Tak Rugi Jadi 'Kaki Contest', Untung-untung Dapat Pergi Maldives

Sekarang ini macam satu trend orang kita suka join contest online. Ada sesetengah company pun suka juga cipta contest online untuk branding produk mereka. Sebab itu, tak rugi jadi ‘kaki contest’ online ini. Macam ibu anak kembar ini, Hamiza Mohd Hanapi yang sedang menikmati hadiah percutian di Fun Island Resort Maldives bersama suami, Al-Aza Asham Muhammad Hamim.

Syok ke tak syok.. Tentulah seronok kan. Macam-macam hadiah boleh dapat jika rajin masuk peraduan online ini. Tapi nak menang satu-satu peraduan itu, bukanlah ‘luck’ semata-mata. Rupanya ada teknik dan cara macam mana nak sampai dapat hadiah kemenangan.

Hamiza dan keluarga, dah beberapa tahun terlibat dengan peraduan online ini. Biasanya, mak usia 32 tahun ni akan sertai peraduan online dengan bantuan sepasang kembar dan anak bongsu yang ketiga-tiganya lelaki. Kadangkala suaminya akan membantu. Terutama dari segi membuat  rakaman video atau fotografi dan edit sendiri.

 

Memandangkan masing-masing bekerja, mereka menjadikan  hari Sabtu dan Ahad untuk memenuhi hobi yang amat menguntungkan ini. Percutian ke Maldives itulah hadiah honeymoon terbaik untuk pasangan anak tiga ini.

Nak tahu kaki ke tak kakinya Hamiza ini, dalam sebulan dekat 30 peraduan disertai. Sebelum ini beliau pernah menang telefon bimbit harga RM2000, wang tunai, barang kemas, tiket wayang, produk kanak-kanak, baucar dan VESPA.

Ads

Hamiza juga sudi berkongsi tip bagaimana nak menang peraduan online. Buat anda yang baru-baru hendak mencuba, boleh ikuti tip yang beliau berikan ini. Mana tahu, untung-untung boleh jejak luar negara pula.Tak pun memang hadiah wang tunai yang lumayan. Sekarang ini memang banyak peraduan yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat yang ada di negara kita. Rajin tak rajin je nak mencubanya.

 

Tak Rugi Jadi ‘Kaki Contest’, Untung-untung Dapat Pergi Maldives
Anak-anak kembar Hamiza dan anak bongsunya sporting habis kalau berkaitan bab-bab contest online ni.

 

7 Tip Rebut Kemenangan Peraduan Online Untuk ‘Kaki Contest’

(Dari Pengalaman Peribadi Hamiza Hanapi Sendiri)

Ads

1. Penting ada kawan-kawan kaki contest. Makin ramai kawan, walaupun tak pernah jumpa, merekalah yang sering bagi semangat. Bila ada rakan-rakan post kemenangan, ianya menyuntik semangat bersaing cara sihat.

2. Baca terma & syarat dengan jelas sebelum sertai satu-satu jenis contest.

3. Berusaha dengan gigih.

4. Tunjukkan kreativiti diri.

Ads

5. Kalau tak berjaya jangan putus asa, cuba contest yang lain pula. Perbaiki lagi tekniknya.

6. Penyertaan contest online ni kena hantar saat-saat akhir untuk mengelakkan idea ditiru.

7. Jangan target nak menang. Sebab kalau gagal kecewanya lain macam. Hantar dan relaks saja. Ada rezeki tak ke mana, sampailah ke tangan kita.

Makna kata di sini, suri rumah atau suri bekerja yang tengah fikir nak cari pendapatan lebih tu, boleh cuba hobi baru ini. Tak rugi sebenarnya jadi ‘Kaki Contest’ ni. Percayalah!

Sumber/Foto : Facebook Hamiza Hanapi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI