Bila masak sotong selalunya masalah yang kerap berlaku ialah sotong jadi liat dan keras. Makan pun rasa tak best sebab lenguh mulut mengunyah.
Ini ada satu petua untuk menjadikan sotong kekal lembut dan tidak keras bila dimasak. Mudah sahaja caranya.
Tip Masak Sotong, Elak Liat Macam ‘Getah Sekerap’
TIP SUPAYA SOTONG LEMBUT & TIDAK LIAT
Gaul sotong bersama garam dan biarkan selama 10-15 minit. Bila nak masak, basuh semula sotong untuk buang lebihan garam. Toskan dan sotong sedia dimasak.
Petua sudah dapat. Jadi bolehlah cuba resipi kerabu sotong ala Thai ini. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KERABU SOTONG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 kg sotong
Serai – dimayang
Tomato
Mangga muda
Bawang holland
Jus limau nipis secukupnya
BAHAN SOS:
5 biji cili padi
2 biji cili merah
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Kicap sotong/sos ikan nampla secukupnya
Daun ketumbar
2 sudu makan gula thai
Sedikit cuka
2 sudu makan gula
2 sudu teh garam
Sedikit air
Barulah Tak Lenguh Mulut Kunyah
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan sotong dan kukus bersama serai yang telah dimayang. Ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan sis. Kisar halus. Sukatan bahan boleh diubah mengikut cita rasa masing-masing. Lebihkan cili padi jika mahu lebih pedas.
Ads
3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak seketika untuk mengeringkan sedikit airnya. Padam api.
4. Hiris tomato, mangga mudah dan bawang holland secukupnya.
5. Gaulkan dengan sotong yang telah dikukus dengan serai tadi. Masukkan juga sos.
6. Perah jus limau nipis dan gaul rata.
Ads
7. Sotong kukus limau ala Thai sedia untuk dinikmati.
Ini petua masak untuk mak-mak yang suka buat kerja nak cepat dari seorang suri rumah, Suhana Mat Rasu yang mana cara penyimpanan yang diguna berkesan untuk tempoh masa lama bagi bahan-bahan masakan yang mesti ada di dapur tapi kadang kita guna sikit je…
1.Daun sup
Pokok daun sup perlu di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais
Caranya:
Potong 2 botol minuman, masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting untuk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja. Air yang banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk.
Pokok yg disimpan dengan kaedah ini dapat bertahan lebih dari sebulan.
2.Lengkuas dan Serai
Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut.
Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan.
Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya.
3.Cili api dan Lada Merah
Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk.
Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar.
Setiap kali menggunakan bahan ini, rajin-rajinkan diri untuk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap-wap air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah.
Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama.
Bahan-bahan yang disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama. Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran, duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang risau bila anak memilih makanan atau tak nak makan.Lebih-lebih lagi jika tak nak makan makanan berkhasiat yang mengandungi protien dan karbohidrat.Bimbang boleh menganggu tumbesaran anak. Sebenarnya, mak-mak boleh jadi lebih kreatif untuk menarik minat anak-anak makan dengan mencuba resipi Bebola Nasi Ayam atau Chicken Rice Ball ini perkongsian oleh Fazariana Mohd Ali.
Menurut wanita ini, resipi mudah ini merupakan percubaan pertamanya dan terus menjadi.Cara untuk membuatnya pun cukup mudah, menggunakan kaedah kukus malah cukup berkhasiat dan menyihatkan!
Berikut perkongsian beliau;
“Comeiii dak?? 1st trial Alhamdulillah menjadi, bukan anak je suka mak pun suka jugak.Simple menu boleh buat lagi lepas ni.”
1. Bahan * dipotong dadu, kemudian campurkan daging ayam kisar, halia, lada hitam, garam/perasa. Gaul sebati.
2. Bulatkan bahan-bahan yang telah digaul tadi menjadi bebola kecil.
3. Kemudian golekkan di atas beras yang telah dicuci bersih.
4. Kukus bebola dalam 15 – 20minit. Siap untuk dihidang.
Mudah sangat nak buat bebola nasi ayam ni. Mak-mak boleh cuba buat sendiri dirumah untuk hidangan sarapan pagi mahupun makan tengahari.
Makan sekali nak lagi. Tak cukup 2 – 3 biji. Sekali makan tak reti nak stop. Siapa suka buat kuih gomok abu atau kuih tepung gomok inti kelapa bersalut tepung beras sangai?
Atas permintaan, saya share resipi cara ibu saya buat ye. Doakan ibu bapa saya sentiasa sihat selalu.
Bahan Inti
1 biji Kelapa parut muda
Gula melaka @ nis’san- ikut kemanisan
Gula – kalau kurang manis, tak boleh nak gentel
2 sudu tepung beras pulut @ gandum
Cara Buat Inti
Semua bahan-bahan ini dicampur dan dikacau di dalam kuali sehingga kering dan boleh digentel. Bila sejuk, gentel sebesar ibu jari.
1 bungkus tepung pulut.
Air pandan
Air kapur sedikit
2 cawan tepung beras – disangai
Cara Buat
Uli doh macam nak buat ondeh-ondeh atau buah melaka itu. Setelah siap, masukkan tepung inti ke dalam doh. Sama macam nak buat buah melaka. Jangan tebal sangat. Selepas siap, bolehlah rebus dengan cara sama buat buah melaka itu.
Siap direbus, boleh angkat. Tos sekejap. Tak perlu tunggu kering. Terus golekkan dalam tepung beras yang telah disangai itu.
Nota: Untuk bahagian luar, biasanya orang lain guna tepung kacang. Tetapi saya guna tepung beras yang disangai dulu. Rasanya tak sama ye. Nampak remeh, tapi bila makan, awaklah Juara! Sebab itu orang panggil kuih gomok abu, bila makan putih seput la kat mulut!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...