Tak semua orang menjadi bab-bab masak nasi. Nasi biasa pun kadang-kadang lembik dan tak cukup masak. Inikan pula nak masak nasi lemak, nasi minyak atau beriani. Dah puas alter sana, alter sini, kadang-kadang tak kena gak.

Kali ini Nieza Nor Hamnira berkongsi tentang tip nak masak nasi lemak yang senang. Guna formula yang dia bagi. Pasti jadi!

“Tip masak nasi lemak ini, guna formula bagi mak-mak yang masih mencari cara nak masak nasi lemak dengan masak elok dan cantik. Pasti jadi, sedang-sedang, elok-elok air dan rasa lemaknya. Nak guna beras basmathi boleh, beras biasa pun boleh . Lebih- kurang kan airnya ikut muai beras.

IKLAN

“Formula 1: 1: 0.5
Contoh = 1 cawan beras : 1 cawan air : ½ cawan santan ( nak bagi selamat supaya tak jelantah, lebhikan dalam satu sudu lagi santan)


Tip nak bagi lagi sedap; Garam, gula, sedikit butter/minyak (untuk longkahkan antara buti nasi). Tumbukkan halia, bawang merah, bawang putih dan daun pandan. Kacau dan rasakan santannya, barulah tekan on kat rice cooker.

Selamat mencuba.

IKLAN

MW: Lepas nie, mak-mak dah tak perlu risau nak masak nasi lemak takut tak jadi. Guna formula nie aje. Pasti jadi.

IKLAN

Sumber: Nieza Nor Hamnira

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI