York untuk menyambung kerjaya lakonannya.Perpindahannya menyebabkan Saskia berjauhan dengan suaminya, Arthur untuk satu tempoh yang lama.
Keadaan itu menyebabkan Saskia kesepian, lantas mengupah pemeluk profesional untuk memenuhi nalurinya dengan bayaran AS$80 (RM332) sejam.
“Ramai menganggap perkara ini pelik kerana saya seorang wanita yang sudah berkahwin.
“Namun, saya tidak hiraukan cakap-cakap orang kerana saya sukakan perasaan disayangi dan bagaimana ia memberi kesan pada tubuh saya,” ujar Saskia dalam program televisyen Love Don’t Judge.
Isteri Suka Sentuhan
Sementara itu, Arthur berkata, meskipun dia dan isterinya menjalani hubungan monogami, dia tidak menganggap aktiviti Saskia melanggar integriti hubungan mereka.
“Saskia memang suka akan sentuhan dan selesa untuk berada di sekeliling orang lain.
“Apabila kami bersama, kami kerap berpelukan, jadi saya faham mengapa dia memerlukan sentuhan seorang manusia,” jelasnya. – Agensi
MW: Suami isteri berpelukan setiap hari memang beri kesan baik untuk emosi dan mengeratkan lagi kasih sayang. Namun bila berpelukan dengan orang asing, memang rasa janggal malah sangat dilarang dalam agama iya.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.