Tip luruskan karpet. Perasan tak, karpet rumah yang selalu kita letak di ruang tamu, lama-lama akan terkepak atau tergulung sedikit bahagian tepinya. Salah jalan, mahunya boleh tersepak dan tersandong kaki.
Mungkin sesetengah mak-mak ada cara tersendiri untuk luruskan karpet yang terkepak ini. Tapi berapa lama bertahan dan lepas tu jadi balik. Kalau ikutkan hati mahu saja gantikan dengan karpet baru.
Jangan membazir dan jangan dibuang, Ada cara nak luruskan karpet yang terkepak ini. Ikuti perkongsian video tiktok oleh Julespitch ini, moga ia membantu mak-mak.
Memang ‘sakit mata’ bila lihat kuali berkerak hitam dan payah nak dibersihkan walaupun dah sental dengan macam-macam cara. Malah ada pelbagai tip dan petua untuk bersihkan bahagian belakang kuali ni.
Rupanya guna cuka dan baking powder pun boleh, tanggalkan kerak hitam pada belakang kuali ni. Hasilnya memang bersih dan berkilat. Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Sue Yusoff ini sebagai rujukan.
“Bukan nak share resepi masakan kee apa. Dengan bahan nih boleh dapat kuali berkilat.”
Yang tengah tu tak dan perabis dah nak tonyoh, anak melalak lapaiq dahh..
Dalam 15 minit jaa tonyoh.
Bahan-Bahan:
Cuka
Baking powder
Caranya:
Bancuh baking powder pekat sikit
Lumur dekat kuali, curah cuka biaq sat 5 min
Boleh laaa mula tonyoh.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada masalah periuk belanga berkerak hitam, payah nak bersihkan jadi berkilat tu boleh cuba petua dan cara berkesan yang dikongsikan ini.
Sotong antara makanan laut yang ramai orang suka.Namun nak masak sotong pun ada cara dan tipnya barulah saiznya tak mengecut, tak rasa hanyir, elok pejal dan tak berair bila masak. Rupanya selain rebus sotong antara tip nak masak sotong elok kejadiannya, kena ramas sekejap dengan garam sampai berbuih.
Boleh cuba perkongsian tip oleh Puan Noris Noraini sebagai panduan;
Sekadar perkongsian, cara saya cuci sotong. Dulu saya pernah tengok dokumentari nelayan Korea. Depa basuh sotong kurita cara ni, saya cuba dan hasilnya memang sotong jadi pejal dan tidak berair bila kita masak. Tak perlu lagi rebus sebelum nak masak. Boleh cuba untuk memudahkan cara nak masak sotong.
Bahan Diperlukan:
Garam kasar/halus
Cara-Caranya:
1.Potong sotong ikut saiz yang kita nak.Buang kulit sotong pilihan. Kadang-kadang ada sotong kulit dia kasar kesat-kesat, kalau gitu lebih baik buang kulitnya. Biasanya sotong saiz sederhana-besar ada. Kalau yang kecil cumi-cumi tu, kulit licin je.
2.Taburkan garam kasar dalam sesudu dua dalam bekas berisi sotong.Tak perlu tambah air.(Garam halus pun boleh, tapi lagi baik garam kasar).Jika guna garam halus nanti bilas bersih-bersih sampai hilang buih-buih tu dan tak rasa licin di tangan ye. Risau jika garam masih lekat di sotong, takut masin bila dimasak.
3. Gaul dan ramas-ramas sotong + garam tersebut.
4. Ramas-ramas sampai keluar buih macam sabun.
5. Sotong akan keluarkan buih-buih seperti buih sabun. Ramas-ramas sotong dalam 5 minit atau sampai rasa sotong tu pejal.
6. Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih-bersih, bilas berkali-kali sehingga hilang air buih/air garam tu. InsyaAllah sotong tak masin jika basuh bersih-bersih.
7.Kemudian tapis sotong utk sejat air nya.
Bolehlah masak seperti biasa…insyaAllah sotong tak keluarkan byk air lagi.
**Sila abaikan kuali rare 25 tahun tu.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian petua masakan ini bermanfaat. Jadi jika nak cuci sotong pastikan ramas dengan garam sekejap sampai berbuih. Barulah sotong elok pejal, saiznya tak mengecut bila masak nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Memang ada benarnya simpanlah senarai dokumen penting setiap ahli keluarga, baik suami, isteri dan anak-anak dalam satu fail. Ia sangat diperlukan apabila berlakunya situasi kecemasan mahupun kematian.
Penting bagi suami isteri mengambil tahu dokumen penting yang miliki seperti password telifon bimbit,akaun media sosial, no pin pada kad ATM, akaun simpanan yang dimiliki, sijil takaful, geran rumah, kereta dan sebagainya. Ini kerana jika segala dokumen telah dicatat dan disimpan sempurna ia memudahkan pasangan, waris mahupun anak-anak menguruskan segala urusan nanti.
Baca perkongsian daripada Puan Ismi Sabiha ini sebagai rujukan;
Antara fail penting kami sekeluarga. Nampak tak penting sekarang, tapi akan jadi sangat-sangat penting jika berlaku kematian (bila-bila saja boleh berlaku). Pesan kat pasangan dan anak, apa-apa jadi semua dokumen ada dalam fail ni.
Antara isi kandungan fail:
1. Salinan kad pengenalan diri sendiri dan ahli keluarga. Saya standby buat 10 keping setiap salinan.
2. Salinan sijil nikah.
3. Salinan sijil kematian ahli keluarga.
4. Senaraikan nama ahli keluarga serta pertalian waris
5. Senaraikan aset (Geran rumah, geran kereta, geran tanah, geran rumah-kedai, emas dan lain-lain)
6. Nota Hutang / loan bank.
7. Polisi-polisi takaful yang kita ada (Kemaskini senarai penama atau pemilik hibah, jumlah pampasan hibah dan nyatakan nama agent untuk dihubungi)
8. Kemaskini maklumat akaun bank dan kata laluan akaun bank.
9.Senaraikan maklumat KWSP,Tabung Haji, ASB, Share-holder, saham, unit trust, fixed deposit dan lain-lain
Satu je belum ada dalam fail ni, iaitu sijil mati diri sendiri. Bersedia atau tak, mati itu pasti. Senang macam mana pun kehidupan kita, dunia letak di tangan sahaja jangan di hati.
Orang-orang yang hutang dengan kita and tak reti nak bayar perlu ke eh kita senaraikan nama diaorang dalam ni.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi sebagai persediaan, simpan segala dokumen penting keluarga di dalam fail dan tempat yang selamat. Ia bagi memudahkan segala urusan yang berkaitan apabila berlakunya kematian nanti.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...