Kalau boleh semua mak-mak nak duduk dapur kejap dan sebab itulah anda kena cedok ilmu tip masak setengah jam ini. Tak ada lah kes berperang dengan masa sampai anak meragam dan akhirnya dapur tak berasap!
Malah kesuntukan masa dan kadang masalah tak tahu nak masak apa juga mengganggu mood nak masak, jadi untuk mudahkan kerja mak-mak di dapur anda boleh cuba tip masak ekspres ini…
Jika rutin harian banyak dihabiskan dengan memasak bagi kaum ibu bekerjaya, apa kata mulai hari ini kita ambil masa 10 minit sehingga setengah jam sahaja untuk masak. Selebih masa boleh ditumpukan pada ibadah, zikir, mendidik anak dan mengaji Al Quran.
Ok ini tip untuk menjimatkan masa ibu semua di dapur.
Pastikan makanan adalah bergizi seimbang yang mana cukup untuk menampung nutrisi dalam badan untuk aktiviti harian.
Daripada perancangan tadi, sila sediakan dahulu bahan mentah secukupnya. Pilih satu hari untuk membeli belah bahan- bahan yang diperlukan untuk menu tersebut. Contohnya, seekor hingga 2 ekor ayam dan 1kg daging biasanya sudah cukup untuk seminggu.
Balik rumah, proses semua bahan mentah yang dibeli tadi. Potong ayam dan daging, buangkan lemak dan toskan airnya. Ayam dipotong- potong kecil sesuai dengan menu masakan anda.
Yang penting cuci sehingga bersih dan toskan airnya. Simpan stok ke dalam plastik asing- asing mengikut hari. Jadi ini boleh mengelakkan kita defrost bahan mentah berulang kali. Bagi ibu yang bekerja, sila keluarkan bahan yg telah beku ke bahagian bawah peti ais sebelum pergi kerja. Balik kerja semua bahan mentah dah defrost, boleh terus masak tanpa menunggu lagi.
Kopek dan kisar bahan- bahan yang boleh dikisar untuk stok seminggu. Ini yang biasa saya buat untuk stok seminggu. Contohnya, kisar 15 biji bawang besar dan kisar 8 labu bawang putih dan simpan didalam bekas kedap udara. Simpan didalam peti ais.
Jangan pula dilupa sayur untuk menu sihat. Selepas membeli sayur, potong sayur terus kecil- kecil dan simpan dalam plastik atau aluminium foil stok untuk seminggu. Sayur seperti sawi, bayam, lobak, bunga kubis boleh terus di potong, tapi jangan basuh ye. Simpan dalam plastik yang telah dilubangkan. Bagi sayur yang berair seperti brokoli, tomato balut dengan aluminium foil dan simpan terus ke dalam peti ais. Ianya juga disimpan asing- asing mengikut hari yang ingin di masak. Simpan sayur dalam peti ais
Yang penting anda mengikut rancangan yang telah dibuat. Ambil kira pendapat dan keinginan suami serta anak- anak juga. Jangan ikut selera tekak sendiri pula. Hasilkan satu perancangan menu untuk seminggu bersama keluarga tersayang.
Nah jimat masa dan anda boleh tumpukan pada pendidikan anak- anak.
Kredit Tip: Delifea