
Isi Kandungan
ToggleMemasak hidangan istimewa seperti nasi minyak, briyani, nasi Arab dan lain-lain nasi tumis, amat sesuai menggunakan beras basmathi. Hasilnya nanti, nasi akan menjadi cantik, tidak patah dan enak.
Menanak nasi mungkin nampak mudah tetapi boleh juga menjadi rumit apabila nasi menjadi mentah. Kemahiran memasak yang pertama sering diajar ialah cara menanak nasi agar terhasil elok dan tidak mentah.
Tip Masak Nasi Guna Beras Basmathi
Namun untuk memasak beras ini, caranya sedikit berbeza dari beras biasa. Bagi yang pertama kali mencuba, pasti agak was-was dan ada kalanya beras yang dimasak tidak menjadi elok seperti diharapkan.
Untuk mendapatkan nasi basmathi yang lembut, berderai cantik dan tidak berketul, cara-caranya mudah sahaja:
Elok Cantik, Lembut & Berderai
1.Sukat beras mengikut jumlah yang anda ingini. Basuh bersih dan toskan airnya.
2.Masukkan beras yang telah dibasuh tadi ke dalam periuk nasi.
3.Masukkan air pada nisbah 1: 1.5. Maksudnya jika anda masak 1 cawan beras, tambahkan 1.5 cawan air. Rendam selama 30 minit.
4.Masukkan periuk ke dalam bekasnya dan masak seperti biasa. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
Info: Pastikan cawan yang digunakan untuk menyukat beras adalah sama dengan cawan yang digunakan untuk menyukat air.

Artikel berkaitan: Rendam Beras Basmathi Dengan Garam, PETUA Nasi Lembut Elok Masak Sekata Cantik Berderai!
NASI DAGANG Terengganu Elok Cantik,Guna Beras Basmathi Campur Beras Pulut Sikit
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Crab Rangoon” Super Crunchy Resipi Viral TikTok Simple Tapi Sedap!

Isi Kandungan
ToggleRamai yang dah cuba buat sendiri “Crab Rangoon” super crunchy, resipi viral di TikTok yang simple tapi sedap ni. Mak-mak boleh buat minum petang untuk keluarga, anak-anak pun mesti suka. Rasa berlemak, rangup, pedas manis dicicah pula dengan sos cili Thai. Memang berbaloi buat.
Berikut perkongsian daripada Puan Azu Abdullah sebagai panduan;
“Crab Rangoon” resepinya akak belajar 25 tahun lepas dengan sorang Chinese Chef. Boleh pakai apa-ape jenis cream cheese. Saja tunjuk Bega, manalah tau boleh jadi Duta.hihi
Bahan-Bahan :
250gram cream cheese
8 keping crab imitation @ crab stick (tak perlu celur)
Daun Bawang
Kulit Wonton ( Beli dekat Tesco, Jaya, Vegetarian Shop)
Cara Membuat:
1. Biarkan Cream cheese pada suhu bilik. Cincang crab and hiris daun bawang. Gaulkan kesemuanya.
2.Gaulkan kesemuanya dan tak perlu letak garam.
3. Isi filling tu dalam wonton skin. Gam tepi dengan air je. Pastikan melekat keliling.
4. Taraaaaa .. dah jadi. Satu paket 250 gram dapat 33 keping.
5. Goreng api slow deep fry. Makan dengan sos Thai. Yummehhhh. Boleh juga goreng ikot suka macam mana selera masing masing.
Siap!

Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Sup DUMPLING Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Makan 40pcs!
Cara Buat Sizzling Yee Mee Lagi SEDAP Dari Food Court,Puas Makan!
Mingguan Wanita: Sedapnya. Boleh cuba buat sendiri “Crab Rangoon” super crunchy resipi viral di TikTok yang simple tapi sedap ni. Boleh buat untuk minum petang.
Sumber: Azu Abdullah
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Thai Red Ruby Viral, Selain Tepung Ubi Semata Kena Letak Sengkuang Cina Barulah Tak Liat

