Bukan mudah untuk berdiet dan menurunkan berat badan. Segalanya perlukan kegigihan dan semangat yang konsisten. Paling penting berdietlah dengan cara yang sihat, pengambilan saiz hidangan yang betul disamping melakukan senaman.
Namun nak buat makanan diet sihat ni bukan mudah, selalunya tak sedap dan kadangkala jemu asyik makan menu yang sama. Mak-mak boleh cuba menu diet sihat yang dikongsikan oleh Scha EllCha ini. Menurut wanita ini, menu diet ini diamalkan secara konsisten boleh menghilangkan berat badan 3 hingga 5 kilogram sebulan.
“Hari ni MamiScha nak share sedikit tips dan beberapa menu untuk loss weight. Progress MamiScha dulu 10bulan++ MamiScha Loss 24-25kg. Jadi setiap bulan MamiScha loss 2-3kg macam tu. Alhamdulillah”
“Slowly but surely. Laju-laju nak pergi mana kan? Hahaha Dalam diet Mami, Mami pentingkan portion. 1/4 Carbs, 1/4 Protein dan 1/2 Fiber. Senang cerita boleh amal macam diet yang KKM sarankan tu. Suku Suku Separuh. Mudah faham.”
“Untuk permulaan, boleh cuba makan jaga portion dulu. Then makan dalam piring yang lebih kecil supaya kita rasa makanan tu banyak sangat. Jadi otak pun akan set makanan tu cukup untuk buat kita kenyang”
“Kunyah perlahan, Badan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai kan signal kenyang ke otak, jadi kunyah perlahan. Mulakan dengan air kosong dahulu 1 gelas sebelum makan”
“Cuba kurangkan makanan dan minuman yang manis-manis. Banyakkan minum air kosong. Untuk permulaan boleh cuba dulu tips mudah yang MamiScha sarankan tu ok”.
“Dalam post ni Mami share beberapa menu MamiScha. Tak perlu ikut sebijik sebijik pun. Boleh ubah ikut kemampuan masing-masing. Kalau betul-betul follow InsyaALLAH boleh loss 3-5kg sebulan ikut badan masing-masing ya. Menu-menu ni boleh makan untuk breakfast, lunch dan dinner ikut keperluan masing-masing.
“Oh ya, Mami makan 6-7kali tau. Bergantung kepada keperluan mami untuk hari-hari tertentu. Jangan lupa snacking ya gaiss, snacking boleh ambil 2-3jam antara main meal. Boleh ambil healthy snack seperti buah buahan, kekacang, ubi keledek atau sumber protein seperti telur rebus”.
SEGENGGAM *Ukur sebesar penumbuk masing-masing.
*1/2 Sayur sayuran (Fiber)
*1/4 Karbohidrat
*1/4 Protein
Boleh share. Silakan. Semoga bermanfaat untuk semua.
Much Love
MamiScha ❤
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat dan makin bersemangat untuk berdiet sihat, menurunkan berat badan. Selamat mencuba dan mengamalkannya!
Sumber:SCha EllCha Lee