Isi Kandungan
ToggleDua tiga hari ramai mak-mak yang post resipi viral Thai Red Ruby Dessert atau butir delima.Mungkin kerana warnanya yang merah seperti batu delima, membuatkan pemanis mulut ini kelihatan amat menarik untuk dicuba. Tapi ramai juga yang mengeluh kecewa sebab hasilnya, butir-butir tersebut hanya nampak cantik tapi liat pula ketika dikunyah.
Jangan kecewa, sebenarnya mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Mufidah Abdul Hadi Alyunusi ini. Selain menggunakan tepung ubi, resipi ini turut menggunakan Sengkuang Cina sebagai bahan utama barulah ia tak liat dan rasa lebih sedap.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Ada tak kawan-kawan yang pernah makan Tab Tim Grob atau Red Ruby Dessert. Pemanis mulut yang berasal dari negara Thai ini dibuat menggunakan Sengkuang Cina sebagai bahan utamanya.Ianya sangat mudah untuk disediakan dan merupakan hidangan yang sangat menyegarkan terutama sekali bila dihidangkan ketika cuaca panas.Semalam terjumpa sengkuang cina (water chestnuts) dijual di pasaraya.Apalagi terus saja beli untuk membuat bubur ini.”
Bahan-Bahan Red Rubies:
Sengkuang cina (water chestnuts)
Tepung ubi
Pewarna merah
Sirap:
1 cawan air
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan disimpul
Bahan Untuk Kuah:
Santan sederhana pekat atau susu cair (atau campuran santan dan susu cair) – boleh guna santan fresh atau dimasak terlebih dahulu
Sirap (resipi di atas)
Secubit garam
Air jika perlu
Air batu
Cara Membuat:
1.Mula-mula kita sediakan dulu sirap untuk pemanis mulut ini.Satukan 1 cawan gula bersama 1 cawan air dan sehelai daun pandan yang disimpul. Masak sehingga mendidih dan kemudian kacau hingga gula larut. Angkat dan biar hingga sejuk.
2.Sengkuang cina dibuang kulitnya. Isinya didadu kecil-kecil.Kemudian, satukan sengkuang cina yang didadu dengan pewarna merah secukupnya. Gaul hingga rata dan ketepikan selama beberapa minit.
3.Sementara itu, masukkan air yang banyak di dalam periuk dan jerang atas api sederhana.
4.Toskan sengkuang cina yang telah digaul dengan pewarna tadi dan gaul bersama tepung ubi. Masukkan sengkuang yang digaul bersama tepung ubi ke dalam penapis sayur atau penapis santan dan ayak untuk mengasingkan lebihan tepung.
5.Bila air yang dijerang tadi telah mendidih, masukkan sengkuang yang bersalut tepung ke dalamnya.Masak beberapa minit hingga adunan terapung pada permukaan air.
6.Adunan yang terapung menunjukkan ianya telah masak.Sama kaedahnya seperti membuat kuih buah melaka.
7.Sediakan bekas yang berisi air + air batu.

8.Cedok adunan Red Ruby yang telah masak menggunakan penapis besi dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air bercampur air batu tadi.Ketepikan sehingga sejuk.
9.Untuk membuat kuahnya campurkan santan atau susu cair bersama sirap dan air batu. Jika perlu, tambahkan sedikit air untuk mendapat kepekatan yang diingini. Kalau kawan-kawan kurang gemar menggunakan santan fresh, boleh juga dimasak santan tu dahulu.
10.Cara menghidang Red Ruby.. Masukkan si delima merah ke dalam bekas hidangan.. Kemudian tuangkan kuah santan (atau susu) yang disediakan tadi.
Selamat Mencuba!
Sumber/Foto:Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Ayam Peri-Peri Ala Nando’s, Buat Sendiri Di Rumah, Baru Puas Hati!

Bagi yang biasa makan ayam di Nando’s mesti akan terbayangkan ayam peri-peri yang dihidangkan bersama sos kesukaan. Tapi, dengan keadaan sekarang, mungkin mak-mak fikir banyak kali untuk keluar makan bersama keluarga.
Jadi, bagi tidak mengecewakan anak-anak, hari minggu mungkin boleh jadi hari yang sesuai untuk mak-mak mencuba resipi ayam peri-peri ala Nando’s. Maklum sahaja, inilah masa mak-mak nak cuba masak resipi istimewa untuk keluarga.
Rupa-rupanya, resipi ayam peri-peri ala Nandos’ tidaklah susah untuk mak-mak cuba. Kalau makan kat luar dengan keluarga, bayaran pun boleh tahan. Apa kata, mak-mak cuba sendiri ayam peri-peri yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan. Memang puas hati.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi KEK OREN Sedap Macam Mak-Mak Kita Buat, Lembut Elok Gebu!
Resipi Sambal Hitam Ekspress, Cuma 4 Bahan, Masak Dalam Periuk Tekanan, Jimat Masa!
Resipi Ayam Peri-peri
Bahan-bahan: (2-3 orang)
½ ekor ayam
1 biji tomato
3 tangkai cili merah
4 ulas bawang putih
½ biji bawang merah /Holland
2 sudu serbuk paprika/cili
1 biji lemon
1 cubit oregano
1 cubit parsli
2 sudu minyak
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuatnya:
- Guna ayam bahagian pinggul dan peha. Jika nak diet gunakan bahagian dada ayam, ambil isi dia sahaja. Bersihkan dan tos air sampai kering.
- Sementara tunggu ayam di toskan. Kita sediakan bahan-bahan untuk buat perapan ayam. Jika nak pedas, lebihkan cili merah atau tambah cili padi.
- Bakar bahan-bahan untuk dapatkan aroma smoky. Ini bukan terhangus, tapi memang sengaja dibakar sampai macam tu. Jika tak nak bakar, celur bahan-bahan sampai lembut.
- Lepas bakar, masukkan dalam pengisar. Letak oregano, parsli dan serbuk paprika. Kalau tak ada paprika, guna serbuk cili pun boleh.
- Perah separuh lemon. Kalau tak ada lemon, boleh gantikan dengan limau nipis.
- Masukkan minyak 2 sudu. Boleh guna minyak zaitun, minyak sawit, minyak jagung, dan sebagainya. Letak garam dan gula secukupnya dan kisar sehingga halus
- Tuang bahan kisar ke atas ayam. Perap ayam selama 1-2 jam dalam peti ais agar ramuan meresap ke dalam isi ayam.
- Di Nando’s, ayam dibakar atas api. Tapi kat rumah kita bakar dalam ketuhar sahajalah. Tapi untuk dapatkan kesan “bakar”, kita bakar atas kuali dulu. Kalau nak bakar atas kuali macam ni sampai masak pun boleh.
- Bakar dua-dua belah. Sementara bakar ayam atas kuali panaskan ketuhar dahulu ke suhu 180°C.
- Dah ada kesan bakar, boleh angkat ayam dan letak atas dulang pembakar. Alas kertas minyak supaya mudah nak bersihkan dulang nanti.
- Kelar ayam,dan masukkan dalam ketuhar. Ada setengah panggil oven ye? OK! Set oven pada 180°C, bakar selama 30 minit jika oven ada setting convection.
- Jika tak ada setting convention, bakar lama sikit. Dalam 45 minit. Jika tak cukup lama, nanti dalam dia tak masak.
- Sementara tunggu ayam dibakar, buat sos peri peri. Bahan perapan tadi, kena tambah air dan ditapis. Kalau tak tapis, nanti sos berketul-ketul.
- Cantik warna sos peri-peri ni, kan? Panaskan. Tambah garam dan gula secukupnya. Sos ni patut rasa pedas, dan masam.
- Kalau tak cukup masam, perah lebihan lemon tadi atau limau nipis. Boleh juga guna cuka untuk tambah rasa masam.
- Rasa dah OK, kalau nak pekatkan kuah, campurkan dengan tepung jagung. Sos likat baru melekat pada ayam.

- Okay, ayam dah siap bakar! Bau ayam, bau sitrus memang mengancam. Semerbak baunya bila keluar dari ketuhar.
- Semasa siapkan ayam, boleh sediakan coleslaw dan goreng kentang. Coleslaw hanya dengan kobis, lobak merah, bawang, mayonis, garam dan lemon.
- Hidang cantik dalam pinggan. Paduan ayam yang di tuang sos peri-peri yang pedas, dan coleslaw yang lemak dan sejuk, memang menyelerakan. Kentang tu pun sedap cicah dengan sos peri-peri.
- Close up! Memang menjilat jari!
- Jemput makan!
MW: Nanti bolehlah mak-mak cuba di rumah. Rupanya, bahan untuk sediakan tidaklah susah pun. Jimat pun jimat.
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI